Friday, July 8

Love a guy that love his love's love

Ini entry dewasa dan agak panjang , harap maklum .

Dulu ghua ada beberapa teman rapat berjantina gadis . Kami rapat sehingga boleh cerita masalah peribadi tanpa ada rasa 'love connected' ataupun 'sexual connected' , setidak-tidaknya pada ghua .

 Pada satu ketika , seorang dari teman ghua beritahu yang beliau tidak suka susuk tubuh beliau kerana mempunyai payudara yang agak KeciK . Mula-mula ghua tersentak dengan kenyataan itu tapi masa tu ghua muda lagi , mana tahu nak cakap apa , kang salah cakap , naya . Ghua dengar saja lah tanpa berikan sebarang kata .
 
Selang beberapa masa , ada pula teman yang lain beritahu yang beliau inginkan tubuh ramping , ada yang inginkan badan agak berisi dan ada juga yang inginkan tubuh cekeding . Well , masa ni ghua dah selang beberapa besar tapi masih enggan membuat apa-apa kenyataan .

Baru-baru ni ada dua tiga kes yang kembali membuka fail 'tubuh badan yang dibenci' . Maka , sebagai lelaki yang sudah layak berumahtangga , ghua ingin kongsi sedikit pendapat tentang isu ini .



Perempuan tidaklah sepatutnya melihat bahawa lelaki hanya mengejar perkara seksual semata-mata . Lebih-lebih lagi mereka yang mencari calon isteri . Memang luols boleh cakap physical/facial come first , baik ketika lelaki melihat perempuan ataupun perempuan melihat lelaki . Bukti nyata , berapa ramai minat Justin Bibir dan 'Edward Cullen' hanya kerana memliki wajah yang AWWW !
Tetapi adakah bila luols tertarik dengan sipolan yang berfizikal menarik luols akan grrrab si polan menjadi pasangan hidup terus ? Luols masih perlukan masa untuk mengenali hati budi , thats it , hati budi !

Memang tidak dinafikan , bagi umat lelaki normal macam ghua inginkan isteri idaman , baik dari segi dalaman ataupun dari segi luaran . Tips untuk perempuan dalam hal ini ialah , bila sudah kenal pasti calon suami dan akan bersatu dalam 6 bulan akan datang , tanyalah calon suami , isteri bagaimana yang mereka inginkan . Kenapa 6 bulan ? Kerana ia masa yang mencukupi untuk berubah secara FIZIKAL untuk memuaskan fantasi keinginan suami . Bagi perkara lain-lain termasuk hati budi , luols sudah ada masa sejak lahir untuk gubah dan berubah .

Ambil perhatian kepada istilah suami , bukannya teman lelaki mahupun si lelaki !!

Perlu diingatkan kepada luols perempuan , janganlah mengejar kesempurnaan fizikal semata-mata . Ghua yakin , semua yang ada disini inginkan rumah tangga yang bahagia . Jadi , cuba luols tanya pada diri masing-masing ,
Luols nak jadi isteri yang boleh jaga rumah dan diri , makan minum keluarga , pakai anak dan suami , hormati ibu bapa dan mertua , dan memuaskan di bilik tidur . atau
Luolz nak jadi isteri yang hanya berguna di bilik tidur ?

Susuk tubuh yang diingini setiap individu akan memberikan keyakinan diri masing-masing , tetapi ia semuanya hanya mainan minda . Kekal positif adalah kata kuncinya . :)

Bukannya ghua melarang luols menambahbaik tubuh luols tetapi tidaklah perlu sampai membencinidaksukakannya . dan ingatlah , tubuh badan luols hanya untuk tatapan dan memuaskan suami yang sah .

This guy is unavailable
Love a guy that love his love's love .

17 comments:

nur.sa said...

bersyukur pada Allah yang jadikan diri ni sempurna. Alhamdulillah.tak ada rasa tak puas hati di mana-mana. yang banyak cacat cela cumalah di mata orang.

chenta said...

kalau dia betul2 sygkan kita, dia akan terima kita seadanya..tapi bila berlaku masalah, hati mula membenci, benda2 mcm tu pun boleh jadi perang besar...

Fariehan Ibrahim said...

Alhamdulillah dgn nkmat yg diberi,
penmbhbaikan hri demi hri tuk kebaikn b'sma,
*wahh, bajet cm da kawen! hueh3

err, tjuk pown da b'belit2 nk bce. ;PP

Fina Sophie said...
This comment has been removed by the author.
Fina Sophie said...

when a guy really likes a girl, he'll disregard all her bad characteristic ;))

lalatipah said...

sangat setuju. kadang2 memang terlintas kekurangan diri apabila melihat yg lebih baik di depan mata. tapi, apabila terfikir, kebaikan diri dan hati sendiri belum begitu sempurna, cukuplah untuk membaiki hati kerana luaran itu anugerah dari Allah. Mungkin pandangan manusia berbeza, yang pasti, biarpun tidak cantik pada pandangan manusia, pada pandangan Allah, kita tetap istimewa :)

Cik Jannah said...

saya sayang siapa saya, bersyukur sangat. lelaki yg ikhlas dapat menerima wanita yg tak kira betapa buruk dan baik nya sesorang itu. tapi normal bila wanita x puas hati dgn tubuh badan sndri sebab nyata jelouse dgn kecantikkan org lain. tapi tak salah untuk cemburu asalkan jangan membenci diri sendiri. besyukur dengan anugerah allah kerana semua makhluk yang dilahirkan cantik di sisiNya

PUAN PIA said...

Masa aku muda2 remaja belia, selalu pikir, ish2 nape la aku ni xcantek, xtinggi plk maCAm model, habislah xde lelaki suka aku.. huwaaa...

Tapi, bila dah tua2 cmni, bagi aku semua tu xpenting dah, lebih2 plk bila tgk ada aje yg kawan2 aku yang dapat lelaki padahal rupaparas mereka xdelah cun melecun sgt, tapi bab budi pekerti, A+++ aku boleh bagi...

Jadi, kesimpualnnya, pada wanita2 diluar sana, pertingkatkan lah budi pekerti kita, mungkin kecantikan adalah bonus bg mereka, tp percayalah keindahan hati2 kita adalah kunci utama!!

r.k said...

nur.sa : beauty is a subjective subject .

chenta : Thats why you need to clean up the 'closet' always .
*closet is the place where u throw all the small matters .

fariehan ibrahim : Alhamdulillah

Comment deleted : keh keh keh

Fina Sophie : when he love the girl, he'll improvises himself into a better level .

sYazY_dZaiMa : everyone indeed is special .

cIk JanNah : jangan sampai membenci , yes , thats it !

Sofia : bila hati dah cantik, what u want more ?

kusut said...

natural kot bile kita rasa certain2 things pada diri kita boleh di improve. cuma kat mana had nya lah

apa yg kita boleh usaha tu kita usahakan. jangan amik shortcut

anyss said...

Salam,
Kalaulah cantik yang jadi ukuran bahagia, kesianlah pulak dengan orang yang diciptakan kurang sikit cantik tu.

Betul ke orang cantik tu bahagia?

maharam said...

Assalamualaikum,
Mana ada orang sempurna dalam dunia ni...terimalah seadanya.

humble.yat said...

cantik itu subjektif.cuba lihat watak jahat yg ctik dlm drama2, mesti tibe2 nmpk tak ctik kan?begitu juga kita, klu ctik, tp tidak berakhlak, kurang ctikla kita.so, klu nak cantik, bina identiti berdasarkan akhlak mulia;-)

MuJE said...

yeah, jom panaskan balik post ni! hehe... aku suka ayat memuaskan fantasi keinginan suami even kena stroke pon... terasa nak apply fantasi itu...=)

[.ika itu aku.] said...

kecantikan sbnr dtg dr hati...
peace u ollss =)

fat said...

tp skrg selalu jumpa lelaki yang melihat fizikal. bkn sedikit, tetapi ramai. jd macam mana?

kecantikan adalah abstrak.
kecantikan sebenar adalah pekerti.. =)

r.k said...

kusut : had tu lah yang selalunya kita terlepas pandang . XD

anyss : bahagia tu kan diri masing-masing .. masing-masing punya rasa .

maharam : tapi selagi boleh diubah menjadi lebih baik , boleh kan di upgrade .

humbleyat : cantik tu memang subjektif , cantikkanlah diri dimata pasangan hidup masing-masing .

MuJE : upps , itu cerita dalam kelambu . hehe

..ikaitu aku.. : kecantikan sebenar datang dari hati , baju yang kotor boleh dicuci , hati yang berih sukar didapati , gunalah daia .

CikGadis : Sebab tu lah ubah diri menjadi cantik secantik di mata pasangan masing-masing , sakit lah nak puaskan semua orang .. XD