Tuesday, August 23

8 Panduan Mudah Mengenal Skim Penipuan



Assalamualaikum...

Anda seorang pelabur atau bakal seorang pelabur? Tak kiralah apa jenis pelaburan yang anda sertai, sebagai seorang pelabur anda perlu sentiasa peka dan berhati-hati apabila ditawarkan sebaran pelaburan yang mempunyai ciri-ciri berikut:




  • JAMINAN PULANGAN YANG TINGGI
Berhati-hatilah terhadap syarikat pelaburan yang menjanjikan keuntungan besar tanpa sebarang risiko.


  • ANDA PERLU MENCARI "DOWNLINE"
Berwaspada dengan syarikat-syarikat yang membayar anda untuk mencari "downline" dan bukannya untuk menjual produk atau perkhidmatan.


  • PELUANG PELABURAN UNTUK MASA YANG TERHAD SAHAJA
Jangan sesekali menyertai apa-apa peluang pelaburan dalam keadaan tergesa-gesa. Pastikan anda benar-benar faham mengenai produk pelaburan tersebut.


  • TUNTUTAN HADIAH LUMAYAN
Jangan melayan panggilan yang meminta anda mengirimkan wang ke negara asing agar anda boleh menuntut sebuah hadiah lumayan.


  • PANGGILAN TELEFON YANG TIDAK DIUNDANG
Berhati-hati dengan panggilan telefon daripada jurujual atau syarikat luar pesisir yang tidak dikenali.


  • UNTUNG BESAR TANPA SEBARANG RISIKO
pastikan anda mendapat maklumat secukupnya. kaji rekod prestasi syarikat terbabit dan baca dengan teliti prospektus dan laporan tahunannya.


  • SUKAR MENEMUI MAKLUMAT SYARIKAT
Selidik sama ada syarikat yang menawarkan skim pelaburan tersebut adalah sebuah syarikat yang sah. Jangan malu bertanya soalan berkaitan syarikat dan skim terbabit.


  • SYARIKAT DAGANGAN ASING
Pastikan anda melabur dengan syarikat yang dilesenkan/berdaftar dengan pihat berkuasa.



Kesimpulan:

Jadilah pelabur bijak. Elakkan diri daripada nenjadi mangsa penipuan.

Untuk maklumat lanjut sila layari [Securities Industry Development Corporation]




Mengenai Penulis Entri Ini :
Azrul Hisham juga penulis untuk blog Azrul Hisham - My Real Life. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label azrul hisham. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kegunaan Lain Topi Keledar Lama.


1 comment:

syaftome said...

if its too good to be true...
then, it might possibly isn't true...