pernah tak tergelak sendiri bila teringat pasal apa-apa kes yang pernah korang create atau terjadi kat diri sendiri? dan bila diingat-ingat balik rupanya banyak sangat kes memalukan diri sendiri. siap jadi bahan gelak kawan walaupun 2 atau 3 tahun selepas tu. T____T maksudnya dah beranak pinak pun kawan masih boleh gelakkan kita pasal kes zaman muda remaja dulu. haih.
kalau bercakap pasal diri saya, dah banyak sangat dah contoh kawan-kawan saya bongkar sikit-sikit. meh saya bagi contoh pernah terjadi pada diri saya tapi mungkin tak pernah terjadi pada anda:
1. selalu tertinggal segugus kunci kat grill pintu rumah sewa dan dengan selambanya kunci pintu dari dalam. maksudnya kepada pencuri 'mai la rompak rumah saya'.
2. waktu pagi yang kurang sibuk, tertinggal laptop di rumah dan cuma membawa diri sahaja ke ofis.
3. terjatuh secara memalukan dekat workstation sendiri disaksikan oleh bos sendiri dan juga CEO. dia cuma tanya ' kerusi tu ok ke?'. chaiitt.
4. saya duduk dalam kereta menunggu kawan saya, tapi tak sedar rupa-rupanya dia dah melambai-lambai ke arah saya dalam beberapa minit dari seberang jalan dan saya tak sedar langsung.
5. selalu lupa jalan ke mana-mana walaupun dah menuju ke tempat yang sama berkali-kali atau kata saintifiknya buta peta.
6. selalu tunjuk arah yang salah semasa memberitahu arah pada orang lain. contoh mahu tunjuk ke arah utara tapi tertunjuk ke arah selatan.
7. tertinggal kawan yang mahu menumpang kereta saya di sesuatu tempat di tepi jalan sebab terlalu rancak berbual atau termenung. dah dua tiga kali terjadi macam tu. :B
8. secara tiba-tiba pengsan sebelum sempat menunaikan niat suci murni iaitu derma darah. sampai sudah darah saya tak pernah diderma. kena gelak lagi ada.
9. keluar dari kereta dengan kaki saya sebelah memakai heels dan sebelah memakai sandal. boleh la nampak seseorang berjalan senget sebelah. entahapahapa saya ni.
10. pernah kereta ditahan JPJ waktu pulang dari kerja gara-gara saya buat muka cuak dan gelabah bila baru teringat yang saya tertinggal purse di rumah pagi tadi waktu nak pergi kerja. itu namanya cari penyakit. orang lain lepas je, kereta saya je disuruh berhenti tepi jalan tu.
11. pernah tersalah masuk kelas b.arab waktu study dulu dan dengan muka confident saya kekal duduk dalam kelas yang bukan kelas saya tu selama sejam. siap boleh jawab soalan yang ustaz tu tanya lagi. padahal saya bukan anak murid dia huahuahua. saya try nak keluar tapi kelas kecik tak memberi ruang untuk saya keluar langsung. T__T
12. mulut berkata dekat kawan sebelah yang dia akan jatuh sebab cara dia berjalan tu dan dalam masa sama saya sendiri yang terjatuh bedebuk depan dia. pengajaran: jangan berkata kat orang nanti sendiri merah muka.
13. pergi kat kaunter stesen minyak, dah sampai situ nak bayar, baru sedar duit tertinggal dalam kereta. sama juga terjadi waktu saya nak bayar duit laundry, rupa-rupanya duit tak cukup dalam purse. siap pesan kat pakcik tu, saya datang esok aje lah. takkan nak hutang kan, dengan muka malu-malu alah.
14. ada banyak kalau mahu dedahkan. cukup lah.
rupanya banyak sangat benda memalukan saya pernah buat kat diri sendiri. anda pernah? pernah rasa sampai mahu gigit-gigit tubuh sendiri bila buat kesilapan yang sama?haa. jangan, tapi cubalah untuk tak lagi terjadi macam tu. kesian kat diri sendiri sebenarnya. setiap kali teringat mesti senyum dan gelak sensorang.
ni belum kahwin dah macam-macam hal. kalau dah kahwin, minta lah tak de penyakit macam ni lagik. kalau tak, haruuu..
14 comments:
lucu gak baca cerita awk nie. hehee.
benda yg memalukan diri saya terjadi masa beberapa tahun lepas. masa tuh malam raya, saya keluar ngn ex-bf saya pergi expo. tau la kan org punya la ramai bersesak2. jadinya saya dah jalan kedepan dia kt blakang. saya hulur tangan saya suh dia pegang. tiba2 rasa mcm lain mcm jer tgn nie. toleh blakang upenya tgn org lain. memalukan sungguh.
heheheh..pernah pernah.grrrr..
hahhaa.... aku tak mau ingat perkara yang memalukan
me pernah pi x-treme games kat KLCC ngan ex bf.... tersadung tali khemah. gila malu!!!!! dah la orang ramai...... dah la pi X-games tu tiap2 tahun. pergh!!!! memang tebal kulit muka rasanya......
cikjannah
erk. silap tangan? hahaa. kelakar tuh. saya pun yg mcm tu pernah kena jugak tapi bukan salah tangan tapi tersalah berborak dengan orang lain. ingatkan kawan kita. hahaa.
katakila
marah nye..hehe
safizan
ala.. takmo ingat pun tapi tiap kali dok sensorang mesti teringat jgk kan..
s.o.f.i.a
erk. jatuh tergolek tak..? :P
eh byk seh. even nak ckp pun malu hoho. sakit hati pun iya juga. terbuat prkara yg memalukan itu, maybe leh jadi funny bila dah lama2 nti. tp siapa prnh dimalukan oleh orang? me! and it will never be funny. even smpai 100 thn pun. heh! (- -")
haha.lawak jgk kalo nk dipikirkan.btk sgt bnda2 lawak jd dkt dri sndri.nk cerita pun segan.kakaka~
haha...lawak gila...~~ maw pecah perut..haha
nasib baik, bukan lepas isi minyak n xde duit nk bayar. hahahaha..
pernah tertinggal segala dokumen pengenalan diri kat rumah n keluar berjalan dengan jarak yg jauh. klu kena tahan dgn imegrisen.. buat naya je.. hahaha..
and, oh, do i have to mention wktu pergi beraya baru2 ini saya tertukar petrol dengan diesel smpai kereta kena tarik? dang!
fina
dimalukan orang?tak pernah lg. huhu.
hahaha. ok. kes fina tertukar petrol dengan diesel, itu mmg buat saya gelak besar.. adoii..
sizuka
mmg segan kan?tp takpe. sy boleh je nak cerita. hehe
amira
:)
asada
err.. takmo le jadik camtu.kang kena kejar ngan penyapu..hoho..
sangat banyak, kalau nak list kt sini tkt boleh buat entri sendiri pulak kn,haha..*gelak2 sendiri teringat kisah lucu*
skrg if ade perkara yg memalukan sy dah pndai coverline, kena pakai skill tu..and muka kena tebal!nak wat mcm mn..kene jaga profesionalism ma...
Post a Comment