Apa khabar kawan-kawan untuk minggu ni? Diharap sentiasa sihat walafiat. Minggu lepas memang sibuk yang memanjang, tapi nasib baik sempat juga mencari waktu untuk menyiapkan entry minggu ni. Sambung balik buat entry cabaran 30 minggu. Cabaran yang dianjurkan oleh admin tak buat lagi. Insya Allah, lepas ni buat.
Untuk minggu ni, tajuknya adalah 'A habit that you wish you didn't have'. Aku ada tabiat yang susah sangat hendak membuang barang. Semua benda nak simpan walaupun dah rosak.
Terutamanya kasut-kasut dan baju-baju. Selagi boleh dibaiki, aku akan baiki dan pakai balik. Contohnya aku ada sehelai baju kurung. Baju ni aku dah guna sejak aku di Matrikulasi lagi sehingga minggu lepas aku masih pakai untuk pergi kerja.
Sebenarnya kain dia ada terbakar kena iron. Tak besar, kecik je. Tu pun aku dah jahit. Kalau aku tak bagitau memang orang tak akan perasan. Tapi entah macam mana minggu lepas aku bagitahu my younger brother tentang kain tu. Lepas tu aku kena marah.
Lagi satu, heel. Aku ada dua pasang heel yang dah terputus tali. Tapi satu tali je yang putus. Yang lain semua masih elok. Puan Hajah dah suruh buang then beli baru. Tapi aku tak nak. Degil kata nak atur. Hantar dengan tukang kasut. Lepas diatur bolehlah pakai balik. Tapi tak lama. Seminggu je aku pakai, dah putus balik.
Kebanyakan baju yang aku guna untuk pergi kerja sekarang ni, adalah baju yang aku dah guna sejak dari zaman belajar lagi. Sampaikan my younger sister jemu tengok aku asyik pakai baju tu je.
Masalah bukan tak ada baju lain, tapi selagi baju masih boleh pakai, selagi tu aku akan pakai. Kedekut ke?
I wish, I can change.
Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 1st GiveAway by Wan Myzura Collections
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 1st GiveAway by Wan Myzura Collections
4 comments:
haha,,same goes here..sampai kena tegur dek orang lain..kita dah biasa wat slambe jek pakai kan..wahahaha...sampai org lain yg jemu..adess
lbh krg mcm sy je
Yang best tentang Julai 2011
waaahh.. bagusnya leh pakai baju dari zaman belajar! haha.. baju ku sudah tidak muat!!! so, bila kerja sudah, asyikbeli baju jer lahhh... hehe
macam hoarders. tapi belum tahap tu lagi lah kot. hehe. macam my parents. sometimes dah asingkan benda yang nak dibuang pun diorang boleh keluarkan balik n simpan. so, selalu buang benda if diorang kat tempat kerja. haha
Post a Comment