Ramai blogger mengadu yang entri mereka kena plagiat. Menggunakan bahasa yang mudah, plagiat entri blog ini disebut “salin dan tampal” ataupun “copy and paste”. Mudah sahaja untuk lakukannya. Hanya salin entri berkenaan dari blog tertentu dan tampalkan semula di blog anda tanpa menyatakan sumber dan link asal blog yang anda salin itu. ini bermakna, pembaca blog anda ingatkan apa yang dipaparkan itu hasil tulisan anda, sedangkan hakikatnya anda hanya salin dari tempat lain.Hak Cipta dalam Penulisan . Bukan susahpun untuk iktirafkan sumber rujukan, apalagi kalau secara maya. Linkkan sahaja.
Mudah sahaja untuk lakukannya, namun, kegiatan ini sangat tidak beretika. Tidak bermoral. Ia sama seperti menipu dan memperdaya pembaca. Dalam dunia penulisan, plagiat adalah jenayah. Bila dipanggil jenayah, orang yang plagiat tulisan orang lain akan dikenakan hukuman berdasarkan akta hakcipta. Namun begitu, hakcipta di dunia maya banyak simpang siurnya. Masih memerlukan pakar undang-undang untuk menyatakan secara terang dan bersuluh bagaimana ia diaplikasikan.
Plagiat dah lama berlaku dalam penulisan, malah dalam kes tertentu kesannya sangat besar. Boleh mengubah nasib dan masa hadapan sendiri. Boleh memusnahkan kerjaya. Sila baca himpunan beberapa tulisan berkaitan di
Mudah sahaja untuk lakukannya, namun, kegiatan ini sangat tidak beretika. Tidak bermoral. Ia sama seperti menipu dan memperdaya pembaca. Dalam dunia penulisan, plagiat adalah jenayah. Bila dipanggil jenayah, orang yang plagiat tulisan orang lain akan dikenakan hukuman berdasarkan akta hakcipta. Namun begitu, hakcipta di dunia maya banyak simpang siurnya. Masih memerlukan pakar undang-undang untuk menyatakan secara terang dan bersuluh bagaimana ia diaplikasikan.
Plagiat dah lama berlaku dalam penulisan, malah dalam kes tertentu kesannya sangat besar. Boleh mengubah nasib dan masa hadapan sendiri. Boleh memusnahkan kerjaya. Sila baca himpunan beberapa tulisan berkaitan di
Ramai blogger mengalami nasib ini. Sila baca Orang Ada Blog, Dia Pun Nak Ada Blog. Tapi Sampah!, Aku Jadi Mangsa Plagiarism… Lagi, Lepas JustKhai, PascaSPM lak kena ciplak!! untuk melihat betapa masalah plagiat dah semakin membiak dalam dunia maya. Macam cecacing maya juga. Macam virus juga. Dan plagiat juga telah menjadi virus dalam penulisan. Namun begitu, bukan semua blogger jadi penjenayah sebegini. Bilangan penjenayah tidak ramai, namun jumlah yang tidak ramai itulah dibimbangi akan membiak dan berkembang pesat hingga menjadikan dunia blog berputar kepada kisah yang sama sahaja. Semua saling plagiat memplagiat, dah habis idea sendiri. Seorang blogger di Nazrien.com telah memberi tips berguna berkaitan plagiat di 5 Sebab Kenapa Plagiarism Tidak Dapat Membantu Menaikkan Blog Anda.
Memang mudah untuk plagiat entri orang lain, namun...mana identiti anda? Mana bakat menulis anda? Mana penat lelah dan jerih anda hasilkan blog? Mana manisnya mendapat bayaran yang tinggi dengan usaha sendiri? Agak-agaknya, macam mana nak jawab ya bila ditanya Malaikat tentang “dari mana rezeki kamu?”. Sanggupkah kita menjawab “rezeki haram itu saya dapat dari iklan nuffnang bila plagiat hasil kerja orang lain”. Mmmmm macam TAK SESUAIII je jawapan itu.
29 comments:
penulis blog mesti cipta identiti sendiri. untuk ape bangga dengan entry yang bagus sedangkan copy paste dari blogger lain.. aishhh!
sokong tuu..hairan..gila publisiti sampai plagiat..kita kena cipta identiti sendiri..dengan identiti tu masalah plagiat boleh di atasi..
kalau boleh para blogger kenalah jauhkan diri daripada bahaya penyakit plagiat ini...binalah identiti sendiri pada blog anda..setuju dengan penulis (: sebuah perkongsian maklumat yang menarik
hehe.. Isu ni tak pernah padam. Bukan bidang penulisan je..
Klu2 tiru2 dalam exam ni, dah kena bar dah ni....
betul tu...
tak salah kalau kita nak kongsikan dgn org lain bila kita rasa content dlm blog itu menarik..
tapi ambil sikit2 sudah..lepas tu jgn lupa berikan kredit pada tuan empunya blog...bukan kah itu lebih baik...
kenapa perlu mencuri hak cipta org lain...hrumm....
berdiri lah dgn sedniri..identiti sendiri... :)
aku ingat zaman sekolah jer ada kes tiru meniru nie............ zaman kolej ja ada kes copy paste nie (time wat assignments)....... dah tua bangka, tulis blog pun ada gak......???
un-sangka-rable!!!!!
hahaha.. betui2 cikpia... diorg2 ni patut kena bar dah dr alam blog ni...
teringat satu article pasal jenis2 blog.. dia kata lebih kurang camni la - nak cari identiti utk blog kita adelah benda paling tak susah sekali sebab kita masing2 pun unik. kalau kita jadik diri sendiri nanti blog kita pun ada la identiti sendiri
agaknye kalau org tu jenis tak hormat undang2 and tak hormat orang lain, blog dia pun jadik la blog plagiat. no original content, no valuable identity
selalunya blog yang diplagiat tu blog yang famous dan ramai readers dah. yang plagiat tu pulak patut kena piat aje telinga dia T__T takde maruah..
ci ain: Yuppp identiti sendiri. Hilang identiti atau tak ada identiti bila salin tulisan orang
si conget: orang plagiat tulisan orang lain "tak jumpa identiti sendiri" lagi...blog dia pun carca marba jadinya...
Hafizuddin: Blogger baru yang baru nak mula blog terima kejutan budaya...belum jumpa diri sendiri lagi
Isu Fiqri: selagi belum kiamat...akan sentiasa ada
Sofia: tiru2 dalam exam kena bar kalau kena tangkap. Kalau tak kena...masih selamat ;)
Nabilah: kunci utama adalah "nyatakan sumber" yang kita ambil. Bila dinyatakan...dah tak kira plagiat lagi
sofia: sampai mati akan ada kes tiru2...jadi peranan kita: jadilah blogger yang beretika dan berhikmah. Lambat kaya pun tak apa...asalkan nati jadi kaya juga :)
sofia: Kalau pakat boikot boleh juga...ataupun sebarkan semaya alam ini tentang aktiviti dia yang suka plagiat. Bila semua orang tahu...payah juga dia nak hidup kan...
Nak bar dia dari blogging agak susah juga sebab mungkin dia guna host luar negara. SKMM pun tak boleh buat apa
Kusut: Orang macam tu...tak yakin dengan diri sendiri
nur.sa: Blogger yang dah glamour ada pengikut mereka yang tersendiri. Lagilah tak berapa nak cerdiknya kalau plagiat blog macam ni sebab akan lebih mudah dikesan.
Aku kalo copy paste artikel blogger lain aku tulis sumber tau..
Itulah identiti blog aku ek..
plagiarism is an illegal act by-laws.boleh didakwa tau..
Sekarang ni lagi jijik, bukan setakat entri kena plagiat, blog dan konsep2 sekali pun kena.. maklum saja dah kemaruk trafik. Heh
wah admin!mendalam tu..hehehehe
blog ni kan mcm diari..bg sy la..so takkan la aktiviti sy dgn org lain sama plak smpai nk copy paste...
kalau copy paste sesuatu info, mmg kena la letak link yg kita dapat..kesian org yg memula tulis pasal benda tu...
ibarat lembu punya susu, sapi dapat nama..
orang lain penat2 kuarkan idea menulis, orang lain plak dapat trafik tinggi!heheheh :P
d_tieah: Itu cara paling mudah untuk mengiktiraf usaha penulis asal
Humbleyat: Yup! masalahnya...tak ramai yang tahu atau buat-buat tak tau je
100 Penulis: Itu tandanya tak ada moral...hilang etika. Ramai yang tak kesah pasal 2 benda ni bila berdepan dengan duit
Chenta: Orang tak bermoral yang gunakan blog untuk dapat duit sampingan sanggup abaikan banyak perkara termasuk hal-hal peribadi dan nilai memori sebegitu...nak cepat kaya kononnya.
Padahal, orang yang ada identiti sendiri itu akan berjaya lebih lama sebab pembaca tahu dia ada "nilai" yang tersendiri. hanya...perlu masa yang lama untuk berjaya, namun, kejayaan itu boleh dikekalkan lama
saya tak tahu entri saya penah kena plagiat atau x. huhu. cmna ek nak tahu?
Jemput singgah teratak CikGadis : Selamat Hari Raya Haji
Post a Comment