Showing posts with label meor. Show all posts
Showing posts with label meor. Show all posts

Friday, November 26

Farid dan Lisa Lepas berkahwin....

Farid Kamiludin digelar sebagai seorang playboy di zaman percintaanya bersama Lisa Surihanisah. Mereka jatuh cinta semasa belajar di kolej. Zaman percintaan mereka sering membuatkan Lisa Surihanisah makan hati. Siapa yang tak risau dan cuak apabila memiliki seorang boyfriend yang mempunyai pakej lengkap. Farid Kamiludin sememangnya menjadi pujaan ramai gadis di kolej ketika itu. Namun jauh dilubuk hatinya, sayang kepada Lisa Surihanisah tebal bak tembok Berlin sebelum roboh.

Friday, November 19

2 HANTU

Tersebutlah kisah dua hantu. Mereka ni baru bertemu di perhimpunan pertubuhan hantu-hantu bersatu. Mereka bertegur sapa pada awalnya dan akhirnya berbual panjang. Sepanjang perbualan mereka, Hantu 1 ni tak habis-habis berpeluh. Lalu, Hantu 2 yang kehairanan ni pun bertanya,

Friday, November 12

Misteri Overtime.........

"Jangan kacau aku" Jerit Nora Dani berkali-kali. Semua pekerja yang bekerja pada syif malam memberhentikan kerja masing-masing. Mereka meluru ke arah Nora Dani dan cuba menenangkannya. Memang kerap berlaku histeria di Kilang ini, lebih-lebih lagi syif di sebelah malam.

Khudrat Nora Dani memang luar biasa. Hampir tiga orang lelaki memegangnya, namun masih belum mampu menandingi khudratnya itu. Iqram Dinzlay yang mempunyai susuk tubuh ala-ala Sazali samad tercampak ditendang Nora Dani. Begitu juga Valentino Rosli dan Khalid jerlus. Aksi Nora Dani itu membuatkan hampir kesemua operasi kilang berhenti, Semua pekerja berlari dan meluru ke tempat aksi tersebut.

Friday, November 5

Pawang Romy Ishak

Rakan-rakan sebilik Azizi Nin menggigil melihatnya dirawat oleh Pawang Romy Ishak . Pawang Romy Ishak yang berwajah garang mirip Gattuso memulakan rawatan terhadap Azizi Nin. Kumat-kamit mulutnya seperti menjampi sesuatu dan diikuti dengan semburan demi semburan air ke muka Azizi. Dia sememangnya selalu dipanggil oleh pihak sekolah jika ada gangguan atau histeria yang menimpa pelajar yang tinggal di asrama.

Friday, October 29

Sumpahan Bidan Rudaini

Rumah tangga Bomoh Zaquan dan Bidan Rudaini sering bergolak tidak kira siang atau malam. Pertengkaran mereka sering berkisarkan Ilmu perbomohan,Ilmu hitam dan perkara-perkara yang berkaitan. Pertengkaran mereka sering mengganggu kejiranan. Namun tiada seorang pun jiran mereka berani menegur dan pertengkaran tersebut dibiarkan sahaja hingga reda sendirinya.


Pada suatu pagi Ahad, kira-kira pukul 3 pagi mereka menonton perlawanan bolasepak La Liga Antara Real Madrid dan Barcelona. Bomoh Zaquan merupakan peminat Tegar Barcelona dan Bidan Rudaini pula penyokong setia Real Madrid


Friday, October 22

Misteri Kem Bina Semangat

Setelah beberapa hari berkampung di kem bina semangat, Cikgu Shahrul berasa lega yang teramat sangat. Sempena menghadapi perlawanan peringkat negeri, Cikgu Shahrul membawa skuad bolasepak sekolahya ke kem tersebut bagi melakukan latihan fasa terakhir dan sessi motivasi. Begitulah rutin sebagai jurulatih setiap tahun andai pasukannya layak ke peringkat negeri.


Friday, October 15

Mereka Yang Mencintai Bolasepak







Situasi 1

Suasana di kedai makan india muslim(mamak) hari Isnin, jam kira-kira pukul 9:00 malam. Kelihatan dua orang mat kilang ala-ala rempit sedang menikmati juadah makan malam.

mat kilang 1 : Deyy, apa pasal tarak bukak bola... Mau tengok bola..

mat kilang 2 : Ntah!! Tv saja besar.

mamak : Ayooo... bang. Ini malam tarak bola. Sabtu baru ada.

Friday, October 8

Kita Tertipu atau Ditipu?






Entri gua kali ini memang berlainan dari apa yang gua hasilkan dari blog gua selama ini. Muzik. Gua rasa hampir seluruh manusia meminatinya. Masing-masing mempunyai genre kegemaran mahupun lagu kesukaan semasa dan sepanjang masa. Penyanyi merupakan watak penting dalam penyampaian sebuah lagu. Lagu yang baik jika disampaikan oleh penyanyi yang tidak berkarisma, maka ianya turut menjadi tidak baik. Begitu juga sebaliknya.

Friday, October 1

Gua Yang Marhaen....



Masakan tidak gua melabelkan diri gua sebagai Marhaen. Walaupun hampir 3 tahun lamanya berblog, masih banyak yang gua tidak mengerti. Dari sebesar biji sawi sehinggalah sebesar ciptaan yang Maha Esa, itulah ibaratnya marhaennya gua. Tipikal seorang yang ingin tahu mendorong gua belajar dan terus belajar berkenaan blog. Gua juga turut memegang pesan junjungan besar kita, Rasullah S.A.W "Tuntulah ilmu hingga ke negeri China".