Alhamdulilah, dapat juga mencuri kesempatan untuk berkongsi artikel di sini, terima kasih kerana sudi memberi ruang untuk Si Tukang Tulis. Kali ini Si Tukang Tulis ingin berkongsi sedikit tentang kehidupan. Pasti kita pernah meminta sesuatu daripada ibu bapa kita, rerakan ataupun pasangan suami atau isteri, malah kita juga senantiasa meminta daripada Allah swt.
Dalam keadaan sedar atau tidak, kita sering meminta sesuatu yang belum kita perolehi dan kadang-kala selepas kita memperolehinya, Kita lupa untuk bersyukur...Bagaimana kita menunjukkan kesyukuran tersebut? Salah satu cara untuk kita bersyukur adalah dengan kita pula memberi sesuatu kepada orang yang lebih memerlukan.
Bentuk pemberian tidak semestinya dalam bentuk material. Kekadang pemberian berbentuk subjektif lebih bernilai kepada seseorang. Mungkin mereka lebih memerlukan kasih sayang berbanding wang ringgit, mungkin si dia hanya memerlukan ucapan-ucapan motivasi berbanding intan berlian dan mungkin seseorang hanya memerlukan anda diam daripada anda menjaga tepi kain mereka...
Maka, Si Tukang Tulis ingin berpesan kepada diri sendiri dan rakan pembaca OhDaus, Dalam kita sering meminta, janganlah lupa kita memberi. Kerana Allah pasti akan menambah lagi apabila kita bersyukur kepada-Nya dan berkongsi kegembiraan kita dengan mereka di sekeliling kita :)
Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.
3 comments:
insaf sekejap...betul tu, kita selalu meminta tp jarang bersyukur...semoga aku juga sentiasa bersyukur mulai saat ini...amin...
semoga kita semua mula memberi dan kurang meminta :)
bila kita susah, kita meminta..tp bila org lain susah, kita harus bersyukur sebab kita tak alami kesusahan tersebut..
Post a Comment