Tuesday, September 7

Raya Sakan Contest by Insan Tinggi

[Penghargaan buat Encik Luth untuk banner contest.]

Assalamualaikum semua.

Pejam celik pejam celik dah nak dekat 1 Syawal. Kejap je kan. So, sempena Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi, aku, [zack] dengan berbesar hatinya ingin menganjurkan Raya Sakan Contest. Tak susah pun nak join benda alah ni. Senang je. Yang menariknya, hadiah datang dari NZ. Wohoo.Ada banyak jenis souvenir yang nak diberikan ni.Rugi kalau tak join.

Syarat pertandingan senang saja:

1) Warganegara Malaysia.
2) Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
3) Perlu melekatkan banner 'Raya Sakan Contest' di blog anda sepanjang tempoh pertandingan berlangsung dan link kan ke entry ini.
4) Pilihan untuk menjadi pengikut blog Insan Tinggi adalah optional.Tiada paksaan 'Mesti ikut blog aku!'.
5) Tempoh contest berlangsung adalah sehingga 30 September 2010.

Cara nak join:

1) Disebabkan aku ni gila gambar, maka contest pun haruslah pasal gambar kan.Korang justperlu tampalkan banner contest dan satu gambar korang (tak kisah seorang atau jemaah) sakan berhari raya.Ingat ye.Temanya ialah SAKAN. Sakan tu meluas. Boleh jadi sakan melaram di hari raya, sakan melantak ketupat di pagi raya, sakan konvoi di pagi raya, sakan buat ketupat di malam raya dsb. Apa-apa yang dirasakan sakan di hari raya.Gitu.

2) Selepas tu, sila berikan sedikit info pasal gambar sakan korang tu dan jelaskan kenapa korang rasa gambar tu sakan sangat.Haa...boleh?

3) Mesti letak tajuk entry 'Raya Sakan Contest by Insan Tinggi'. Tak perlu buat sticky post sebab aku sendiri pun tak gemar sticky-sticky ni.

Hadiah yang ditawarkan :

Ole-ole dari New Zealand yang berunsurkan biri-biri dan burung kiwi.Hehehe.

3 entry paling kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang.Ecewah.So, tunggu apa lagi? Cepat join sebelum terlambat.

Sebarang keterangan lanjut, bolehlah terjah blog Insan Tinggi ye.Meh join meh.

9 comments:

Clarky Afif said...

ade tak hadiah pemain All Black? Kalau ada aku join. hohoho

Ah menarik tapi raya kali ni serius tak sakan. :(

nur.sa said...

tadi dah tengok contest ni kat blog zack. dah plan mau join. itu pun kalau ada gambar yg sendiri rasa sakan beraya. hehe.

insyaAllah, lepas raya masih ada masa kn.

KeCiK said...

WoW New Zealand ! Kalau Aussie tadi mesti hadiah dpt Koala.

Anonymous said...

OH WOW Zack !!
Kedengarannya MENARIK sekali :D
Hehehe, terutama sekali bab2 hadiah sebab tak penah dapat barangan NZ kan gituh ;)

Namun begitu, jap nak kena fikir dua tiga kali nak masuk ke tidak, hehehe sebab selama ni tak pernahnya nak rajin menjoinkan diri ke mana2 contest. IF tetiba terbuka hati nak join, u will hear from me then with the entry :)

Last but not least, GOOD LUCK kepada semua bakal peserta, ciwah :D

Mr. Asada said...

menarik seyh contest ni. tapi raya tahun ni tak dapat nak sakan-sakan. adeh..

mybe sedih sakan boleh join jugak kot. hahaha..

kusut said...

best gak tengok kesakanan org beraye. hehe

biasenye malas nak join contest2 ni, sebab duduk jauh sgt kos penghantaran hadiah tinggi lah (assuming menang la kan hehe). tapi tengok lah. geng 100penulis nye pasal bleh kot nak join.

kata kila said...

wah wah wah.sakan!heheh

Fina Sophie said...

mencuba utk mensakankan diri raya akan datang ni eyh zack. tkut zack je nti jeles org beraya sakan dkt sini. ehehe :P joke.

humble.yat said...

wah..bezya contest ni untuk sape2 yg sakan bergambar..sy jenis tak suka bergambar huhu..