Apa yang diperkatakan oleh beliau adalah sangat betul dan tepat. Dalam mana-mana laporan, angka dan nombor hanyalah suatu fakta. Fakta yang diperolehi apabila strategi yang telah dirangka dapat dijalankan dengan sempurna. Daripada ini, kita dapat melihat bahawa yang lebih penting disini adalah proses yang digunapakai, dan bukannya keputusan ataupun hasil keluaran yang akan diperolehi.
Sebagai contoh, dalam perlawanan bola sepak. Matlamat utama kita adalah untuk menjaringkan seberapa banyak gol yang mampu. Oleh sebab itu, untuk mencapai misi tersebut, perancangan dalam rangka strategi adalah perlu dan amat penting. Di dalam rangka inilah, dimana pengurus ataupun jurulatih memainkan peranan mereka. Di saat inilah, mereka akan menentukan pemain yang akan bermain dalam perlawanan yang akan datang. Berdasarkan kepada kedudukan yang sesuai dengan kemahiran dan kelebihan yang mereka miliki.
Pengurus juga mesti mengetahui setiap kelemahan pemain yang akan bermain nanti. Bukan setakat kekuatan mereka. Pada masa yang sama, pengurus juga mesti mengetahui kekuatan dan kelemahan pasukan yang akan menentang mereka nanti. Pendek kata, seorang pengurus ataupun jurulatih mesti mengetahui selok belok strategi yang akan dilaksanakan nanti. Untuk itu, proses ini adalah amat penting dalam menentukan keputusan yang diperolehi nanti. Jika proses yang dilalui adalah bertepatan dengan kehendak semasa, maka keputusan yang cemerlang pasti akan dapat diperolehi.
Bagi mereka yang bergelar pelajar, keputusan peperiksaan pastinya suatu perkara besar dalam kehidupan mereka. Pastinya, keputusan tersebut amat penting. Apatah lagi, jika ianya menentukan gred-gred sempadan di antara kelas pertama, kedua dan ketiga semestinya. Tapi, adakah itu yang akan menentukan hidup mereka seterusnya. Adakah Anugerah Kelas Pertama akan menentukan mereka berjaya di alam pekerjaan? Ataupun adakah Kelas Ketiga menetapkan bahawa mereka akan gagal selamanya?
Jawapannya, pastilah tidak. Keputusan itu hanyalah nombor dan abjad yang tidak membawa apa-apa makna. Sekadar menghiasi kertas putih transkrip tiada berwarna. Di sini, apa yang penting, adalah proses mendalami ilmu yang diperolehi itu. Jika ditanya para mahasiswa tujuan belajar di menara gading, pasti ramai yang tidak tahu hendak menjawab bagaimana. Pasti ramai kelu lidah seribu bahasa.
Dengan itu, selain mempelajari ilmu pengetahuan, adalah bagus kiranya para pelajar mempelajari ilmu kendiri. Kemahiran-kemahiran penting dalam kehidupan seperti contoh, kemahiran bercakap, membuat pembentangan dan sebagainya. Di samping itu, mereka juga perlu melatih diri bekerja berkumpulan dan merasai bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin. Pendedahan secara tidak langsung ini, akan dapat melatih mereka untuk menghadapi realiti kehidupan mereka nanti. Yakni, dalam dunia pekerjaan yang memerlukan semangat kompentesi dan kelangsungan hidup yang tinggi.
Dalam kehidupan pula, proses refleksi kendiri amatlah penting dan berguna. Pada masa itulah, kita dapat lihat kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. Di saat itulah, kita boleh melihat dengan jelas peluang-peluang yang terpampang besar di depan mata dan juga halangan-halangan dalam kita menuju kearah tersebut. Dengan adanya penguasaan kendiri, pastinya segala objektif hidup dapat dicapai dengan mudah dan kepuasan diri dapat diperolehi.
syaftome
"Apakah tujuan anda hidup selama ini?"
Mengenai Penulis Entri Ini :
syaftome juga penulis untuk blog Tour of My Existence. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label syaftome. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Pāto 30 ~ Nadya Bubble Give Away.
syaftome juga penulis untuk blog Tour of My Existence. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label syaftome. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Pāto 30 ~ Nadya Bubble Give Away.
5 comments:
matlamat tidak menghalalkan cara...
teringat tajuk kajian agama masa kat matrikulasi dulu...
indeed , matlamat yang nak dicapai tu tak semestinya hanya mempunyai satu jalan .. bagaimana mencapai matlamat yang akan menjadikan kita the big L(oser) or the Champ(ion) . XD
carefree.
Proses itu a.k.a usaha dan ikhtiar kita..:-)
therosputih: memang betul sngtlah tue...
xde faedah nye buat benda salah supaya dapat buat benda kebajikan...hehe...
r.k: betul tue...dlm hidup...ada bnyk pilihan...
jika selalu buat pilihan yang betul...pasti kejayaan akan mudah dikecapi...
humbleyat: yang penting...usaha dulu...baru ikhtiar...dan bukan sebaliknya...
Setuju. Kdg2 pelajar yang cemerlang pun belum tentu akan dapat pekerjaan yang baik dan gaji yang besar..
Kalo tak, kenapa masih ramai graduan yang menganggur?
Seharusnya bila dh ade degree tu bukaklah bisnes ke ape ke..
Kdg2 tu kwn yg hanya ade spm pun, dah beruapaya bukak stall kat pasar mlm n berjaya..
Post a Comment