Showing posts with label Si Tukang Tulis. Show all posts
Showing posts with label Si Tukang Tulis. Show all posts
Friday, January 27
Friday, November 18
Negara berhutang Rakyat Bersalah?
Assalamualaikum...
Sehingga penghujung tahun 2010, Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga pertama negara paling banyak hutang iaitu AS$13.9 trilion diikuti Kesatuan Eropah (AS$13.7 trilion), Britain (AS$8.9 trilion), Jerman (AS$4.7 trilion), Perancis (AS$4.6 trilion dan Jepun (AS$2.4 trilion)-Kosmo.
Alhamdulillah, sekali lagi berpeluang untuk berkongsi di sini. Umum mengetahui bahawa Jabatan Audit Negara telah mengeluarkan laporan audit negara Malaysia. Dalam laporan tersebut, beberapa isu menarik menjadi perbahasan ahli politik terutamanya pihak pembangkang. 'Peluru-peluru' dihamburkan walaupun proses laporan masih berjalan. Ada pihak yang mula terasa bahang dan tidak boleh duduk senang atau dengan kata lain, umpama 'cacing kepanasan'. Tiada atau kurang usaha memberi penjelasan hanya mengeruhkan keadaan. Ini ditambah lagi dengan penjelasan-penjelasan tanpa bukti-bukti statistik atau logik. Penyelesaiannya mudah, ada masalah, beri sebab-musabab dan seterusnya berikan jalan penyelesaian. Bukan memberi 1000 ALASAN.
Sebelum era globalisasi internet, isu seperti ini sukar timbul kerana maklumat dan 'khabar angin' seperti ini agak sukar tersebar melainkan melalui ceramah-ceramah subversif. Tapi kini, golongan yang terdedah dengan zaman internet sentiasa berada dalam 'curious'. Mereka sentiasa ingin tahu lebih dari apa yang akhbar-akhbar dan TV laporkan dan ini tidak mustahil apabila mereka mahir dalam melayari internet. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Malaysia kerana berjaya melahirkan generasi celik IT...Walau bagaimanapun, institusi kerajaan masa kini akan di dibayangi reformasi golongan celik IT jika masih mengekalkan corak pemerintahan bersandarkan era sebelum globalisasi. Ini kerana KAMI TAHU apa yang sedang berlaku atau lebih tepat...KAMI SEMAKIN SUKAR DITIPU oleh SESIAPAPUN.
Hampir lari tajuk...Apa yang nak dikongsi kali ini lebih kepada situasi negara kita yang kini dalam dilema berhutang. SiTukangTulis cuba mendapatkan semula laporan audit negara daripada website audit negara tapi gagal. Sama ada website ditutup untuk penyelenggaraan atau 'dihilangkan' sementara waktu. Walau bagaimanapun, laporan audit ini telah diulas pelbagai pihak di blog mahupun akhbar. Contohnya di asyrani.com. Berikut adalah petikan laporan audit negara yang sempat 'diselamatkan' sebelum ia hilang tanpa jejak (termasuk berita di Sinar Harian).
Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.
Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.
Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.
Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.
Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.
Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.
Jika dilihat daripada dua petikan berita di atas, ternyata HUTANG akan menyebabkan negara terjerumus ke dalam masalah kewangan. Pihak pentadbiran menjadi kambing hitam yang paling awal dipersalahkan dalam mana-mana institusi kerana mereka dianggap sebagai individu atau badan bertanggungjawab. Tapi, kenapa rakyat marhaen pula yang risau dan kecoh isu seperti ini? "Sudah tentu kami kisah kerana ia melibatkan periuk nasi kami, proses kelangsungan hidup kami dan sudah pasti masa depan generasi muda akan datang. Kami tidak mahu melihat negara sendiri di mamah kemiskinan dan kepapaan!". Ini seterusnya menyebabkan kita mempersoalkan kredibiliti institusi yang menguruskan wang dan secara tak langsung, mereka yang diberi amanah untuk 'mengembala' rakyat marhaen in dilihat gagal dalam menjalankan tugas mereka. Adakah pendirian ini adil?
Pasti ramai yang bersetuju dan ini tak dinafikan. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita menuding jari kepada yang bersalah. Bersalah kerana jumlah yang menuding jari ke arah mereka lebih ramai daripada yang lain. Maka jumlah kumulatif menjadi rujukan dan asas menyatakan pihak mana yang bersalah. Semakin ramai yang tahu dan bersetuju dengan pendapat tadi, semakin ramai yang menuding jari dan akhirnya jumlah selain dari mereka menjadi terlalu kecil dan seterusnya diabaikan. Ramai yang terperangkap dengan fakta-fakta berangka dan statistik hingga lupa memandang isu yang sama daripada pelbagai sudut. Adakah kita lupa, jari yang menuding jari ke arah pihak yang mungkin bersalah hanya satu sedangkan empat yang lain menuding si empunya tangan?
Empat jari menuding ke arah diri sendiri sedangkan hanya satu sahaja yang menyalahkan pihak lain. Kita terlupa bahawa setiap unit dalam sesebuah institusi memainkan peranan penting dalam menguruskan institusi tersebut. Ada yang memerintah dan ada yang diperintah. Ada yang mengurus dan ada yang di urus. Hakikatnya, kegagalan sesebuah instittusi bukan sahaja disebabkan pengurus yang gagal mengurus tetapi juga apabila mereka yang diurus gagal berfungsidengan efektif. Dalam konteks sesebuah negara, Kerajaan adalah pengurus dan rakyat pekerja. Keduanya saling bertanggungjawab terhadap satu sama lain dan juga pembangunan sebuah negara. Bila mana salah satunya gagal atau kurang efektif, negara akan musnah. Jika pemerintah gagal mengurus, adakah rakyat gagal bekerja?
Apa yang ingin SiTukangTulis bawa adalah untuk kita sebagai rakyat berundur beberapa langkah dan muhasabah diri. Adakah masalah negara berhutang mungkin berpunca daripada kita, sebagai rakyat? Tun Mahathir dalam blognya, Chedet: The Failed Countries ada memberi penjelasan ringkas bagaimana rakyat di negara maju boleh menyebabkan negara muflis. Walaupun kita lihat negara seperti Amerika dan Eropah sebagai negara maju. Kini mereka bankrupt. Bagaimana sebuah negara yang berhutang dan bankrupt masih menjadi rujukan dan sandaran negara-negara lain? Kita biarkan persoaalan ini dijawab mereka yang lebih arif. Apa yang nak dibincangkan, apa peranan rakyat mereka hingga negara berhutang.
Seperti yang diringkaskan oleh Tun Mahathir, negara berhutang berkait rapat dengan rakyatnya yang hidup berhutang. Cuba kita muhasabah diri kita, berapa ramai daripada yang tidak berhutang? Nak beli rumah, berhutang. Nak beli kereta, berhutang. Nak kahwin pun ada yang berhutang. Sesuai dengan pepatah melayu, 'hutang di keliling pinggang'. Setuju? Mari kita lihat senario di Amerika dan Eropah. Adakah kita berbeza dengan rakyat di dua negara besar tersebut? Hakikatnya, mereka juga sama, malah lebih teruk mungkin. Segala urusan boleh berhutang dari lahir hingga mati. Kalau kita hutang di keliling pinggang, mereka hidup dengan berhutang!. Kemodenan dan kemajuan menyebabkan kita semua buta dengan risiko berhutang. Pasti ramai yang sedar betapa susahnya hidup dikelilingi hutang. Membayar hutang dengan berhutang dengan pihak lain. Hidup gusar dan risau membayar hutang. Kebahagiaan palsu kerana dijana dengan hutang. Jika difikirkan balik...betulkah kita bahagia? Atau sebenarnya kita MERANA?
Konsep hutang terutamanya dengan menggunakan kad kredit telah menyebabkan kejatuhan sistem kemasyarakatan. Jika seorang individu berhutang menyebabkan dia merana, susah dan kesah...bagaimana pula jika hampir setiap individu dalam masyarakat berhutang? Seluruh sistem masyarakat merana, susah dan terancam. Situasi ini akhirnya menular hingga keseluruhan sistem masyarakat dan negara terancam...Akhirnya, semua individu yang terlibat itu miskin dalam kekayaan yang palsu. Adakah ini yang kita sasarkan? Bagaimana jika sebuah negara wujud dalam berhutang? Bagaimana jika sebahagian besar negara dunia wujud dan stabil kerana hutang? Berapa nilai hutang seluruh negara di dunia jika dikira? Akhirnya, apakah nilai 'duit' yang kita ada sekarang? Its either nill or null.
Apakah jalan penyelesaiannya? Secara jujur...untuk menyelesaikan kemelut ini sepenuhnya hampir mustahil! Mustahil jika ia hanya digalas oleh sebelah pihak yang mengurus. Mustahil jika mereka yang diurus tidak sedar betapa signifikannya kesan yang disumbangkan mereka dalam kemelut ini. Mustahil jika kita marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar. Apa yang penting adalah untuk setiap unit sama ada 'pengurus' atau 'yang diurus' sedar peranan mereka yang sebenar. Melantik 'pengurus' yang bertanggungjawab dan amanah adalah penting. Begitu juga menjadi 'pekerja' yang bertanggungjawab dan amanah. Berhenti menuding jari dan memberi alasan. Sama ada 'kekal' atau 'ganti' menjadi jalan penyelesaian. Sama ada kita terus menjahilkan diri atau kembali kepada 'sistem perundangan' yang disediakan Allah untuk khalifah di muka bumi ini. Mencontohi segala prinsip dan ajaran Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah, menghayati dan mengamalkan apa yang disampaikan dalam Al-Quran untuk mewujudkan masyarakat yang patuh dan taat kepada Allah.
Friday, October 7
Connecting dots, Love and Lost...and Death
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, sekali lagi berpeluang menulis di sini. Pasti ramai yang tahu CEO Apple baru meninggal dunia. Secara jujurnya, SiTukangTulis tak pernah amik kisah siapa CEO Apple, siapa Steve Jobs dan apa yang dia buat. Tapi kenapa tetiba SiTukangTulis ingin berkongsi pasal Steve Jobs ni? Dah beberapa hari SiTukangTulis dengar cerita pasal Steve Jobs dapat cancer dan sebagainya selain daripada dia sebagai CEO Apple. Jadi bila dapat tahu cerita Steve Jobs meninggal hari ini, ramai pula yang post pasal kematian dia. Tetapi ada satu video ucapan Steve Jobs di University Stanford graduation day yang sangat menarik bagi SiTukangTulis.
Friday, September 30
'WAIT' and 'NOW' Habit Within
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana masih diberikan kudrat untuk berkongsi buah fikiran di sini. Kali ini SiTukangTulis rasa teringin nak kongsi berkaitan tajuk en3 kali ini. Establishing the 'NOW' habit atau dalam bahasa melayu, Mendidik tabiat 'Sekarang' dalam diri. Apa yang akan dikongsi ini tidak lari jauh dengan apa yang sedang berlaku dalam diri SiTukangTulis.
Dari kecil, diri ini sudah terbiasa dengan 'sekejap'. Bila mak minta tolong pergi kedai..."sekejap mak", bila abah minta tolong basuhkan kereta... "Jap lagi bah". Bila kena buat kerja rumah atau sekolah..."Jap lagi lah". Sekejap dalam semua hal hinggalah dewasa. Hari ini SiTukangTulis teringat semua isu sekejap-sebentar ni lepas kena palu ketika mendengar khutbah jumaat... Khutbah yang membincangkan isu 'Time and Life' atau Masa dan Kehidupan.
Setelah tamat khutbah, pelbagai memori lepas datang menyapa sedikit demi sedikit akan apa yang pernah dilakukan dahulu. Sikit-sikit memori berlalu dan masa yang dibazirkan dikira sedikit demi sedikit...Astaghfirullah...banyaknya masa yang telah disia-siakan sama ada sengaja atau tidak. Dari sekecil-kecil perkara hinga isu yang memberi impak dalam perjalanan hidup ini. Bila difikirkan kembali, ia bukan sekadar isu Masa dalam Kehidupan, tetapi lebih tepat jika kita katakan Masa IALAH Kehidupan!
Friday, September 23
Kenapa 'MELAYU'
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kali ini SiTukangTulis terpanggil untuk berkongsi buah fikiran selepas sahabat berkongsi satu video youtube di Facebook. Mari layan dulu sebelum kita bincangkan.
Bila tengok muka cun, mesti ramai (lelaki) yang terus mainkan video. Jadi mana yang rasa diri lebih cun dari dalam video dan terus baca, tolong patah balik dan mainkan video. Tiada kaitan dengan kadar cun-melecun kali ini. Hehehe.
Friday, August 5
Friday, July 29
Nak tengok 'Ustaz dalam TV'
Beberapa hari lepas, kecoh pasal rancangan Adik & Al-Quran yg diterajui Ustaz Zamri dihentikan gara2 gambar Ustaz Zamri di perhimpunan Bersih 2.0 tersebar luas. Kerana sekeping gambar, TV9 mengambil keputusan untuk menghentikan rancangan tersebut dan akan menyiarkannya kembali selepas Ramadhan. Gara-gara sekeping gambar...
Pada pandangan SiTukangTulis, rancangan Adik & Al-Quran terlalu banyak manfaatnya kepada generasi muda kita yang akan datang. Sebelum ni, selalu gak tengok Adik & Al-Quran, ia banyak membantu menyegarkan semula ilmu tajwid yang dipelajari masa sekolah dan semasa mengaji dahulu. Setiap kali menonton rancangan tersebut, pasti terasa banyak benda yang kita belajar dulu kita dah lupa...malu pun ada gak bila salah jawap soalan yg Ustaz Zamri lontarkan kepada anak2 kecil dalam rancangan tu.
Friday, July 22
Good Wasted Times vs Wasted Good Times
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kembali mendapat peluang untuk berkongsi. Minta maaf kepada boss 100penulis ye, SiTukangTulis agak sibuk minggu2 sebelum ni. Setakat ni, SiTukangTulis punya study agak merangkak-rangkak sedikit. Walaupun dah ada projek, tapi masih belum boleh dikatakan lancar. Harap sebulan dua lagi boleh mulakan eksperimen dan sebagainya. Buat sementara waktu, SiTukangTulis nak berkongsi sedikit dapatan beberapa minggu lepas...da macam nak bentang hasil eksperimen la pulak.
Setelah 4 bulan di sini, SiTukangTulis dah kenal beberapa rakan yang banyak tolong SiTukangTulis. Antaranya, seorang makcik Iran nama Fahima. Kat sini memang ramai Iran, lab SiTukangTulis je dah ada dekat 7 orang. Ok, Fahima ni orang pertama SiTukangTulis kenal sebab duduk sebelah meja SiTukangTulis sebelum SiTukangTulis kena tukar tempat. Fahima ni dah nak habis PhD dia. Sekarang tengah menunggu review thesis dari pemeriksa. Sementara tu, dia rajin membuang masa dengan SiTukangTulis. Sorang lagi namanya Negar, juga dari Iran. Dia ni labmate SiTukangTulis. Sekarang banyak training kat lab sesama. Sorang lagi nama Peter. Dia ni macam mentor SiTukangTulis kat lab. Dia yang banyak uruskan training SiTukangTulis ngan Negar selama ni.
OK, kenapa tajuk en3 ni "Good Wasted Times vs Wasted Good Times"? Ada sesiapa jelas tentang perbezaan dua terma ni? Sebenarnya ni terma yang SiTukangTulis dan Fahima guna bila kami banyak bincang tentang projek SiTukangTulis. 'Good Wasted Times' bermaksud masa yang kami 'bazirkan' untuk berbincang benda research. Fahima banyak berkongsi pengalaman pasal research dia dan banyak bagi tips untuk apa yang patut dilakukan. Kat sini tak macam kat Malaysia, agak2 blur, buntu pasal projek, hilang semangat dan sebagainya, kita boleh rujuk kat keluarga atau rakan2 yang rapat. Sini lebih sikit 'nafsi2' dia. Tapi Fahima ni lak rajin tanya pasal perkembangan research SiTukangTulis. Jadi banyaklah benda yang kami bincangkan...dan biasanya perbincangan berlaku kat koridor, tangga dan pantri. sebab tu keluar istilah 'Good Wasted Times'.
Istilah 'Wasted Good Times' ni sepatutnya semua orang dah faham. Membuang masa secara nyata. Sesekali kita tanya pada diri kita, berapa banyak masa yang berharga telah kita sia2kan?pernah tak kita kira sebelum tidur?Apa yang kita buat seharian yang bermanfaat dan sebaliknya,berapa jam kita dah gunakan sebaiknya dan berapa jam kita dah gunakan sebaliknya. Mungkin kita rasa perkara kecil je, tapi bila kita tambah untuk seminggu, sebulan dan setahun, bape hari yang kita dah siakan?
Tapi macam mana nak tahu masa tu dah kita sia2kan? Pada SiTukangTulis, bila perkara yang kita lakukan tak diniatkan kerana Allah, maka apa yang kita buat automatik jadi sia2. Sebab apa yang kita buat tu terus tak dikira sebagai ibadah. Maka sia2lah perkara yang kita lakukan. Makan, minum,berjalan,buang sampah dan sebagainya, jika kita selitkan dengan bismillah atau detik hati kerana Allah, InsyaAllah apa yang kita lakukan menjadi ibadah.Jadi sama2lah kita ingatkan diri kita.
P/S: Hari terdetik...apa yang telah daku buat untuk Agama, Negara dan Keluarga tercinta?
Friday, June 17
Time Management VS Self-Management
Alhamdulillah, dapat juga SiTukangTulis nak menconteng jap. Apa khabar sahabat semua? Tau tak hari ni dah masuk bulan Rejab. Jadi mari kita sama2 usahakan untuk berpuasa sunat :) Terasa sedih bila teringat lagi beberapa bulan nak Ramadhan, pertama kali Ramadhan di luar negara. Kalo kat Malaysia sibuk dengan terawih, bazar ramadhan dan sebagainya. Kat sini macam mana la nanti...Perkara yang paling seronok ialah bila menunggu azan untuk buka. Nikmat berbuka dengan keluarga, sahabat dan sebagainya. Nampak gaya beberapa tahun ni tak merasa SiTukangTulis.
Ok. Tajuk kita hari ini ialah Time Management versus Self-Management. Atau Pengurusan Masa dan Pengurusan Kendiri. Jumaat lepas khatib bagi khutbah pasal perkara ini. Beliau mengatakan bahawa pengurusan masa adalah tidak releven kepada kita umat Islam. Ini kerana masa tak boleh diuruskan macam kita susun buka dan sebagainya. Logik gak tul tak? Bila SiTukangTulis fikirkan, takda cara lagi untuk kita mengembalikan masa lepas (macam cerita Back to the Future) kerana masa itu bergerak dengan ketetapan yang Allah dah tetapkan. Sebab tu Allah nyatakan dalam surah Al-Asr bagaimana manusia ini dalam kerugian. Rugi dalam fahaman kita bermaksud sesuatu yg kita telah lakukan dan kita sedar ianya tidak bermanfaat atau sia2 selepas itu. Tiada cara untuk kita mngulangnya dengan perkara yg lebih baik. Kita tiada KUASA! kerana Allah memiliki masa...bila ia berlalu, ia tak boleh dikembalikan pada titik sebelumnya. Maka berapa banyak masa yang telah kita rugikan selama ini?
Friday, April 1
Memori Sekolah Lama...SMKAS
Alhamdulillah. Apa khabar sahabat semua. Lama tak kerja kat sini...hehehe. Sorry Boss :) Ni dah free sikit, tp pasni akan kembali sibuk. Untuk makluman semua, kini Si Tukang Tulis da berkampung di Sydney :) Dalam usaha menyambung PhD di sini. Doaakan Si Tukang Tulis dipermudahkan segalanya. Nak cite kat sini belum cukup bahan lagi sebab baru seminggu lebih sampai. Jadi kali ni Si Tukang Tulis nak cite sebelum SI Tukang Tulis pergi...Memori di Sekolah Lama :)
SMKAS...sekolah yang telah mendidik Si Tukang Tulis dengan nilai2 yang tak terkira harganya. Sekolah yang mendidik Si Tukang Tulis untuk menjadi insan sepertimana sekarang. Didikan guru-guru yang tak pernah kenal erti putus asa...merekalah guru sejati dan selamanya Si Tukang Tulis akan terhutang budi dengan mereka. Bila masuk pintu pagar sekolah, bagaikan kembali memusingkan masa ke belakang...mengenang sejarah kembali di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKAS)...
Friday, February 25
TiraMisu: TIRAi di sebalik MISsU
Bertemu lagi kita di hari Jumaat yang indah dan dingin. Jika dibaca tajuk en3 ni betul-betul, ia akan berbunyi 'Tirai di sebalik Miss U' Sebenarnya bukan nak memeningkan sahabat tentang rindu-rindu ni. Hehehe...Sebenarnya Si Tukang Tulis teringin berkongsi pendapat tentang drama tv3 yang baru tamat baru-baru ni yang bertajuk TiraMisu...coklat tiramisu ni pun belum penah rasa lagi..
Si Tukang Tulis jarang meminati drama sampai setiap hari mesti nak tengok. Drama Tiramisu ni salah satu drama yang jadi kegemaran Si Tukang Tulis. Kenapa Si Tukang Tulis minat? Ok, sebenarnya gaya penceritaan dan jalan cerita tiramisu ni sangat unik berbanding drama melayu biasa. Jika diteliti, gaya penceritaan dan aksi pelakon ada sedikit unsur-unsur drama jepun macam Team Medical Dragon, 1Litre of Tears dan sebagainya. Nama pengarah Dani pun Lan Bagero. Hahaha. Memang Si Tukang Tulis sokong gaya penceritaan drama TiraMisu. Secara keseluruhan, memang Terbaek dari Ladang! hehehe...
Friday, February 18
Amalan berbekam yang semakin Dilupakan...
Beberapa minggu ni merupakan antara minggu yang penuh dengan dugaan buat Si Tukang Tulis. Dengan tahap kesihatan yang kurang baik, urusan mendapatkan visa yang tergendala sedikit dan sebagainya. Minggu lepas Si Tukang Tulis sakit kaki yang teramat sangat. Sakit kaki yang telah berlarutan beberapa tahun ini kesan daripada kemalangan dan sebagainya. Kebetulan mak dan ayah Si Tukang Tulis sudi datang melawat di Kajang dan ibu paksa Si Tukang Tulis pergi berbekam. Dah lama gak rasanya tak berbekam, kali terakhir masa matrik tahun 2004...lama gak tu.
Amalan berbekam memang dah lama ibu dan ayah Si Tukang Tulis amalkan. Ia juga salah satu amalah Nabi Muhammad saw ketika hayat baginda. Konsep berbekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang telah dibuang sistem peredaran darah kita ke bahagian bawah tisu kulit. Darah kotor ini seterusnya menjadi tempat pengumpulan bahan-bahan toksik, angin, kolesterol dan sebagainya. Kesannya, ia akan menyebabkan kesihatan tubuh terganggu. Mungkin ia tidak boleh dipercayai, tapi jika anda masih belum mencuba, inilah masa untuk melakukannya...selain daripada mengamalkan sunnah nabi :)
Maka kami bergerak ke AkuBekam di Ampang. Sedihnya, kedai tu tutup hari Rabu. Kebetulan ada satu lagi AkuBekam yang baru dibuka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Memang rezeki kami sampai masa tiada pelanggan. Maka berbekamlah Si Tukang Tulis. Lama juga berbekam, hampir 2 jam 30min...memang sah badan banyak angin dan darah kotor. Paling ketara di bahagian kaki. Selepas habis berbekam, perubahan paling ketara adalah pada kaki Si Tukang Tulis yang pada awalnya nak jalan pun sakit, nak pijak pun sakit (bukan Gout tau...Tapi sesiapa yang gout pun amat digalakkan untuk berbekam, InsyaAllah ada perubahan.). Lepas berbekam, kaki dah kurang sakit dan jalan pun macam biasa. Alhamdulillah...memang terasa nikmat sihat yang hilang bberapa hari sebelum ni...Alhamdulillah.
Tapi bukan sekadar itu sahaja, terdapat perubahan dari segi tido dan bangun tido. Kalau sebelum ni, masa bangun dari tido rasa nak tido balik dan mata rasa berat je. Nak pegi kerja pun masih mengantok lagi. Alhamdulillah, lepas berbekam dah tiada masalah macam tu. Bagun tido terus rasa segah. Pastu bernafas pun lagi ringan je...Alhamdulillah...Janganlah kita segan untuk mencuba satu amalan yang telah menjadi sunnah...tak rugi pun :)
Jika anda berminat untuk berbekam, terdapatbeberapa tempat yang boleh dicadangkan. Antaranya di uptown Jalan Reko di Kajang. Biasa kedai buka pukul 10mlm ke atas. Selain itu boleh ke AkuBekam di Ampang dan Cheras. Boleh layari laman web dia di http://www.akubekam.com/
Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin/Selasa/Rabu/Khamis/Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label NAMA ANDA. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.
Friday, February 11
Kempen "Katakan Tidak Kepada Valentine's Day"
Ada banyak Si Tukang Tulis nak kongsi, memandangkan masa yang suntuk, jadi Si Tukang Tulis akan tumpukan kepada perkara yang lebih utama. Kali ini Si Tukang Tulis nak ajak sahabat sekalian untuk berkongsi kempen "Katakan Tidak Kepada Valentine's Day" yang pasti ramai yang menunggu ketibaan hari tersebut pada 14 Februari ini. Kebetulan khutbah Jumaat hari ini menjelaskan peri pentingnya kita mengingatkan para remaja dan sesiapa sahaja bahawa tiada alasan munasabah untuk umat Islam menyambut hari Valentine ini.
haih...apa isunya ni...
haih...apa isunya ni...
Friday, February 4
Rahsia di sebalik Susu Kambing
Beberapa hari lepas, Si Tukang Tulis bersama beberapa orang rakan telah pergi ke sebuah kedai Nasi Arab di Kajang. Kami memilih 'lamb hanith' ataupun nasi arab bersama daging kambing yang telah di masak di dalam aluminium foil bersama rempah2. Bezanya dengan masakan melayu, rempah pak arab ni tak sekuat rempah bila orang kita masak. Maka kali ini, Si Tukang Tulis akan berkongsi perkara berkait dengan kambing. Si Tukang Tulis ingin berkongsi berkaitan kebaikan susu kambing berbanding susu lembu. Si Tukang Tulis terdetik untuk berkongsi tentang susu kambing setelah memikirkan kenapa Orang Arab lebih meminati kambing daripada daging lembu. Banyak sirah Nabi Muhammad yang memperihalkan tentang kambing. Kambing telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Mungkin ada yang memberi alasan bahawa di padang pasir lembu tak boleh hidup sebab kurang rumput!
Walau bagaimanapun, Si Tukang Tulis mengajak sahabat semua untuk memandang isu ini dari sudut positif. Jika Nabi Muhammad memakan kambing, pasti ada rahsia yang besar dan kita tak sedar mengenainya.
Apa rahsianya?
Friday, January 28
Kita sering Meminta, Tetapi lupa memberi...
Alhamdulilah, dapat juga mencuri kesempatan untuk berkongsi artikel di sini, terima kasih kerana sudi memberi ruang untuk Si Tukang Tulis. Kali ini Si Tukang Tulis ingin berkongsi sedikit tentang kehidupan. Pasti kita pernah meminta sesuatu daripada ibu bapa kita, rerakan ataupun pasangan suami atau isteri, malah kita juga senantiasa meminta daripada Allah swt.
Friday, January 14
Phoenix Bangkit Kembali...!!!
Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu dengan Isnin...tapi Si Tukang Tulis lambat tulis en3 hari ini gara-gara sibuk. Walau bagaimanapun, Kali ini Si Tukang Tulis nak kongsi satu isu sedikit berkait dengan dua tajuk lagu AJL25 yang baru tamat semalam. Tajuk lagu yang di maksudkan ialah Tolong Ingatkan Aku daripada Juara AJL, Ana Rafali dan Hanyut daripada Faizal Tahir juga sebagai pemenang persembahan terbaik.
Secara umumnya, memang AJL25 sangat menarik dan menghiburkan, walau bagaimanapun, ada segelintir yang tidak setuju dengan keputusan yang telah dibuat. Bagi Si Tukang Tulis, Semua peserta yang terpilih adalah pemenang. Tiada yang kurang daripada mereka cuma apa yang datang daripada juri berbeza dengan kita. Ini kerana juri yang terlibat seperti M. Nasir dan Habsah Hassan sangat dikenali dengan kebolehan menyelami isi tersirat dalam sesebuah lagu. Memang diakui, Lagu yang menang mempunyai banyak maksud tersirat yang mungkin kita sendiri terlepas pandang.
Friday, January 7
Masa Hadapan Dalam Tangan Anda
Hari ini Si Tukang Tulis nak berkongsi sedikit tentang membuat keputusan. Pasti ramai di antara kita sering membuat pilihan atau keputusan yang susah sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain, untuk keluarga atau untuk syarikat? Kita risau sama ada pilihan atau keputusan yang dibuat membuahkan hasil ataupun menemui jalan buntu. Kita resah bila memikirkan sama ada orang lain berpuas hati atau tidak suka dengan keputusan yang kita ambil...lebih-lebih lagi bila kita menjadi ketua.
Friday, December 31
Kenali BlogLarian
Assalamualaikum...
Sehari lagi berlalu untuk melangkah ke tahun 2011. Pasti ramai yang mempunyi azam baru untuk tahun baru. Begitu juga dengan Si tukang Tulis...Kali ini Si Tukang Tulis akan berkongsi tentang BlogLarian di 100penulis. Sebelum ini sudah ada en3 tentang BlogLarian, tapi kali ini sebagai satu rujukan dengan apa yang ada dalam BlogLarian. BlogLarian telah diwujudkan pada asalnya untuk memudahkan Si Tukang Tulis berblogwalk. Kalau dulu, bila kita blogwalk mesti ada blog yang kita minat tapi kita terlupa nak simpan link. Kini, BlogLarian memastikan blog-blog yang mendaftar kekal di tempatnya dan lebih mudah untuk di terjah.
Friday, December 24
Rahsia di Sebalik Kejayaan seorang Insan
Assalamualaikum...
Kepada semua rakan blogger, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Kali ni pun belum ada idea nak buat entri ilmiah. Banyak kerja lain yang perlu dilakukan. Masa tengah cari fail dalam komputer, tetiba jumpa folder lama yang dibuat untuk kursus kemahiran berfikir masa undergrad dulu. Masa tu kami (fareed, Padel dan Jari) kene buat tajuk sub-concious mind ataupun minda separa sedar.
Friday, December 17
Manisnye Racun ni
Assalamualaikum
Kali ini Si Tukang Tulis ingin berkongsi satu lagi topik bersama sahabat semua. Seperti yang diketahui ramai, kita rakyat Malaysia sangat sinonim dengan gula. Kehidupan seharian kita berkisarkan tentang gula. Dari teh tarik hingga ke gulai kuih-muih. Macam-macam air berkabonat menjadi pilihan, Coca-cola, pepsi dan sebagainya. Kesannya, ramai yang menghidap kencing manis (diebetes melitus type 2) dan ada juga yang hilang nikmat kaki kerananya...semoga dijauhkan. Untuk menjauhinya, kita masih berat untuk melupakan gula maka kita bertukar kepada artificial sweetener atau gula tiruan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





