Tuesday, July 12

Kerana dirimu begitu berharga





Assalamualaikum semua. Apa khabar korang hari nie? Untuk kesekian kalinya, hampir seminggu flu aku tak baik-baik dan ia sangat mengganggu aku, terutamanya bila nak tidur. Nasib tak ada suami nak dilayan, kalau tidak? Oh, sila jangan berfikir yang bukan-bukan. Aku hanya nak berkata, kalau tidak, suami aku pasti akan berjangkit flu juga. *sila fikir positif okay. =)

Alang-alang dah cerita bab 'melayan' suami, aku tertarik hati untuk mengulas sedikit tentang apa yang telah ditulis oleh r.k pada jumaat lalu pasal love guy that love his loves love.

Aku sangat bersyukur sebab masih ada lagi lelaki yang berfikiran macam r.k ni. Dan aku amat berharap, masih ramai lagi yang begini. Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya:


1. Bukan semua lelaki macam r.k.

Aku dah jumpa dan juga melalui zaman bersama orang yang mementingkan rupa paras dan bentuk badan. Tiada istilah manusia yang sempurna. Tapi, aku berharap kaum lelaki mahupun perempuan, bila nak menilai orang lain, nilailah diri kita dahulu. Mahukan pasangan yang berbody mantap, kamu tue mantap sangat ke? Mahukan pasangan berwajah mulus, wajah kamu tue tak ada jerawat ke?

2. Bukan semua lelaki sedar diri.

Biasa kita dengar, 1st impression adalah yang paling penting. Aku juga tak pernah untuk menafikan statement itu walaupun kadang aku susah nak mengakuinya. Perlu mencalit seribu warna di wajah, baru cantik ke pada mata seorang lelaki? Kalau baru tengok, belum cakap apa-apa dah cakap, "perempuan ni bukan taste aku..", tue apa namanya? Sangat tinggi taste kaum lelaki ni rupanya. Kadang pelik. Macam member aku sorang nie. Ada seorang gurl tengah jalan kaki nak seberang jalan, dah boleh cakap, "perempuan nie tak ada ciri-ciri yang aku nak lah." Cepat sungguh menilai.

3. Bukan semua lelaki berfikir untuk kesejahteraan rumah tangga


Nie aku cakap sebab member aku sendiri cakap, "kalau ada bini tak lawa, nanti member-member gelak. Malulah aku." R.k memberi point yang bagus bila mana beliau berkata tentang menjaga keharmonian rumah tangga berbanding isu di bilik tidur. Tapi, berapa peratus yang boleh kita beri untuk menilai sejauh mana bentuk tubuh tak memainkan peranan. Ada kes benar dalam rumahtangga seorang sahabat, diceraikan kerana beliau berbadan gempal dengan alasan tidak seronok di tempat tidur. SEDANGKAN, beliau dikahwini semasa tubuhnya memang begitu ! Fikirkan di mana masalahnya.

Cukuplah tiga point aku kongsi. Bukan mahu menyalahkan atau memenangkan mana-mana pihak, cuma masing-masing perlu berfikir untuk kebaikan masing-masing. Kerana itu, lelaki yang BAIK hanya untuk perempuan yang BAIK, dan bukannya lelaki yang HENSOM untuk perempuan yang CANTIK. Sesungguhnya, kecantikan itu suatu yang subjektif. Oleh itu, sayangilah aku kerana diriku, bukan hanya kerana tubuh badanku.

*tak mengapa masih bersendiri, dari mendapat pasangan yang hanya mementingkan diri. :)

Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kawan aku hilang.

No comments: