Huwaaaa..mengantuknya...eh!!lupa pulak..Assalamualaikum kawan2...huh!!sudah lma tidak menziarahi ruangan 100penulis ini..bukan apa,kemudahan internet adalah terhad bagi aku sekarang..ni pun aku bpeluang guna tenet sebab nak cari bahan untuk study subjek automotif...
Ingin aku berkongsi sedikit mengenai kewujudan orang asli dan orang melayu di negara kita...
Orang Asli
Mengapa kita memanggil mereka sebagai orang asli atau "aboriginal people" sedangkan mereka manusia sama seperti kita??itu yang membuat aku tidak faham sampai sekarang..orang asli juga manusia..Apa perbezaan mereka dengan kita??? Mengapa perlu kita "cop" kadangkala memandang sinis terhdap orang asli??? Banyak kali juga aku tanyakan hal ni kepada kawan-kawan tetapi mereka tidak dapat mmberikan jawapan yang memuaskan hati aku. Lalu,aku mula meminta pertolongan En.Google untuk mendapatkan jawapan diatas pertanyaaan aku itu.
Apa yang aku temui..orang ASLI adalah penduduk peribumi tidak mempunyai takrifan yang sejagat, piawai atau tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat(berdasarkan wikipedia) . Dan apa yang membezakan mereka dengan kita...mereka ditakrifkan sebagai penduduk asal sesuatu tempat, yang dipercayai merupakan bangsa Austronesian. Apa itu Austronesian???Sabar..nanti aku bagi link kat korang sekejap lagi. Kita pula adalah penduduk yang sudah bercampur dengan bangsa lain. Sebab itu kita tidak dipanggil orang asli..rite???
Orang asli ini dikelaskan kepada 3 kategori yang mempunyai 18 sub kategori :
a) Negrito (Kintaq,Lanok,Kensiu,Jahai,Mendriq, dan Bateq) -
b) Senoi (Temiar,Semai,Mah Meri,Che Wong,Ja Hut,Semoq Beri)-tinggal dalam hutan, bertani dan mencari hasil bumi sebagai mata pencarian.
c) Malayu Asli (Orang Selatar,Jakum,Orang Kuala,Orang Kanaq,Temuan dan Semelai)- tinggal berhampiran dengan laut dan of coslah bekerja sebagai nelayan.
Mengenai agama pula kebanyakan orang asli ni mempercayai kepada semangat dalam pelbagai objek. Tetapi sekarang, sudah ramai memeluk agama Islam dan Christian. kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai orang asli ni korang bolehlah ke wikipedia Orang Asli dan juga klik sini.
Orang MelayuMengikut wikipedia, Melayu (ملايو) merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk bahagian-bahagian paling selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan pulau-pulau yang lebih kecil yang terletak di antara lokasi-lokasi ini. Kumpulan etnik Melayu berlainan dari konsep Rumpun Bangsa Melayu, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk kebanyakan etnik di Indonesia dan Filipina. Bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia. Kalau korang nak tahu tentang Austronesia dan apa kaitannya dengan Melayu lebih mendalam lagi..korang boleh klik sini. Memang best atikel ni kalau korang baca dari mula sampai habis..barulah korang tau mengapa Hang Tuah ada menyebutkan "MELAYU takkan hilang didunia.."
Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:
i . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan
ii. Melayu Yunan di Terengganu
iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan
iv. Melayu Aceh di Perak
v. Melayu Mandailing di Perak
vi. Melayu Rawa di Perak
vii. Melayu Riau di Johor
viii. Melayu Bugis di Johor
ix. Melayu Kerinci di Selangor
x. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
xi. Melayu Jawa di Johor dan Selangor
xii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
xiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
xiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak
Mengikut data kajian yang diperolehi seperti disiarkan akhbar Berita Mingguan cuba membuktikan beberapa perkara iaitu: Benarkah Melayu Kelantan adalah kumpulan Melayu pertama yang mendiami Semenanjung? Adakah orang Melayu asli berkulit sawo matang, rambut ikal, mata kecil dan mempunyai rahang yang kecil? Benarkah kerana perkahwinan campur menyebabkan tidak ada lagi Melayu asli di Semenanjung?
Hasil awal yang diperolehi mencadangkan suku Melayu Kelantan adalah suku Melayu yang masih tulen. Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa banyak berlaku perkahwinan campur. Selain itu, suku Melayu Kelantan juga dikatakan suku pertama yang membuat petempatan di Semenanjung.
Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.
Kalau aku berasal dari Kelantan..adakah aku dikategorikan Melayu Kelantan???haaa...korang pulak macamana???Fikir2kanlah...
Walauapapun, kita semua adalah ciptaan Allah s.w.t. Bersyukurlah kerana kita masih lagi dapat bernafas dibumi ini. Orang asli ka..orang melayu ka...semuanya ada hikmah masing2 disebalik penciptaanNYA. Sekian...
Mengenai Penulis Entri Ini :
GadisMerahJambu juga penulis untuk blog Ceritera Gadis Merah Jambu. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Gadis Merah Jambu. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Manusia Tidak Sempurna.
2 comments:
ada sebab2nya manusia dijadikan berbeza. perbezaan itu seharusnya diterima mungkin, atau difahami, atau dipelajari. bukannya ditolak bulat2 ke.
melayu kelantan melayu tulen? patut ramai gadis kelantan yang ayu. pemerhatian ke atas saing2 hehe
sy pon tak pasti tentang melayu kelantan tu tulen ke tak..tapi ysng pasti sy melayu klate..hehehe
Post a Comment