Kami bersembang seketika di hadapan wad-wad pesakit sementara menunggu doktor untuk datang dan review beberapa pesakit untuk hari itu. 4 minggu di bahagian gastroenterology dan endocrine banyak memberi pengalaman berharga, namun aku yakin, aku akan lebih teruja di sini, di wad psychiatry.
Semasa menunggu, kami sempat bersembang dengan beberapa pemuda arab, yang sekali imbas nampak normal, nampak biasa, nampak sihat tiada masalah. Namun kami tetap rasakan, mereka ini bukan staf hospital, bukan pelawat, mereka pasti pesakit di sini. Tapi tak mungkin juga, tak kan pesakit wad psychiatry boleh berkeliaran macam ni. Namun kami teruskan melayan mereka sedaya yang kami mampu dan tamatkan perbualan setelah doktor tiba.
Kami mula berinteraksi dengan pesakit yang mengalami depression yang kronik, pesakit schizophrenia yang memaksa doktor katakan sesuatu tentang lukisan yang dibuatnya, dan akhirnya, kami bertemu dengan salah satu pemuda yang kami jumpa di luar tadi, sedang dirawati kerana mempunyai bipolar disorder, dan seorang lagi kerana mempunyai obsessive compulsive disorder, OCD; yang mengatakan syaitan menghasut dia untuk keluar dari agamanya, dan mula bertindak di luar kawalan dengan menjerit di jalanan.
Semua nampak normal tadi, tapi masing masing punya penyakit psychiatric. Aku tertarik dengan perbincangan dengan doktor selepas itu, penyakit psychiatric tidak seperti penyakit lain yang mempunyai pathology dengan mata kasar, ia sesuatu yang tersembunyi, namun tetap mempengaruhi.
Sekarang, apabila aku berjalan berseorangan di luar, kadang-kala terbayang, orang sebelah aku ni betul ke tak? aku ni pun, entah betul entah tak.
***
kadang kala aku tertanya-tanya, mungkin juga aku ada major depressive disorder, tapi aku masih di sini menulis entry, dan masih lagi mampu untuk bangun dari katil. Rasanya tak kot, tapi anda?
Mengenai Penulis Entri Ini :
Koshary juga penulis untuk blog Livingkoshary. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Koshary. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "i rather jump and fall, than never jump at all".
Koshary juga penulis untuk blog Livingkoshary. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Koshary. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "i rather jump and fall, than never jump at all".
1 comment:
aku ada depression
Post a Comment