Friday, July 29

Mana platform untuk anak muda Malaya?


Anak-anak muda di Malaysia, 

Pendapat anda diketepikan? 
 Hak anda dicabul?
(yang ni saje je nak wat gempak.. hahahaha)
Pernahkah anda mendengar mengenai Kesatuan Anak Muda Malaysia. Kesatuan yang baru sahaja diasaskan pada 2010 ini rasanya. Gua pun bukan ambil berat sangat perkara-perkara ini asalnya. Tapi bila terpandang perkataan "ANAK MUDA" gua terus rasa gua muda.. Haha.. Gua kaji-kaji sikit la pasal kesatuan ini, gua dapat gambarkan yang mereka ini NGO. Macam biasa la Kesatuan selalunya ditubuhkan untuk mengumpulkan orang dan membincangkan idea-idea serta membangkitkan idea.

Lagi satu, gua kaji lagi. Rasanya Kesatuan ini adalah kebangkitan Kesatuan Melayu Muda yang muncul pada era Perang Dunia ke-2 itu. (ada kemungkinan juga idea gua ni). Kerana pada gua, anak-anak muda sekarang kebanyakannya memang punya akal yang hebat-hebat, idea yang handal-handal. Tapi itu semua tidak ke mana bila segalanya disekat ataupun ruang untuk menyatakan hasrat, pendapat, idea terhad. Hanya melaungkan di blog-blog sendiri yang tak pernah dijenguk. (Contohnya: blog gua, Otak dan Jantung). Hahaha.

Kesatuan ini gua rasa terlalu baru, dan memerlukan sokongan dari pelbagai pihak. Lebih-lebih lagi anda semua. Lagi satu bila semua anak muda bersatu di bawah satu bumbung, akan nyata kekuatan sebenar golongan muda di Malaysia. Gua pikir itu lah matlamat kesatuan ini. Tapi gua belum dapat memastikan apa sebenarnya yang dibincangkan secara mendalam dalam kesatuan ini.

"If the kids are united, they will never be divided"
-SHAM 69
"Anak Muda harus terus hidup dan berjuang dalam memastikan survival negara ini dalam menempuh masa depan yang mendatang. Tidak kira agama, budaya atau kaum. Itu semua tidak penting. Yang utama ialah kita semua ini satu bangsa. Bangsa Malaysia."

Akhir kata
“Berikan Aku 10 Pemuda maka akan kuguncang dunia”
- Ir.Soekarno

p/s: gua gemar menyuarakan pendapat di blog gua.Gua bebas di situ.Dan gua pun tak berapa tahu sangat pasal KAMU ni. hahahahaha

Saki baki mengenai penulis ini:
Pert Doherty, merupakan seorang anak jalanan, penulis picisan di ruang maya. Beliau juga bukanlah siapa-siapa. Tiada kelulusan bagus. Tiada ayat yang bagus dalam penulisan.  Dan tidak banyak yang diketahui mengenai penulis ini. Beliau juga merupakan penulis di blog utamanya iaitu Otak & Jantung, kemudian di YM Doodle Art. Beliau ada juga menulis di blog rakannya (Karim) iaitu Country 20 Class.

8 comments:

kusut said...

platform macam dah banyak sebenarnye. cuma ramai yg terlalu manja kot.. nak kene diturut dan disuap kemajuan dalam mulut diorang.

tapi mana 'fun' bila semua disuap kan? lagi seronok bile kita 'rebel' btul?

yg dah matang tu ramai la yg sedar (walaupun ade yg tak sedar2) kemajuan tu perlu ada usaha.

Pert Doherty said...

haha.. btol.. aku lebih suka bergerak sendiri.. jadi fighter!!!

p/s: tapi join gak 100penulis.. hahahah

KeCiK said...

ayat 10 pemuda mcm familiar je bro..heheh...

yeah, gua suka juga rebel tapi biar rebel berisi. gua terus tekan like entri nih!

anyss said...

Salam,
10 yang berkualiti x pe...kalau yang kaki dadah wat apa....ngabihkan borehhh je hu huhu

r.k said...

sini ada 100 kepala pert , lepas 3 minggu ni nampak macam ada kpala-kpala yang sekapal dengan lontaran kebebasan diluar kebiasaan .. sikit masa lagi silap-silap 100penulis jadi platform anak muda ,
keh keh keh ..

kata kila said...

lone ranger lah senang.eekekke

Fina Sophie said...

ahahah! i like! sgt2 like! walaupun sbnrnya tak berapa nak fhm. tp sy setuju dgn ini : "Anak Muda harus terus hidup dan berjuang dalam memastikan survival negara ini dalam menempuh masa depan yang mendatang. Tidak kira agama, budaya atau kaum. Itu semua tidak penting. Yang utama ialah kita semua ini satu bangsa. Bangsa Malaysia."

Pert Doherty said...

Haha.. sape lagi nak ganti najib nanti pastinya generasi kita ni.. huhu... diorang sume tu manusia gak sikit masa hbis tempoh kt dunia.. kita kena blajar.. survival di bumi sendiri!!! hahahaha