Wednesday, August 19

Apa ada pada 31 Ogos 2010?

Hampir 3 tahun lepas.. tarikh ni sangat laa penting kepada blog 100penulis. Sebab pada hari tersebut la blog ini saya mulakan, secara spontan sebenarnya.

Oleh sebab level kekerasumbangan yang tinggi di dunia nyata dan maya, saya tak ada ramai rakan blogger ketika itu, hanya beberapa orang saja yang saya kenal dan mereka antara lapisan awal yg berjaya diapproach untuk menyertai 100penulis.

Lama-kelamaan bilangan editors semakin ramai, dan semakin rancak semuanya bak sebuah keluarga besar. Suasana meriah terasa sewaktu menyiarkan entri, dalam editors area, serta ketika berbual beramai-ramai dalam yahoo messenger.



Komitmen yang saya terima dari rakan editors sangatlah membanggakan. Walaupun sibuk dengan urusan masing-masing, mereka masih sudi meluangkan masa di sini. Jasa mereka memang tak dapat saya balas melainkan terpahat sebagai kenangan manis sepanjang hayat. Pehh ayat. Tapi, serious!

(Ketika itu saya lebih suka memperkenalkan diri sebagai admin yang kacak. Serta anonymous. Menjadi jugak sebab editors lebih bersikap terbuka bila identiti admin samar2 ni. Ada editors yang masih ingat lagi tak?)

Namun, setiap yang hangat pasti akan sejuk. Apabila saya sendiri kekurangan motivasi serta kesibukan menguruskan hal keluarga maka blog ini semakin terabai. Impak dari itu, saya gagal untuk menarik lagi minat editors untuk terus berkarya di sini.

Blog ini pun jadinya terbiar 100%. Malah saya turut 'membunuh' kunjungan pembaca bila meletakkan iklan adf.ly yang akan redirect selepas beberapa saat pembaca tiba di sini. Ini kerana saya tidak boleh bergantung kepada sejenis pengiklanan saja untuk membiayai domain dotcom. Memanglah tak mahal mana pun. Berpadanlah dengan 'pendapatan' yang masuk pun, bukan tinggi mana, cukup untuk memastikan 100penulis.com sentiasa wujud.

Yang saya nak bebelkan di sini takde apa sebenarnya, cuma teringat saja kewujudan 100penulis pun semasa bulan puasa 2010, dan ketika entri ni ditulis, kita bakal menyambut Ramadhan beberapa hari saja lagi.

Saya mungkin akan menyiarkan semua entri-entri tertunggak kiriman pembaca secara perlahan-lahan selepas ini. Rasa bersalah sangat membiarkan saja berbulan-bulan malah bertahun tanpa disiarkan. InsyaAllah. Teruskan menghantar entri anda kiranya sudi, saya tidak akan menolak karya anda, cuma lambat atau cepat saja. (Bergantung juga jika entri kosong seperti kisah pelik2 yang tak menjadi ilmu pengetahuan, mungkin kureng skit.. haha)

Bagi anda yang terbaca ni, kalau kenal dengan rakan-rakan blogger yang pernah menjadi editors di sini, sampaikan le salam saya. Tak termampu saya nak kontek sorang-sorang disebabkan ramai yang tidak lagi menggunakan emel lama, dan tak aktif, sukar dikesan di facebook (ramai editors pemalu hehe). Rindu sungguh dengan hangpa semua wahai editors!

*Tupai Karan*
Parttime blogger, fulltime hauswaif

10 comments:

ieza ashaari said...

haloha tupai karan.. daku pun rindu.. dr zaman anak dara, kini tggu cahaya mata.. ayat sgt dramatik.. :)

salam ramadahan yg bakal tiba..

perjalanan pulang said...

salam....jenguk sekejap di pagi hari

faizalnizam said...

Mungkin dah tiba masa untuk hidupkan balik blog 100Penulis ni.

Kyra Ismera said...

haihhh.. rindu nak story mory kat YM ! buat conference macam doluu doluu !

Fina Sophie said...

rindu :(

faizalnizam said...

apa kata dihidupkan semula blog 100 penulis ni. apa kata dimulakan dengan "revamp" rupa/wajah blog 100 penulis ini.

r.k said...

hidup lagi !

RK nak menulis balik.

Boleh?

Tupai Karan said...

waah RK! Ingat lagi dengan blog ni.. Nak menulis balik tu boleh cuma blog ni saja la yg tak larat nak maintain dah.. bertahun tak update.. hiihi

ztie said...

Rindu jugak. Saya pun Antara penulis sini dulu ����

cik ain said...

Banggaaa pernah jadi sebahagian dari 100 penulis!!!
Rindunya zamannn bloggerrr :(