pada pagi yang indah ni saya hanya nak kongsi sedikit tentang surah Al-Kafirun, surah ke-109 dalam Al-Quran dan apakah kita memang benar-benar sudah melalui jalan yang lurus??
semasa rombongan pembesar-pembesar Quraisy datang menemui Nabi SAW. menyatakan, "Hai Muhammad! Marilah engkau mengikuti agama kami dan kami mengikuti agamamudan engkau bersama kami dalam semua masalah yang kami hadapi, engkau menyembah Tuhan kami setahun dan kami menyembah Tuhanmu setahun. Jika agama yang engkau bawa itu benar, maka kami berada bersamamu dan mendapat bagian darinya, dan jika ajaran yang ada pada kami itu benar, maka engkau telah bersekutu pula bersama-sama kami dan engkau akan mendapat bagian pula daripadanya". Beliau menjawab, "Aku berlindung kepada Allah dari mempersekutukan-Nya". Lalu turunlah surah Al Kafirun sebagai jawaban terhadap ajakan mereka.
Firman Allah S.W.T :
2.aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
3.dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah
4.dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5.dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.
6. untukmu agamamu, dan untukku agamaku
ini menunjukkan bahawa memang tidak akan ada persamaan antara agama islam dan agama lain sebab kita mempunyai kepercayaan yang berbeza..jadi agama itu harulah bergerak lurus dan tidak boleh ada titik pertemuan antara kedua-dua garisan yang lurus tersebut. "light travel in a straight line" Nur : cahaya : light =D haruslah bergerak lurus..
surah Al-Fatihah, 1:6-7---->tunjukkanlah kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat
Surah Al-Fatihah merupakan surah ummul-kitab dan dibaca setiap hari 5 kali sehari, kalaulah kita betul-betul menghayati apa yang kita baca, sungguh kita akan dapat merasakan ia betul-betul menusuk ke dalam jiwa..sebenarnya bukan 5 kali tapi lebih, sebab kita baca pada setiap rakaat paling kurang pun 17 kali sehari tidak termasuk kalau kita solat sunat dan sebagainya...
adakah kita saja-saja baca "ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus" tapi sebenarnya apa yang kita mahu??adakah pengucapan itu hanyalah lahir dari bibir sahaja, sekadar bacaan sebab dah memang kena baca, jadi bacalah....sebab itulah kita mesti belajar bahasa Arab, sekurang-kurangnya dapatlah kita menghayati apa yang kita baca dan membuatkan solat kita lebih khusyuk..
kenapa kita ego sangat??kita minta dan pohon supaya ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang benar supaya tidak sesat...tapi bila Allah dah beri petunjuk jalan kebenaran kita masih lagi tidak mahu ikut jalan yang benar, masih lagi nak ikut jalan hitam, bersimpang siur yang penuh dengan hiburan dan kenikmatan dunia semata-mata..mengapa???
Allah dan beri petunjuk dan cara hidup islam yang betul dari sekecil-kecil benda hinggalah perkara besar hari kiamat,syurga pahala semua Allah sudah bagi pada kita, semuanya terkandung dalam Al-Quran...tapi adakah kita betapa sombongnya kita pada Allah, astaghfirullahal'azim...

secara analoginya, kita bertanyakan seseorang jalan yang betul menuju ke sesuatu tempat, apabila orang tersebut telah bersusah payah memberi petunjuk jalan yang betul dari simpang hinggalah arah yang betul tapi akhirnya kita tidak mahu mengikut jalan yang telah diberitahu...kita mahuu cari jalan sendiri yang lain, apakah perasaan orang yang telah memberi penerangan tadi???gembirakah dia??tepuk dada tanya iman =D
jaa64 juga penulis untuk blog Jaa's Story. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label jaa64. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Hafalan solat delisa : movie review
2 comments:
syukur ada yang igin menulis bagini...
teruskan usaha..
kalau sudi dan tak keberatan sudilah kiranya singgah Sedo.com- analisi park Domain
Menarik di blog mimi tentang--Gambar Pisang Berbuah Dua kali
Bantu website baru mimi-Upload gambar kesukaan dan baik-baik disini
Terima kasih
meanarik entri nih... suka!
Post a Comment