jadi nya macam mana dengan cita-cita asal??? kalau macam aku ni terpaksalah lupakan... huhu cita-cita aku dulu doktor.. tapi nak survive kat matrix pun macam nak mati... sebab tu la aku kuar terus bila dapat tawaran IPG... hurmmm tapi aku tak la lari jauh.. guru adalah cita-cita aku yang duduk dalam ranking yang ke-3... hehe pertama doktor.. lepas tu peguam... huh!! tinggi sungguh cita-cita aku... tapi belajar malas!! adoiii..
huhu kalau dah kita terjebak dengan kerjaya yang berbeza daripada yang kita minat, bagi aku larr kan, kita terima ja... selagi kerjaya tu tak betentangan dengan agama... kita teruskan saja... dah rezeki kita dalam bidang tu...huhu... dan pastikan kita jadi yang terbaik dalam kerjaya yang kita terjebak tu..
tips kalau dah terjebak:
dalami lah kerjaya baru kita tu.. orang kata tak kenal mata tak cinta belajarlah untuk menerima apa yang telah ditakdirkan untuk kita. sentiasalah optimis dengan apa saja yang mendatang...
kalau kita amalkan semua ni... confirm kita bahagia dan gembira dengan kerjaya kita tu.... ^^
kalau kita amalkan semua ni... confirm kita bahagia dan gembira dengan kerjaya kita tu.... ^^
Zulkifly Omar juga penulis untuk blog Dariku Zulkifly. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Zulkifly. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah
10 comments:
selalu kot jadi macam tu. dulu tak pernah terfikir pasal kerjaya dalam bidang undang-undang. sekali dapat buat law degree. haha. belajar je lah selagi boleh
wah! teringin nak jadi cikgu tapi terjebak dalam bidang banking. mula-mula belajar macam tak boleh nak 'masuk' sebab dalam kepala dah set nak jadi cikgu, nak jadi cikgu. tapi lama-lama, alhamdulillah, okeyy aje :)
dulu nak jadi cikgu, skang ni, sejak menganggur tunggu surat kpm, bussy ngan dunia kraf...rasa mcm nak jadi crafter sepenuh masa lak...
so, nnti bila jadi guru, siang jadi guru, mlm jadi crafter...boley ka...hehehe...minat punya pasal...
dulu nak sgt jg ahli psikologi. tp rmai kata nnt ko skali psyco. so now jd lawyer. adeih...psyco lawyer kot aku ni. hahah...
dulu2 kepingin mahu jadi peguam. namun dek suatu sirkumstansial yang tidak mampu aku tolak, impian itu terpaksa aku kuburkan.
syukur aku diberi peluang kedua menyambung pelajaran di dalam bidang perguruan. tetapi jujur aku nyatakan aku tiada hati hendak mengajar. kata orang, hendak jadi guru ini harus ikhlas. tak gitu?
entahlah. aku semakin menghampiri ketika dan waktu untuk aku tamatkan pengajian. bersisa dua semester saja lagi. aku mahu cuba nasib kembangkan bakat berkarya aku semampu boleh, sebab pernah juga terfikir mahu jadi penulis.
insyaAllah...
dulu teringin nak jadi doktor abd daie and majority target sy jadi guru. alih2 cebur dunia perundangan..unexpected hmm..mcm tak percaya la pulak..(betul ke ni?)
yang penting,walaupun cita2 itu dah berubah arah, lakukan amanahNya sebaik mungkin, kerna kita mungkin antara yang terbaik dan sanggup memikul amanah tersebut ..:-)
yg penting kita mesti tahu arah tuju hidup kita...
sekiranya berpuas hati dan berasa gembira...
kejarlah ia w/pun dimana ia berada...
cita2 dulu nak jadi arkitek. Tp lepas tu takde seni, terlepaslah impian tu terkubur sebentar. Further dalam accounting. Tp tak minat. Biarpun xpnh gagal.tp susah nak masok.habis je matrik terus apply lain,business study dan multimedia. Skrg ni keje plak lain. Keja pelukis pelan. Kejar balik cita2 asal. Ahahahahaha camne ni??
cita2 dan kerjaya??erm..dulu kecik2 mmg nak jadi doktor or peguam..
tp bila dah kerja ni..erm..mmg jauh tersimpang dr cita2..hehe
takpela..itu rezeki sy kan... ^_^
cube cerita sapa dulu ada cita-cita nak jadi graphic designer ? sekarang tengok , bersepah yo !
yang penting kita hepi buat pasticular job . kalau tak hepi tak syok gak , kan .
Post a Comment