Friday, July 29

Nak tengok 'Ustaz dalam TV'


Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas, kecoh pasal rancangan Adik & Al-Quran yg diterajui Ustaz Zamri dihentikan gara2 gambar Ustaz Zamri di perhimpunan Bersih 2.0 tersebar luas. Kerana sekeping gambar, TV9 mengambil keputusan untuk menghentikan rancangan tersebut dan akan menyiarkannya kembali selepas Ramadhan. Gara-gara sekeping gambar...

Pada pandangan SiTukangTulis, rancangan Adik & Al-Quran terlalu banyak manfaatnya kepada generasi muda kita yang akan datang. Sebelum ni, selalu gak tengok Adik & Al-Quran, ia banyak membantu menyegarkan semula ilmu tajwid yang dipelajari masa sekolah dan semasa mengaji dahulu. Setiap kali menonton rancangan tersebut, pasti terasa banyak benda yang kita belajar dulu kita dah lupa...malu pun ada gak bila salah jawap soalan yg Ustaz Zamri lontarkan kepada anak2 kecil dalam rancangan tu.


SiTukangTulis ada dua orang anak buah. Diaorang mesti sibuk nak tengok Adik & Al-Quran setiap kali waktu siaran sampai satu tahap buat 'demo' ngan mak ayah diaorang. Masing-masing sibuk nak menjawab soalan Ustaz Zamri padahal cuma tonton tv je. Kelakar pun ada gak, tapi inilah mesej yang berjaya disampaikan oleh rancangan tersebut. Ia pasti memudahkan ibu bapa untuk mengajar anak2 mereka mengaji di samping 'mengajar' orang yang dewasa untuk menjadi contoh kepada anak2 mereka. Ye la, takkan nak kalah ngan 'Ustaz dalam TV' tu....(istilah baru oleh anak buah).

Malangnya, kita lebih sensitif penglibatan 'Ustaz dalam tv' tu dengan Bersih sampai kita lupa bantuan yang telah dia berikan dalam mendidik anak2 kita ke arah menjadi generasi celik Al-Quran. Kita lebih mementingkan sensitiviti politik jangka pendek berbanding masa hadapan anak2 kita. Berapa ramai dari kita yang dewasa ni berani nak mengajar tajwid? kena soal apa beza 'mad jaeiz munfasil' ngan 'mad wajib muttasil' pun gagap nak menjawap.

Untuk stesen TV, anda hanya wujud bila ada penonton. Memenuhi kehendak penonton adalah matlamat anda. Jadi hormatilah permintaan kami sebagai penonton dan kembalikanlah segala rancangan yang bakal membawa manfaat kepada generasi muda akan datang. Jika dulu Radio menjadi media yang menyampaikan risalah kemerdekaan, kini Media masa menjadi agen perubah masa depan. Apa yang anda siarkan, itulah yang bakal mendidik pemimpin akan datang.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.

No comments: