Wednesday, June 8

Kesan Letak Widget Lagu Dalam Blog

.
Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. yeah! hilangkan suram sebarkan senyuman..

Kali ini saya ingin berkongsi pendapat tentang meletakkan lagu di dalam blog. banyak jugak blog yang saya jenguk mainkan lagu yang best-best. kadang tu lagu yang saya dah lama tak dengar.. seronok melayan sambil menggodek blog.

Pada umumnya, meletakkan lagu yang diminati di dalam blog bukanlah satu gangguan dan saya akui, sesetengah lagu yang dimainkan boleh memberi ketenangan serta menaikkan mood pengunjung. pemilihan lagu yang baik dan menenangkan juga dapat melambangkan identiti sesebuah blog.

Walaubagaimanapun, cara lagu tersebut dimainkan mempengaruhi mood, samada ia mengganggu atau menyemarakkan lagi minat untuk meneruskan pengembaraan di dalam blog. jika seseorang yang datang berkunjung ke blog sudah sedia memainkan lagu di laptop atau komputer, sudah pasti ia menimbulkan ketidakselesaan dan sangat mengganggu. lebih-lebih lagi apabila widgets yang digunakan tidak dapat diselaras mahupun ditutup.

Oleh yang demikian, memilih player atau widget yang 'mesra pengunjung' untuk dimuatkan di dalam blog adalah sangat penting. mesra bermaksud music player tersebut boleh diselaras mengikut kehendak pengunjung.

Pastikan music player diletak di tempat yang mudah dilihat supaya pengunjung yang tidak selesa dengan lagu tersebut boleh menghentikannya dengan mudah. tak perlu nak cari geledah sampai lebam di dalam blog. perlu di ambil perhatian, tidak semua orang meminati lagu yang kita minat.

Antara blog yang menggunakan music player 'mesra pengunjung' adalah Blog Fifiey Lychee Maration, Blog Aisha Humaira, Blog Dunia Emieysandra dan banyak lagi blog-blog lain.

Apa yang perlu anda ingat sebelum memasukkan lagu di dalam blog, pastikan berat loading semasa paparan blog anda stabil. ini kerana, memasukkan widgets music player juga penyumbang kepada beratnya loading sesebuah blog.

Mungkin ada yang berpendapat, 'blog ini blog peribadi, jadi tak kisahlah nak letak apa. tak suka boleh klik pangkah.' .. persoalannya, apakah tujuan sebenar menulis blog? kalau macam tu baik menaip kat microsoft word, kat text document ke. pastu simpan di dalam laptop. sebab bukan untuk bacaan orang lain.

Alangkah baiknya jika kita menarik pengunjung yang datang untuk lebih dekat kepada kita melalui penulisan dan blog yang mesra. entah-entah ada di kalangan mereka calon menantu untuk mak. tak gitu? hehe..

Enjoy Blogging~


Nota Kaki :
penulisan ini hanyalah pendapat peribadi saya. sekiranya ada pendapat yang lebih bernas serta tips berblogging yang lain, sila lah kongsikan bersama. (^^,)



Mengenai Penulis Entri Ini :
ASaDa RyutaRo juga penulis untuk BLOG BUDAK MALAYSIA. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label ASaDa RyutaRo. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Wordless Wednesday : Bahagia Pengantin Baru.

6 comments:

zahidah dihaz said...

agak terlalu lama sudah tidak menjalankan aktiviti berblogwalking...kesibukan yang amat...huhuhuhu


New Entry: Cartoon cupcake: Taiwan Cake House

ieda Qema said...

kalo ada widget tu, gp terus klik menatang X. tenkiu. menjahanamkan berukben ku saja! haha

Unknown said...

aku pun sama hilang mood terus nak baca...

ieza ashaari said...

hahaha.. betul tue.. kdg pelik bila dorg kata, xsuka tekan X.. huhu.. biasa r, manusia macam-macam..

intan (kitochikato) said...

jom join blog sya..hehe bru bka :)

ZUE NAZRINIE said...

Baru nak letak widget ni...tak jadi lah pulak