Showing posts with label hentakbelipat. Show all posts
Showing posts with label hentakbelipat. Show all posts

Monday, November 22

Apa yang nak dibanggakan lepas ni?

Setelah usai menonton perlawanan badminton sukan asia antara Malaysia ( Dato' Lee Chong Wei) dan China ( Lin Dan) yang aku sambung sesi menonton perlawanan itu dari depan ruang tamu hingga di kedai Wazeer menyebabkan aku senyum nipis. Bukan sebab kenyataan yang Malaysia sudah nampak masa depan macam mana, tapi sebab jenis senario yang boleh aku agak sejak dari mula perlawanan itu. 

Aku minum pelan-pelan sirap limau aku pesan tadi.

Monday, November 15

Pendam juga boleh buat dunia aman....ini kata manusia.

Pendam atau kata nama lain adalah diam diri. Satu lagi sifat manusia yang sentiasa wujud dan ia boleh juga dikatakan satu sifat yang murni. Murni yang macam mana, itu tanya diri kau masing-masing. Tapi sifat yang paling digemari manusia adalah pendam.




Monday, November 8

Tipu itu benda yang kena ada...sungguh

Manusia dengan sifat tipu sangat seiring berjalan. Tidak setuju? Mungkin ayat tadi berbau agak radikal. Seradikal ayat itu pun, jika kita selidiki, atau, tidak perlu selidik jauh-jauh dan hanya perlu termenung sambil pejam mata, memang akan sendiri sedar akan hakikat yang hidup tanpa sifat menipu akan menjadi kurang 'fun'. Hatta politik yang sering dikendong supaya meneraju sesebuah negara juga punuh dengan sifat tipu, bahkan lebih busuk sifat tipunya dari realiti seharian.



Monday, November 1

Lebam biji mata kau karang!



Masa aku lahir, memang dah wujud tanda ni. Aku sendiri pun kurang pasti macam mana boleh jadi. Bonda cakap cahaya dalam perut dia kurang 20% masa aku dalam perut... kira ada effect dekat situ. Satu lagi mungkin ayah Bonda dan keturunan beliau memang ada tanda sebegini. Tanda lahir bawah mata aku ni makin lama makin merebak. Dulu mungkin 12% sekarang aku rasa dah boleh jadi 70%. Aku tak salahkan Bonda. Sistem tidur aku pun kena ambil kira jugak. Zaman sekolah asrama tak 'style' la tidur awal. Masa malam baru jadi burung hantu. Itu belum kira pecah masuk aspuri dan dewan makan. Kira benda tu semua penyumbang juga. Satu lagi aku rasa warden sekolah aku ni kurang sikit tengok siaran-siaran kesihatan. Diorang tak belajar gamaknya, membaca kena ada cahaya lampu yang cukup. lLpas pukul 11 dah kena 'light off'. Jadah apa.


Monday, October 25

Yes...tolak ansur kan budaya bagus!

Hidup dengan ramai masyarakat jelata perlu ada satu sifat. Ini kau kena ingat sampai bila-bila. Sifat sabar. Betul, bukan hanya perlu sabar degan makwe yang memang jenis kurang sabar dari segala segi, tapi bila menapak dekat atas bumi pun kena tahu sifat sabar dengan jiran-jiran keliling.

Tapi sebelum sifat sabar disemai, perlu ada sifat satu lagi. Yang ini kau wajib ingat. Sifat toleransi. Satu malaysia....kejap, tak perlu pergi jauh, mungkin boleh aku cakap untuk dapatkan satu keluarga yang ngam, kau perlu ada toleransi. Jadinya, aku ada jumpa beberapa sifat yang boleh apply toleransi.

Monday, October 18

Belajar bahasa arab...ini cara looser belajar.

Kalau kau nak rasa hidup dekat negara Yamen, Parsi atau Iran, kau datang sahaja dekat UTM. Bersepah rakyat-rakyat dia buat tamadun dekat sini. Ok, bab bau macam haram J dan perangai bawak kereta memang nak suruh kena maki, itu kita tolak tepi dulu. Abang ipar aku sendiri orang Yamen kalau tak silap, jadi aku pun dah cukup masak dengan perangai mereka.

Semalam aku lepak dengan budak-budak dari Yamen. Itu pun aku tolong member nak buat projek. Jadi aku kena rakam segala apa yang mereka bincang. Bila lepak dengan diorang, aku satu hapa pun tak paham apa yang diorang carutkan. Yang aku dapat tangkap satu dua saja. Itu pun baki-baki ilmu dalam kepala masa aku belajar bahasa arab. Yes, aku bekas murid sekolah agama dato' klana petra maamor, jadi belajar bahasa arab adalah wajib. 


Monday, October 11

Makwe cukup terer

Aku cukup hairan. Ini adalah paling hairan dalam mana-mana hairan yang aku pernah hairan. Bila makwe dah pasang niat nak turun naik banggunan 2-3 tingkat untuk beli itu dan ini, sikit pun dia tak pernah nak mengadu penat atau sakit kaki. Gila ba kan?

Aku tak tahu stamina apa dia pakai. Cukup konsisten. Aku pernah juga nak maintain stamina macam itu,tapi gagal la bai. Memang makwe-makwe born to be a shopper .Kau kena ikut mana-mana makwa beli-belah satu kali. Tengok jauh mana kuat tenaga kau. Lepas itu baru lah kau boleh agak yang kau ni bukan hebat mana pun.