Thursday, July 7

Pergi tak Kembali


Pagi itu seperti biasa, abah & mak sedang membersihkan kawasan depan rumah sementara menunggu aku. Abah a.k.a kawan hantar aku ke pejabat. Setiap pagi kami akan berborak2 tentang hal kerja. Abah memang seorang yg sangat2 memetingkan displin sentiasa menasihati aku  menjadi seorang pekerja yang boleh berjasa kepada negara……Buktinya abah pernah diAnugerahkan Pingat Darjah Kesatria Negara Oleh Yang Dipertuan Agong.

Aku : Rini org balik kul 2 tau abah, lepas tu abah tlg anta org kat lrt ek. Nak g jumpa kak yati & ct
Abah : em ye la…

Di pejabat segalanya berjalan dengan lancar, malah aku melakukan tugas pada hari itu dengan semangat & penuh keikhlasan. Temujanji dengan kak yati & ct membuatkan aku ingin segera masa berjalan dengan lancar. Kami sudah lama tidak berjumpa, pasti segala gossip semasa akan kami bualkan..

Pada Jam 2 petang…

kring…kring….handset aku memaparkan no handset mak
Aku : heloo…
Mak : eta…eta …
suara mak teresak-esak..
Aku : mak..nape ni, abah da kluar ke. Da kul 2 ni…
Mak : Etaaaaaaaaaa…abah da tak de…….abah da meninggalll…

Terus aku meletakkan handset aku dan terduduk. Seperti bermimpi, puas aku tenung screen monitor depanku.

Boss : Jue..jue..

2 comments:

nn said...

innalillahiwainnailaihi rojiun.

takziah untuk awak dan family. alfatihah untuk arwah...

ieza ashaari said...

innalillah.. takziah utk anda sekeluarga..