Jom baca hadith, semoga dapat manfaat untuk perbaiki diri sendiri :)
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata: Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :"
Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :
"Tanyalah apa yang engkau kehendaki "
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim.
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.