Thursday, July 28

Entri Kena Plagiat?

Ramai blogger mengadu yang entri mereka kena plagiat. Menggunakan bahasa yang  mudah, plagiat entri blog ini disebut “salin dan tampal” ataupun “copy and paste”. Mudah sahaja untuk lakukannya. Hanya salin entri berkenaan dari blog tertentu dan tampalkan semula di blog anda tanpa menyatakan sumber dan link asal blog yang anda salin itu. ini bermakna, pembaca blog anda ingatkan apa yang dipaparkan itu hasil tulisan anda, sedangkan hakikatnya anda hanya salin dari tempat lain.Hak Cipta dalam Penulisan . Bukan susahpun untuk iktirafkan sumber rujukan, apalagi kalau secara maya. Linkkan sahaja.

Mudah sahaja untuk lakukannya, namun, kegiatan ini sangat tidak beretika. Tidak bermoral. Ia sama seperti menipu dan  memperdaya pembaca. Dalam dunia penulisan, plagiat adalah jenayah. Bila dipanggil jenayah, orang yang plagiat tulisan orang lain akan dikenakan hukuman berdasarkan akta hakcipta. Namun begitu, hakcipta di dunia maya banyak simpang siurnya. Masih memerlukan pakar undang-undang untuk menyatakan secara terang dan bersuluh bagaimana ia diaplikasikan.

Plagiat dah lama berlaku dalam penulisan, malah dalam kes tertentu kesannya sangat besar. Boleh mengubah nasib dan masa hadapan sendiri. Boleh memusnahkan kerjaya. Sila baca himpunan beberapa tulisan berkaitan di


Ramai blogger mengalami nasib ini. Sila baca
Orang Ada Blog, Dia Pun Nak Ada Blog. Tapi Sampah!, Aku Jadi Mangsa Plagiarism… Lagi, Lepas JustKhai, PascaSPM lak kena ciplak!! untuk melihat betapa masalah plagiat dah semakin membiak dalam dunia maya. Macam cecacing maya juga. Macam virus juga. Dan plagiat juga telah menjadi virus dalam penulisan. Namun begitu, bukan semua blogger jadi penjenayah sebegini. Bilangan penjenayah tidak ramai, namun jumlah yang tidak ramai itulah dibimbangi akan membiak dan berkembang pesat hingga menjadikan dunia blog berputar kepada kisah yang sama sahaja. Semua saling plagiat memplagiat, dah habis idea sendiri. Seorang blogger di Nazrien.com telah memberi tips berguna berkaitan plagiat di 5 Sebab Kenapa Plagiarism Tidak Dapat Membantu Menaikkan Blog Anda.
Memang mudah untuk plagiat entri orang lain, namun...mana identiti anda? Mana bakat menulis anda? Mana penat lelah dan jerih anda hasilkan blog? Mana manisnya mendapat bayaran yang tinggi dengan usaha sendiri? Agak-agaknya, macam mana nak jawab ya bila ditanya Malaikat tentang “dari mana rezeki kamu?”. Sanggupkah kita menjawab “rezeki haram itu saya dapat dari iklan nuffnang bila plagiat hasil kerja orang lain”. Mmmmm macam TAK SESUAIII je jawapan itu.

29 comments:

cik ain said...

penulis blog mesti cipta identiti sendiri. untuk ape bangga dengan entry yang bagus sedangkan copy paste dari blogger lain.. aishhh!

Kyra Ismera said...

sokong tuu..hairan..gila publisiti sampai plagiat..kita kena cipta identiti sendiri..dengan identiti tu masalah plagiat boleh di atasi..

Unknown said...

kalau boleh para blogger kenalah jauhkan diri daripada bahaya penyakit plagiat ini...binalah identiti sendiri pada blog anda..setuju dengan penulis (: sebuah perkongsian maklumat yang menarik

Raja Fiqri Fauwaz said...

hehe.. Isu ni tak pernah padam. Bukan bidang penulisan je..

PUAN PIA said...

Klu2 tiru2 dalam exam ni, dah kena bar dah ni....

nabilah_2908 said...

betul tu...

tak salah kalau kita nak kongsikan dgn org lain bila kita rasa content dlm blog itu menarik..

tapi ambil sikit2 sudah..lepas tu jgn lupa berikan kredit pada tuan empunya blog...bukan kah itu lebih baik...

kenapa perlu mencuri hak cipta org lain...hrumm....

berdiri lah dgn sedniri..identiti sendiri... :)

cikpia said...

aku ingat zaman sekolah jer ada kes tiru meniru nie............ zaman kolej ja ada kes copy paste nie (time wat assignments)....... dah tua bangka, tulis blog pun ada gak......???

un-sangka-rable!!!!!

PUAN PIA said...

hahaha.. betui2 cikpia... diorg2 ni patut kena bar dah dr alam blog ni...

kusut said...

teringat satu article pasal jenis2 blog.. dia kata lebih kurang camni la - nak cari identiti utk blog kita adelah benda paling tak susah sekali sebab kita masing2 pun unik. kalau kita jadik diri sendiri nanti blog kita pun ada la identiti sendiri

agaknye kalau org tu jenis tak hormat undang2 and tak hormat orang lain, blog dia pun jadik la blog plagiat. no original content, no valuable identity

nur.sa said...

selalunya blog yang diplagiat tu blog yang famous dan ramai readers dah. yang plagiat tu pulak patut kena piat aje telinga dia T__T takde maruah..

maharam said...

ci ain: Yuppp identiti sendiri. Hilang identiti atau tak ada identiti bila salin tulisan orang

maharam said...

si conget: orang plagiat tulisan orang lain "tak jumpa identiti sendiri" lagi...blog dia pun carca marba jadinya...

maharam said...

Hafizuddin: Blogger baru yang baru nak mula blog terima kejutan budaya...belum jumpa diri sendiri lagi

maharam said...

Isu Fiqri: selagi belum kiamat...akan sentiasa ada

maharam said...

Sofia: tiru2 dalam exam kena bar kalau kena tangkap. Kalau tak kena...masih selamat ;)

maharam said...

Nabilah: kunci utama adalah "nyatakan sumber" yang kita ambil. Bila dinyatakan...dah tak kira plagiat lagi

maharam said...

sofia: sampai mati akan ada kes tiru2...jadi peranan kita: jadilah blogger yang beretika dan berhikmah. Lambat kaya pun tak apa...asalkan nati jadi kaya juga :)

maharam said...

sofia: Kalau pakat boikot boleh juga...ataupun sebarkan semaya alam ini tentang aktiviti dia yang suka plagiat. Bila semua orang tahu...payah juga dia nak hidup kan...

Nak bar dia dari blogging agak susah juga sebab mungkin dia guna host luar negara. SKMM pun tak boleh buat apa

maharam said...

Kusut: Orang macam tu...tak yakin dengan diri sendiri

maharam said...

nur.sa: Blogger yang dah glamour ada pengikut mereka yang tersendiri. Lagilah tak berapa nak cerdiknya kalau plagiat blog macam ni sebab akan lebih mudah dikesan.

Tieah Madian said...

Aku kalo copy paste artikel blogger lain aku tulis sumber tau..
Itulah identiti blog aku ek..

humble.yat said...

plagiarism is an illegal act by-laws.boleh didakwa tau..

100penulis said...

Sekarang ni lagi jijik, bukan setakat entri kena plagiat, blog dan konsep2 sekali pun kena.. maklum saja dah kemaruk trafik. Heh

chenta said...

wah admin!mendalam tu..hehehehe

blog ni kan mcm diari..bg sy la..so takkan la aktiviti sy dgn org lain sama plak smpai nk copy paste...

kalau copy paste sesuatu info, mmg kena la letak link yg kita dapat..kesian org yg memula tulis pasal benda tu...

ibarat lembu punya susu, sapi dapat nama..

orang lain penat2 kuarkan idea menulis, orang lain plak dapat trafik tinggi!heheheh :P

maharam said...

d_tieah: Itu cara paling mudah untuk mengiktiraf usaha penulis asal

maharam said...

Humbleyat: Yup! masalahnya...tak ramai yang tahu atau buat-buat tak tau je

maharam said...

100 Penulis: Itu tandanya tak ada moral...hilang etika. Ramai yang tak kesah pasal 2 benda ni bila berdepan dengan duit

maharam said...

Chenta: Orang tak bermoral yang gunakan blog untuk dapat duit sampingan sanggup abaikan banyak perkara termasuk hal-hal peribadi dan nilai memori sebegitu...nak cepat kaya kononnya.

Padahal, orang yang ada identiti sendiri itu akan berjaya lebih lama sebab pembaca tahu dia ada "nilai" yang tersendiri. hanya...perlu masa yang lama untuk berjaya, namun, kejayaan itu boleh dikekalkan lama

fat said...

saya tak tahu entri saya penah kena plagiat atau x. huhu. cmna ek nak tahu?

Jemput singgah teratak CikGadis : Selamat Hari Raya Haji