Friday, September 17

Duit Raya

Duit raya adalah sesuatu yang dilihat sebagai salah satu agenda utama setiap kali raya . Dan ghua lihat fenomena pemberian duit raya kala ini seperti menjadi keutamaan dari tujuan asal berada di suasana mendapat duit raya , tempat ziarah .

Ghua yakin luol pernah dengar tentang duit raya adalah diciplak dari pemberian ang pow , adat agama Budha yang menyambut tahun baru cina . Cerita ini disampaikan dari generasi ke generasi , sehingga profesor mahupun Dr. Dr. akan menceritakan benda yang sama . Masyarakat Islam telah dididik ia hanya sebagai adat yang menjadi kemestian sehingga kita lupa bahawa disebalik pemberian duit raya tersembunyi sebuah amalan mulia , sedekah amal jariah . Dan untuk menjadikan sedekah amal jariah sesuatu yang berbaloi , ia perlulah ikhlas . Tidak kira si pemberi , si penerima , ibu bapa si penerima mahupun yang tidak menerima , ia perlulah ikhlas .


Sifat ikhlas yang tertinggal dalam pembasuhan minda pada agenda memberi duit raya ini jelas nampak hilang pada masyarakat Islam kita kini .

Si pemberi , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan , " kau tak payah lah , dah besar .. " . Ia adalah satu OUCH yang besar kepada yang tidak menerima walaupun mereka memang tidak mengharapkan duit raya itu kerana mereka memang dah besar ( tampak dewasa ) . Jika ikhlas ingin memberi , beri . Jika niat hati tidak mahu beri , tak perlu beri . Janganlah sampai menjatuhkan air muka mereka yang dah besar ini seperti mereka inginkan duit raya itu , kerana kenyataan itu memang OUCH .

Bagi yang menerima , terutamanya kekanak pasti ada yang membuka sampul duit raya itu pada masa itu juga dengan hasrat ingin melihat berapa nilai beraya dirumah makcik pakcik itu . Biadap bukan ? Tapi dimana silapnya . Ghua yakin silapnya adalah cerita adat ang pow yang mempengaruhi minda mereka bukannya cerita sedekah amal jariah . Kalau yang buka didalam kenderaan pula , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan secara lisan mahupun monolog dalaman , " 30 posen je , cis betul tok imam " .

Untuk ibu bapa penerima , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan , " berapa acik tu bagi ? , berapa maklong kau bagi ? " . Sekali lagi , apakah pentingnya mengetahui berapa si polan itu bagi , berapa si polan ini bagi ? Jika ikhlas amal jariah yang diterapkan , mereka hanya perlu tersenyum , bersyukur , mengumpul jumlah duit raya anak-anak dan masukkan dalam ASB . Bukannya membandingkan jumlah material yang diberi dan mulalah membuat spekulasi ataupun yang paling cepat , mengumpat . " eh , 50 posen je makteh kau bagi ? kereta ada empat , rumah macam istana . " . Heh , padahal baru je lepas minta maaf , nangis-nangis .

Jadi , ingatlah , marilah sampai-sampaikan cerita bahawa duit raya yang kita 'amalkan' sebenarnya adalah satu bentuk sedekah amal jariah , bukan sekadar adat mengisi checklist hari raya . Sebab sebenar sampul digunakan adalah kerana seperti "tangan kanan memberi , tangan kiri tak tahu" . Semoga raya kita bertambah berkat . Salam Eidulfitri 1431H .

Feel free to visit myownblog at Separuh Hayat and Hmm .

17 comments:

kata kila said...

betul jugak kan!

Fariehan Ibrahim said...

a'ah,
duet rye mcm da jdi bnda wjib plak,
pdhl hri rye adlh tuk m'ziarah 1 sma len,
huuhu
so, kte kne btulkn blek niat tu, :)

kusut said...

OUCH. hehe.

teringat aku dulu bile org kata dah besar, aku rase bangga. memang la hampa tak dapat duit tapi aku suka bile tau sedara mara pandang aku as dewasa.. padehal kazen aku ade je yg lebih tua tapi still dapat duit.

last raya aku kat kampung, nenek aku still kasik duit raya. mase tu aku dah bertunang. malu teramat.. tapi biase lah nenek sayang kat cucu

Pembayar cukai said...

da xdpt duit raya wlaupon bru 20 taon..haha

Raja Fiqri Fauwaz said...

tahun saya dah kerja. Tahun ni, tahun pertama saya kerja dan raya, tapi saya tak buat langsung bajet untuk duit raya.. Hehe.. Bila anak sedara tanya, nk duit raya, saya suruh die beraya rumah saya.. Padahal saya tak ada kat rumah.

nur.sa said...

teringat waktu kecik, bila try nak bukak sampul duit raya depan2 orang, mak akan bagi jelingan dan jugak cubit-cubit tangan saya, itu tanda jangan nak biadap p bukak sampul depan orang yang bagi. dan lepas tu terus faham dah tak boleh buat macam tu.

tapi baru je semalam, terjadi macam tu depan saya, mak budak tu tak marah pun anak dia bukak sampul raya depan tetamu. didikan yang membezakan kita, kan?

r.k said...

kata kila : kan kan kan ..

fariehan ibrahim : segalanya bermula dengan niat .

kusut : ghua tunggu nenek ghua balik dari Tanah Suci , harap-harap dapat duit raya bernot dirham .

~iqbalhafifi~ : bila dah 21 nanti mesti dapat balik .

Raja Fiqri Fauwaz : nice trick , kene cuba ni .

nur.sa : lenturlah buluh sejak dari rebung .

Mr. Asada said...

kena LIKE entry ni. hahaha..

betul sangat tu.. sape kata org besar tak leh terima duit raya? isk! sedih seyh..

ikhlas, bagi je la..

membanding2kan duit raya rumah2 org plak, pastu siap kutuk2.. adeh.. parah ni..

apa pun.. ikhlaskan hati dalam beramal jariah..

**tahun ni tak dpt duit raya.. sadis..

kz said...

ak beruntung sbb masa raya haritu,
kami yg bujang and masih di kolej di PANGGIL dn di SURUH ambil duit raya dekat maklong makchik maksu suma.

and abng saudara ak siap gandakan dua sampul sbb yg tua diorng nk bgi lebih.=)

terkejut juga sbnarnya.

dn nmpak gaya adik2 saudara pun tk buka smpul masa tu sngt. bila kumpul bnyk2 smpul and kira duit raya, tak tau pun sampul mana siapa yg bgi. hehe.

dn ya!setuju. kita perlu faham duit raya tu sedekah. 30sen pun kalau ikhlas bertangkai berganda Allah boleh bgi. insyaAllah.

Zahra said...

Tradisi pemberian duet raya adalah ikutan tradisi masyarakat cina. Pena dengar tu. Kadangkadang betol lar, pemberian tuh disalah ertikan oleh sesetengah dari masyarakat kita. Konsep bersedekah tlah bertukar kepada satu kewajipan di pagi raya. Jika kita perhatikan, kat luar negara, tiada tradisi duet raya seperti di sini. Bersedekah tuh, pasti.


Betulkan jika sy silap..! (:

lalatipah said...

sangat betol, sangat setuju jugak,hehe..tp kalau sesama saudara, mcm tak kisahlah buka kn, jgnlah depan tuan rumah yang tak rapat sangat. sebab baru je terjadi, kazen saya tersalah bagi duit raya, nak bagi kat kekanak rm10 terbagi yg rm100 (ni utk nenek),hahaha~..nasib baikla makcik tue mcm tau2 ank dia xkan dpt rm100 kot, so ,tukarla duit raya tue,hehe :D

Mummy Nana said...

Hmmm.. betul tu.. rasa nya mcm kat mesia & Org melayu kat obersea jek mengamalkan bagi/terima duit raya nie... Org islam lain xbuat kot.. (betulkan jika fakta nie salah ye) Anak2 akak xreti pun psl duit tapi setiap kali dpt mesti terus bukak sampul duit tu.. haishh... malu jugak.. kena marah seround...bukan dia paham pun berapa nilai duit tu.. tapi dah trend jugak kot...seronok dpt duit ;(

humble.yat said...

betul2.kena betulkan mind setting.tp klu nak sedekah bg mereka yg memerlukan.sebab sy tengok ank org senang bertimbun duit raya, anak-anak yg kurang berada kurang pula hasilnya.kesian duit raya antara dua darjat ni.kan bgus klu sedekah tu diberikan keutamaan pd mereka yg memerlukan?

Fina Sophie said...

ewah kemain cerita pasal duit raya. bila kali akhir dpt duit raya tah haha. cuba g beraya dekat umah org2 cina wktu tahun baru cina. duit raya diorg bukan alang2 :P

chenta said...

bg i yg dh 2thn memberi duit raya ni, i anggap mcm sedekah..yelah, setahun sekali kot nk bg duit. bg pada bulan yang baikkan..so i niat dlm ati yg duit raya i bg tu adalah sedekah utk diorg..rezeki utk diorg..

ada org bila budak kck, dia bg nilai kecik. tp budak dh besar mcm dh sekolah menengah or study kat U, bagi nilai besar sikit. i pun ada la amalkan mcm tu sikit2. tp kalau anak org susah tu, tak kira kck or bsr, i bg la nilai yg bsr juga..sbb diorg ssh dan lbh memerlukan.

pape pun, trpulang pd si pemberi. mcm ayat kat perenggan akhir tu, tgn kanan memberi, tgn kiri tak tahu..

i pun masih dpt duit raya thn ni. alhamdulillah ^_^

Anonymous said...

salam

duit raya jika diberi dianggap sebagai sedekah kalau berkemampuan dan bukannya satu kewajipan. persepsi anak-anak dan generasi kini perlu ditingkatkan.

Syabas!

fat said...

dh lama tak dapat duit raya walaopun umur baru sweet 22 huhuhu