Tuesday, June 14

Diingati apabila mengingati





Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di ruangan ini. Apa khabar semua? Harapnya sihat. Diingati apabila mengingati. Frasa ringkas yang cukup mendalam maknanya. Kenapa ini yang ingin dikongsikan? Sebab aku terasa berbangga dan merasa bertuah menjadi insan yang diingati.


Aku rasa semua orang pun ada orang lain yang ingat pasal diri dorang. Macam korang juga. Betul tak? Mustahil lah tak ada orang yang ingat korang kan?

Aku terasa bertuah dan happy sangat hari nie sebab cikgu lama mencari aku semula untuk meminta aku buat satu projek. Yang aku terasa best sangat, 7 tahun aku tinggalkan sekolah tue, dia still ingat kebolehan aku. Aku rasa macam nak nangis tadi bila cikgu tue tersenyum jer bila aku cakap, "Assalamualaikum cikgu. Apa khabar? Cikgu bz?". Dia terus cakap, "Ya Allah, kebetulan saya tengah cari awak. Awak datang pada masa yang tepat".

Sebenarnya, aku pergi sekolah tadi sebab nak tanya untuk kekosongan menjadi guru ganti. Tapi, ada masalah dalaman PPD yang tak dapat nak ambil guru ganti buat masa sekarang nie. Tapi, cikgu aku terus saja cari nombor member dia kat PPD. Dia cakap kat aku, "Jangan risau, saya akan bagi awak dapat kerja yer. Tapi, saya ada projek besar untuk awak buat. Awak kena tolong saya. Sebab saya tau, awak boleh buat benda nie".

Cerita punya cerita, borak punya borak, rupa-rupanya aku dilantik sebagai Setiausaha Pelaksana bagi suatu majlis yang akan mengumpulkan semula alumni sekolah aku tue. Pergh, punya cuak aku fikir, minima kehadiran 1000 orang. Muka aku dah pucat, tapi, cikgu aku releks saja. "Jangan risau. Saya tau, awak boleh buat", kata-kata cikgu aku tu buat aku terasa seperti berada di zaman sekolah semula semasa aku sangat cemas untuk handle Majlis Hari Guru.

Kadang, kita tak sedar. Perlakuan kita 5, 10 mahupun 20 tahun yang lepas masih diingati orang sehinggakan bila kita berjumpa semula, perlakuan lama kita yang menjadi ungkapan pertama mereka. Macam kawan lama aku nie. Dia approve aku di FB dengan kata-kata, "Eh, ko nie dulu yang ciwek tue kan..?". Wah, sangat kelakar bila ingat semula.

Alhamdulillah, setakat ini, aku mengingati rakan-rakan, cikgu-cikgu dan mereka-mereka yang berjasa denganku. Mereka juga begitu. Biar aku diingati kerana yang positif dan jangan sebaliknya. =)

*KOSA KATA: Ciwek = kuat menangis..


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Bila Ditipu dan Ditipu.

No comments: