Showing posts with label [zack]. Show all posts
Showing posts with label [zack]. Show all posts

Tuesday, December 14

Feri oh feri.

Selamat pagi semua.Wah.Terasa lama pula tak menulis kat sini.Al-maklumlah minggu lepas sekali lagi tertinggal giliran gara-gara busy dengan vacation bersama keluarga.Pulau Langkawi adalah destinasi yang patut anda semua kunjungi.Disamping tarikan duty free, terdapat lebih 100 pulau menarik untuk dikunjungi.Err.Bunyi macam agen pelancongan dah kan?

Cuma satu ja aku kurang puas hati.Pasal feri.Time lag satu hal.Seating satu hal lagi.Menjadi satu masalah kalau orang pakai ambil seat ni.Marah memang marah tapi rupanya bukan salah penumpang tapi salah orang yang jual tiket.Tak tahu la sengaja atau tak, ada yang ter double seating menyebabkan orang lain pun pakai ambil seat sesuka hati.Apa kes? Memang kelam kabut la jadinya.Kami ni yang patutnya duduk satu kelompok, habis berpecah kerana sikap penjual tiket yang bagi seating entah apa apa.Langsung tak sistematik.Sebab apa boleh jadi macam ni? Sebab kaunter yang dibuka untuk tiket one particular ferry ada banyak.Mana tak celaru kan?Sepatutnya satu ferry satu kaunter.Mana boleh macam ni.Disebabkan seating, feri pun lambat bergerak.Adeh la.

Lagi satu, sikap orang yang handle dalam feri pun harus diperbaiki.Seharusnya lebih mesra dengan penumpang.Be professional.Jangan asyik nak meninggi suara saja.Bila ada yang tak puas hati pasal seat, patutnya dorang kena jawab elok elok.Dah terang tang tang salah pihak feri.Ini boleh pula cakap "Kalau tak puas hati, boleh pi kat kaunter, tukar tiket.Duduk pi la kat mana pun.Nanti sampai juga." What the? Tak ada jawapan lebih munasabah ka nak bagi?Kalau macam tu, patutnya, tak payah bagi no seating tu dari awal.

Berasap je aku bila ingat balik muka mamat tu.Hmmmmpppphhhh.

Tuesday, November 30

Bisnes online jangan sampai amalkan riba!

Baru berkesempatan nak letak banner sendiri kat sini.Bagi sesiapa yang belum selesaikan assignment untuk bulan Nov, cepat-cepatlah setelkan.Dah nak masuk bulan Disember ni.Hehehe.Mau bicara apa ya kali ini?

Ah ha! Nak bercakap pasal perniagaan online.Sekarang ni nak beli baju senang.Tak perlu susahkan diri pergi ke mall.Just order online ja.Cuma aku kurang senang bila tengok baju yang tak seberapa dijual dengan harga hampir RM40! Padahal kalau beli kat kedai Siam, boleh dapat dengan harga serendah RM 15. Banyak sangat kot ambil untung.Itu tak termasuk harga postage lagi.

No wonder sampai boleh bawa keluar kereta sebijik.Aku ni tak pandai sangat bab berniaga ni tapi orang cakap kalau nak berniaga, patut ambil untung 4 5 ringgit ja.Ini kalau dah sampai berpuluh-puluh ringgit, dah macam riba dah.Ini apa yang aku dengar dari orang yang lebih berpengalaman la.Sampaikan ada yang nasihat si polan ni untuk bayar zakat sebab dia dah terlampau berkemampuan sangat dah.Tudiaa..Kepochi sudah hamba disini.

Ini untuk pengajaran untuk orang diluar sana.Kalau nak berniaga, jangan la terlalu nak fikir untung sangat.Fikir sama pasal bab halal ke haram duit tu.Kalau nak berniaga, biarlah ikhlas.Sekarang mungkin kita diatas.Untung banyak.Mana tahu satu hari nanti Tuhan nak tunjuk, kita jatuh bankrupt.Haa..Tak ke susah tu?

Renung-renungkan dan selamat beramal =)

Tuesday, November 23

Feel good to be home.

OMG.Hampir terlupa yang hari ini turn aku pula menulis kat sini.So sorry.Dah hampir seminggu lebih aku kat Malaysia.To be spec, kat Aloq Setaq.Cuaca sekarang ni panas bukan main.Kena pula rumah tok rumah papan.Memang time tengahari bahang bukan main.Bila time malam, sejuk pula.Feel good to be home.Dapat makan dengan sesuka hatinya tanpa perlu baca ingredient.Seronok tak sangga!

Oh ya.After banjir ni, rumah pun banyak space kosong.Almari semua ada kat tingkat atas.Tok dah serik nak bawa turun kat bawah.

Maaflah.Post kali ni tak ada info menarik.Last week dah terlepas turn.Huhuhu.

Tuesday, November 9

Sushi Bi, Wellington.


Episod jalan-jalan cari makan pula ye.

Kali ini mari kita terjah kedai Sushi Bi yang terletak di Lambton Quay,Wellington.Apa jauh bebenar tempatnya sampai ke NZ? Haa.Saja nak berkongsi cerita.First time makan kat sini terus addict nak makan dan terus makan.Pantang lalu depan Sushi Bi konfirm nak masuk.Sushi Bi ni halal ye kawan-kawan.Harga pula range dari 1 dollar hingga 2.80 dollar untuk sebiji sushi.Bergantung kepada jenis sushi yang korang ambil.Aku selalu ambil 6 ketul which costs me 8 dollar.Berbaloi sebab sushi dia besar dan mengenyangkan.Lagi sedap kalau cicah dengan wasabi.Berangin lubang hidung tu perkara biasa.

Credit to Azfazila Paiz for the pic.

Yang special nya tempat ni, after pukul 4 dorang buat promo.Harga serendah 3 dollar untuk satu tray.Satu tray boleh muat dalam 6 ketul.Berbaloi baloi.No wonder kedai ni tak pernah lekang dengan manusia.Kadang-kadang line beratur panjang sampai ke jalan raya.Ok.Itu agak over.Tapi sumpah sedap weyh.Ramai yang bagi good review pasal sushi bi ni.Kalau datang ke Wellington, jangan lupa try sushi bi ye =)

Tuesday, November 2

Banjir di Jitra

Seperti yang korang sedia maklum, bila masuknya hujung tahun macam ni adalah musim tengkujuh.Selalu je ada kes banjir kat Pantai Timur.Belah utara pun apa kurangnya.Banjir kali ini boleh dikatakan paling teruk pernah berlaku kat Jitra.

Kat sini aku nak kongsi beberapa keping gambar yang diambil sekitar banjir yang berlaku di Jitra.Aku dimaklumkan bahawa jalan ke Jitra dah ditutup.Just jalan highway ja dibuka sekarang.Sama-samalah kita berdoa moga tak ada sebarang kematian.

Pictures are in courtesy of Firdaus Ibrahim.

Kedai kereta pun nampaknya bungkus la lepas ni.

Sekolah Menengah Jitra turut 'terkorban'.

One of famous spot in Jitra, Restoran Nashmir.Habis!

For more pictures, click [here]

Tuesday, October 26

Sanggup ke?


Kekadang rasa macam tak percaya diri bakal jadi cikgu.Apatah lagi cikgu BI. Banyak tanggungjawab yang harus dipikul.Tambah pula zaman dah makin maju.Budak pun dah makin pandai.Silap haribulan budak yang mengajar cikgu. At this point, ilmu masih tak cukup untuk didik anak kecil.Banyak benda lagi kena explore.Masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki.Rasa nervous bila fikir tak sampai 3 tahun dari sekarang, aku bakal mengajar.Bakal ada stok pen merah yang banyak untuk mark kertas student.Bakal sarungkan baju kurung dan sepatu tinggi setiap hari.Bakal dengar budak greet 'Morning teacher', bakal ada name tag sendiri! Wooh.How time flies.

Kenangan ketika melakukan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) di SK Convent Father Barre, Sungai Petani (2009).

Terasa macam nak cabar diri sendiri untuk mengajar kawasan pedalaman.Kutip pengalaman sementara diri masih lagi solo.Tapi, persoalannya, mampu ke? Sanggup ke nak redah hutan belukar dan sungai setiap hari untuk sampai ke kelas? Sanggup ke nak korbankan masa dan tenaga? Sanggup ke nak berpeluh ketiak sampai ke petang?

Err.Sanggup kot.Bukan selalu.Pengalaman berharga tu.

Tuesday, October 12

Rotorua, New Zealand

Rotorua, New Zealand.Pilihan terbaik untuk anda yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar. Antaranya ialah:


Bungy Jumping


Tuesday, October 5

Mana satu pilihan kalbu?

Mana satu pilihan hati korang?

1) Blog pasal personal life
2) Blog pasal love life
3) Blog kutuk orang
4) Blog isu semasa
5) Blog artis
6) Blog sengal

For me, I would go for sengal, love life and personal life. Aku tak reti sangat nak blog pasal love life ni.Baca yang orang reti la.Pernah aku try buat entry pasal si dia.Terus trafik melonjak naik.Hahaha.Nampak sangat masing-masing duk tunggu aku publish story pasal pengutip durian.Cuma tak semua benda aku selesa nak bercerita kat blog.Mana yang consider tak over sangat, aku cerita la.Kalau selalu bercerita hal cinta, orang boleh naik muak.Sekali sekala consider ok la.

What about you?

Ikhlas tapi jauh,

Tuesday, September 28

Tahniah 100 penulis!

Hi guys,

Tahniah buat team 100 penulis di atas segala pembaikbulih yang telah dilakukan. Semakin hari semakin baik nampaknya blog ni. Terbaru, setiap penulis diberi fix time untuk publish entry which I think is good.Lebih adil dan saksama disamping memastikan blog 100 penulis sentiasa aktif. Duit nuffnang mesti banyak punya la.Hehehe.

Tak banyak yang nak dicoretkan kat sini sebab semua benda dah sumbat dalam blog sendiri.Hahaha.Kalau rajin, singgah la [sini]. Oh.By the way, Raya Sakan Contest masih lagi berlangsung.Masih ada time lagi untuk join.Moh le join.

Just want you to know, NZ sekarang musim bunga.Maka banyaklah bunga yang tengah berkembang especially bunga tulip.Subhanallah, sangat cantik.Syukur diberi peluang untuk merasa nikmat Tuhan ni.

Bunga turut menyenget sebab angin bertiup kuat.

Ikhlas tapi jauh,

Tuesday, September 21

Pengalaman beraya di perantauan


Ramai yang nak tahu bagaimana perasaan beraya kat perantauan. Serius aku cakap, awal-awal tu memang rasa macam tak best sebab jauh dari family.Tipu la kalau tak meleleh pagi raya.Teringat suasana kat kampung.Itu memang tak dapat dinafikan la. Tapi sebenarnya kat sini pun meriah juga.Lagi meriah dari Malaysia (bagi aku la) sebab aku yang style jarang nak beraya rumah orang.Tunggu orang datang rumah je.Demand terlebih.Hahaha.


Sunday, September 19

Raya Sakan Contest by Insan Tinggi

Calling all to join Raya Sakan Contest held by Insan Tinggi. Mari-mari. Masih belum terlambat untuk memenangi hadiah menarik dari New Zealand. Antara barangan yang ditawarkan ialah

Ole-ole dari NZ.

Coklat Whittakers originally made from NZ.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh terus ke blog Insan Tinggi di [sini].

Tuesday, September 7

Raya Sakan Contest by Insan Tinggi

[Penghargaan buat Encik Luth untuk banner contest.]

Assalamualaikum semua.

Pejam celik pejam celik dah nak dekat 1 Syawal. Kejap je kan. So, sempena Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi, aku, [zack] dengan berbesar hatinya ingin menganjurkan Raya Sakan Contest. Tak susah pun nak join benda alah ni. Senang je. Yang menariknya, hadiah datang dari NZ. Wohoo.Ada banyak jenis souvenir yang nak diberikan ni.Rugi kalau tak join.

Syarat pertandingan senang saja:

1) Warganegara Malaysia.
2) Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
3) Perlu melekatkan banner 'Raya Sakan Contest' di blog anda sepanjang tempoh pertandingan berlangsung dan link kan ke entry ini.
4) Pilihan untuk menjadi pengikut blog Insan Tinggi adalah optional.Tiada paksaan 'Mesti ikut blog aku!'.
5) Tempoh contest berlangsung adalah sehingga 30 September 2010.

Cara nak join:

1) Disebabkan aku ni gila gambar, maka contest pun haruslah pasal gambar kan.Korang justperlu tampalkan banner contest dan satu gambar korang (tak kisah seorang atau jemaah) sakan berhari raya.Ingat ye.Temanya ialah SAKAN. Sakan tu meluas. Boleh jadi sakan melaram di hari raya, sakan melantak ketupat di pagi raya, sakan konvoi di pagi raya, sakan buat ketupat di malam raya dsb. Apa-apa yang dirasakan sakan di hari raya.Gitu.

2) Selepas tu, sila berikan sedikit info pasal gambar sakan korang tu dan jelaskan kenapa korang rasa gambar tu sakan sangat.Haa...boleh?

3) Mesti letak tajuk entry 'Raya Sakan Contest by Insan Tinggi'. Tak perlu buat sticky post sebab aku sendiri pun tak gemar sticky-sticky ni.

Hadiah yang ditawarkan :

Ole-ole dari New Zealand yang berunsurkan biri-biri dan burung kiwi.Hehehe.

3 entry paling kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang.Ecewah.So, tunggu apa lagi? Cepat join sebelum terlambat.

Sebarang keterangan lanjut, bolehlah terjah blog Insan Tinggi ye.Meh join meh.

Saturday, September 4

Hai, saya zack a.k.a Insan Tinggi =)

Assalamualaikum pembuka bicara.Eceh.Kaget pula nak menulis dalam blog yang dishare bersama 99 orang penulis yang lain. Baru sekarang ada masa nak post entry kat sini. Ate...busy dengan assignment.Orang lain sibuk buat persiapan raya, saya pula mengabdikan diri pada assignment.Sobbss.Tak ada istilah raya sakan bagi saya tahun ni.Nak buat macam mana.Tuntutan sebagai pelajar oversea lebih memerlukan saya pada ketika ini.