"aku single,masih belum jumpa yang sesuai lalu menolak beberapa huluran."
"tipulah orang macam kau single.ke kau memilih sangat."
"mana ada,aku tak tipu..masih mencari.."
"kau nak yang macam mana?"
"alamak,panjang nak ulas soalan kau ni..erm,senang cerita yang boleh buat aku hepi dan aku pon boleh buat die hepi.kalau die je buat aku hepi tapi aku buat bodoh je,tak jadi jugak kan?"
aku rasa kau pon tau,mane ade manusia yang tak nak disayangi mahupun menyayangi.tak ada.....setiap orang mahu hidup berpasangan..mahu berkasih sayang..mahu hidup bergantungan antara satu sama lain..itu lumrah lah.tapi untuk lengkapkan hukum hidup yang satu tu,kau tak boleh main ambil saja.kau tak boleh main macam tampal-tampal seluar yang koyak..kau tak boleh main rasa-rasa..kalau tak sedap terus ludah berkali-kali......lepas tuh kau buang..bila kau sayang orang sepenuh hati...kau akan cakap "he/she is my other half..".kau tau tak yang 1/2 itu banyak??kau tau tak yang 1/2 itu sudah separuh perjalanan..dan 1/2 itu besar peranan nya dalam menguasai kehidupan kau....dan bila 0.5 itu hilang macam tu saja...mana kau nak carik???memang 0.5 itu nampak kecik dimata orang ramai..dimata orang yang bukan mata kau...mereka perlekehkan yang 0.5 itu tak ada apa....mereka suruh kau terus berlari laju,mereka suruh kau get a new life,mereka suruh kau lupakan,mereka suruh kau gelak-gelak..mereka suruh kau itu ini....
lalu kau pon akur....kau teruskan hidup kau dengan baki 1/2 lagi diri kau..mana pergi 1/2 lagi?mane??dah mati..yang tinggal cuma ada 1/2 saja..kau cuba bawak separuh yang tinggal itu untuk carik lagi separuh diri kau..tapi tak jumpa.tak ada..kau gali sana sini..kau jumpe ramai orang,kau create a new life,kau sedut semangat...kau paksa "waktu" untuk cari other half of u secepat mungkin.sebab kau nak diri kau itu "penuh jadi satu".jadi lengkap macam mana yang pernah engkau idamkan dulu......
sebab itu,bila diri kau tinggal separuh mahupun 0.5.....kau akan bergerak dengan lebih berhati-hati..kerana kelak bila sesiapa hadir dalam hidup kau dan berjaya menguasai separuh diri kau...maksud aku dekat sini separuh dari 1/2...addduhhhh..susah nak kire?....1/2 X 0.5 = berapa???tekan calculator..jawapannya...1/4 ataupun 0.25....dan kau bayangkan..kalau suatu hari separuh lagi diri kau dimusnahkan....dan akhirnya kau hanya melangkah dengan berbekal 1/4 dari diri kau yang asalnya satu dulu.....mahu ke kalau kau hanya tinggal 0.25??sikit-sikit kau akan menghampiri 0 seterusnya angka negative.mahu??
mana pergi semangat?
mana larinya kudrat?
benar,semua orang ingin disayangi..
but think wisely.
16 comments:
cinta..masing-masing punya definisi yang berbeza, semua orang boleh cakap 'saya cintakan awak'..tapi antara semua tu berapa ramai yang betul2 ikhlas kerana Allah, ikhlas untuk dijadikan suami @ isteri..bercinta separuh jalan, maknanya tak ada jodoh ke? atau sebenarnya kita yang cuba menggagalkan cinta tu? biar cinta tu semata-mata untuk Allah..dan yang paling penting, ketahui lah beza antara cinta and crush =)
pengenalan kat atas tu mcm selalu kena.
anyway, bak kata kawan saya, nak beli kasut pun kena pilih. apatah lagi nak berkawen dan hidup bersama sampai bila-bila. memang kena memilih tapi berpada-pada.
takrifan memilih tu pun kadang-kadang orang salah anggap.
so camne kalau pilihan keluarga? hehe
orang yang menggadaikan dirinya demi hanya mencari cinta makhluk, sangatlah rugi.. =)
cinta 0.5...
hm..
boleh ke sayang sampai macam ni?
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
ameen. =)
RFF: ada cinta mcm neh. Bila cinta menguasai diri, yang buruk semua boleh nmpak baik.
Yang penting, depends pd kite lar nak seimbangkan diri antara cinta manusia dengan cinta tuhan. Cinta tuhan kekal abadi. Bila kita 'lost' kita kmbali padaNya jgk. 0.5 boleh kembali jadi 1.
dh macam puisi
cinta mempunyai definisi yang luas..
semuanya bergantung pada diri sendiri tentang apa itu cinta...
tak pernah pula terfikir cinta 0.5.tp bgus juga pdgn lumut ni.
@azza: setuju sgt ngan azza, untuk cure balance 0.5,o.25,o or -, kena kembali pd Allah.dan Cinta itu hanya milikNYA!
kadang-kadang memang kita lupa dlm mengejar cinta sesama makhluk (memperingati diri sendiri). sebab tu, bila kita dianugerahkan pasangan, berdoa dan berusahalah untuk menjaga perhubungan itu. apabila belum menemui cinta di dunia, sentiasalah mengingati pada cinta sejati dari Illahi kerana Dia yang menemukan kita dengan cinta 0.5 kita itu.
@koshary: ameen :)
tentang perenggan2 atas tu, mari sy tolong tambah jawapan sikit.
"sy ada jnji pada diri sndiri utk jd pasangan hidup/istri/suami yang sempurna utk bakal istri/suami saya, jadi sy juga berhak utk memilih yang terbaik."
ceh. terasa, sbnrnya (- -")
pembetulan
*sempurna = *yang terbaik
masing2 ade pandangan n pendirian sendiri. bukan semua org sesuai utk bercinta lepas kawin, jugak bukan semua org berpeluang dapat pasangan hidup yg paling sempurna. yg penting kita tau tanggungjawab kita.. n buat yg terbaik sentiasa
lain orang lain pandangan pasal cinta kan.tapi terbaik entry ni
hmmm....mereka yang lemah saja akan berasa 1/2 dah hilang. hilang cinta takpa asal jangan hilang iman!
Post a Comment