Friday, January 14

Phoenix Bangkit Kembali...!!!


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu dengan Isnin...tapi Si Tukang Tulis lambat tulis en3 hari ini gara-gara sibuk. Walau bagaimanapun, Kali ini Si Tukang Tulis nak kongsi satu isu sedikit berkait dengan dua tajuk lagu AJL25 yang baru tamat semalam. Tajuk lagu yang di maksudkan ialah Tolong Ingatkan Aku daripada Juara AJL, Ana Rafali dan Hanyut daripada Faizal Tahir juga sebagai pemenang persembahan terbaik.

Secara umumnya, memang AJL25 sangat menarik dan menghiburkan, walau bagaimanapun, ada segelintir yang tidak setuju dengan keputusan yang telah dibuat. Bagi Si Tukang Tulis, Semua peserta yang terpilih adalah pemenang. Tiada yang kurang daripada mereka cuma apa yang datang daripada juri berbeza dengan kita. Ini kerana juri yang terlibat seperti M. Nasir dan Habsah Hassan sangat dikenali dengan kebolehan menyelami isi tersirat dalam sesebuah lagu. Memang diakui, Lagu yang menang mempunyai banyak maksud tersirat yang mungkin kita sendiri terlepas pandang.


Eh...Dah jauh melencong. Sebenarnya Si Tukang Tulis bukan nak menjadi pengulas AJL25 yang telah berlalu. Tapi, Si Tukang Tulis terfikirkan sesuatu apabila teringat tajuk Lagu 'Tolong Ingatkan Aku' dan 'Hanyut' yang mana keduanya penuh dengan mesej-mesej yang cuba dibawa oleh penulis lirik. Seperti yang di beritahu, keduanya mempunyai maksud yang sangat dekat dengan penyanyi tersebut.

Bagi Si tukang Tulis pula, kedua tajuk lagu ini boleh dijadikan satu pesanan dan ingatan kepada kita semua. Apa yang Si Tukang Tulis nak kongsikan, kehidupan kita ini seperti roda yang senantiasa berputar. ada masa di bawah dan ada masa di atas. Begitulah dengan kebahagian, rezeki, pekerjaan dan sebagainya. Semua ada naik dan turun, begitu juga dengan iman. 

Ada satu ketika, kita akan hanyut...seperti dalam lirik lagu Faizal Tahir. Kita hanyut dengan kemewahan dan kesenangan yang kita ada dan kita alpa serta lupa bahawa semua itu tidak kekal dan mungkin akan hilang bila-bila masa. Apabila diri ini hanyut, sebenarnya ia satu dugaan dan ujian daripada Allah kepada hambanya agar kita kembali mengingati-Nya yang selama ini telah memberi nikmat kepada kita tetapi kita lupa bersyukur. Maka, dugaan dan ujian ini juga sebagai satu peringatan daripada Allah yang Maha Penyayang terhadap hambanya yang 'terlupa' dengan kebesarannya.

Walau bagaimanapun, ada juga hamba-hamba-Nya yang 'hanyut' tapi belum sedar bahawa Allah sedang memberi mereka peluang untuk kembali kepada-Nya dan memperbaiki keadaan kepada yang lebih baik. Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan terus bergelumang dengan kesedihan dan kesusahan. Mereka lupa untuk kembali kepada Yang Maha Esa, mereka lupa bahawa yang memberi rezeki adalah Allah. Mereka lupa untuk menjaga solatnya, doanya malah auratnya sedangkan setiap satu darinya dituntut oleh Allah. 

Maka di sini, Si Tukang Tulis meminta kepada sesiapa sahaja yang merasakan diri Si Tukang Tulis atau sesiapa sahaja yang mereka sayangi telah hanyut di bawa ombak nafsu dan kelalaian, Ingatlah kedua lagu ini, 'Tolong ingatkan aku' dan 'hanyut'. Ingatkanlah kami agar mengingati-Nya dan kembali kepada-Nya. Semoga kita semua mendapat manfaat...



Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.

3 comments:

therosputih said...

betul! tolong ingatkan aku jugak, jangan sampai aku hanyut...

Unknown said...

@therosputih
hehehe.sesama la kita ya

humble.yat said...

sokong sgt..lagu tu lain dari yang lain..mmg best..(ari tu cam dah agak lagu anarafali menang)mmg best lah..