Showing posts with label koshary. Show all posts
Showing posts with label koshary. Show all posts

Saturday, August 27

Ramadhan belum berakhir.







Ramadhan sungguh bawa makna yang terlalu besar. Namun bila dah sampai hujung hujung ni, bila ditenung balik, macam tak cukup ja usaha, macam tak khusyuk ja terawikh, macam tak bersih ja hati masa puasa. Macam tak berserdehana ja masa buka puasa, siap makan kambing golek tak ingat dunia. Hish.

Kita dah sampai simpang 27. Kedai cina jual bunga dekat dengan rumah pun dah mula pasang lagu raya, apatah lagi mydin dan econsave. Kita dah mula teruja nak raya. Aku dah teruja nak raya. Baju raya tak beli lagi, jalan TAR confirm pack gila. Tak apalah, beli baju raya dekat tesco, bukan susah. Tengok, dah nak masuk simpang jalan mati untuk Ramadhan kali ni pun aku fikir pasal baju raya kuih raya nak cari resepi cornflakes madu chocolate lah. Mana pergi semangat nak bangun pagi sebelum sahur kejut warga rumah. Hish.

Aku sedar tahap lalai aku kali ni serupa macam tahun tahun lepas. Tapi sekurang kurangnya panggilan kejutan wake-up call kali ni hadir sebelum tamatnya Ramadhan. Rakan-rakan seperjuangan aku pun dah mula ajak berbakti, menyumbang apa yang ada, terdaya, di kala Ramadhan berbaki beberapa hari lagi. Dan antara usaha aku nak menyumbang, aku ajak korang korang korang semua sekali, alright?


Aku terpaksa assume yang kepala korang lebih kurang fikir macam aku, bila scroll post ni, tengok tengok je tak baca. Aku biasa buat macam tu, then last last, lupa tertangguh habis hilang lupa. Semua maklumat program ni ada di blog rasmi medic mesir, tapi aku akan quote-kan maklumat penting di sini. Dan, pentingnya bila dah baca, perlu bertindak sekarang juga, SEKARANG, hah dah all caps rage. Kerana program ni disasarkan tamat 27 Ramadhan, yaitu. erm. Hari ni. Jadi jangan tangguh tangguh. 

Friday, May 27

Frodo dan dunia


Hidup bukan lah sesuatu yang mudah. Hidup di dunia fantasi pun menggambarkan betapa peritnya perjalanan hidup yang perlu kita lalui untuk sampai ke plot happily ever after tu. Bagaimana susahnya Frodo nak bawa naik the one ring pergi gunung dekat Mordor tu, macam tu lah jugak atau lagi susah perjalanan hidup kita. (Analogi Lord of The Rings, kes Obses dengan LOTR) 


Friday, April 29

"aku ni pun entah betul entah tak"


Kami bersembang seketika di hadapan wad-wad pesakit sementara menunggu doktor untuk datang dan review beberapa pesakit untuk hari itu. 4 minggu di bahagian gastroenterology dan endocrine banyak memberi pengalaman berharga, namun aku yakin, aku akan lebih teruja di sini, di wad psychiatry. 

Semasa menunggu, kami sempat bersembang dengan beberapa pemuda arab, yang sekali imbas nampak normal, nampak biasa, nampak sihat tiada masalah. Namun kami tetap rasakan, mereka ini bukan staf hospital, bukan pelawat, mereka pasti pesakit di sini. Tapi tak mungkin juga, tak kan pesakit wad psychiatry boleh berkeliaran macam ni. Namun kami teruskan melayan mereka sedaya yang kami mampu dan tamatkan perbualan setelah doktor tiba.


Friday, March 11

"apa anda akan buat?"


Hari ini kita akan cuba dapatkan sebanyak mungkin reaksi, (kena jujur!) kepada situasi tertentu yang selalu kita hadapi tetapi jarang kita tanya orang lain, sebab situasi ini berlaku semasa kita berseorangan, tanpa kehadiran orang lain dan semestinya tanpa jelingan mereka, maka tindakan kita hanya akan dilaksanakan pada rasional pemikiran kita sahaja, berdasarkan keadaan yang sedang kita hadapi. Aku akan bagi beberapa contoh situasi yang pernah aku hadapi tetapi telah ditokok tambah, dan juga reaksi yang aku telah buat tapi aku tak akan mengaku itu yang aku buat sebab ia akan membuat aku tersipu malu tapi pada dasarnya aku tak boleh tipu yang itu sebenarnya apa yang berlaku. Ya, ayat yang memeningkan supaya anda tak faham dan aku tak berdosa menipu.

Situasi satu.

Anda terpaksa menggunakan tandas awam kerana malam semalam anda telah makan nasi biryani di empat majlis kenduri kahwin, dan anda pasti salah satunya menyediakan kuah yang agak melekit tetapi anda lantak juga atas dasar tidak mahu dilabel tidak menghormati tuan rumah. Akibatnya, anda perlu ke tandas setiap 17 minit tetapi terpaksa juga keluar rumah untuk bertemu sahabat sekolah lama, yang akan pergi berhijrah dan berkerja di Macedonia selama dua tahun.

Friday, February 18

Berguna ke Facebook dengan twitter ni?


Hidup tanpa internet

Semua akan akui, hidup tanpa internet memang menyeksakan. Lagi-lagi orang macam kita yang boleh dikatakan semua  menghidap Facebook Addiction Disorder (FAD) dan Twitter Addiction. Tinggal nak mengaku ataupun tidak sahaja. Pengalaman hidup tanpa internet di Mesir baru-baru ni lain pula perasaannya. Lain kalau internet putus sebab blackout, atau sebab tak bayar bil, atau broadband dah lebih had, lain rasanya jika internet kita sahaja putus dan internet satu Nusantara masih ada, masih di atas garisan (online) berbanding putusnya internet atas kuasa kerajaan setempat 28 Januari lalu, putusnya komunikasi telefon atas dasar mewujudkan kesulitan pada rakyat. Kenapalah kerajaan Mesir dulu tak fikir panjang, bila dah tak ada internet, tak boleh telefon, maka keluarlah segala rakyat jelata berkumpul di Medan Tahrir dan dataran luas di daerah lain, atas dasar ingin selari dengan perkembangan semasa, berita terbaru nasib Negara mereka.

Apabila khabar angin mula bertiup dengan udara sejuk Mesir yang internet dan telefon akan diputuskan kerana esoknya akan diadakan perhimpunan terbesar pertama selepas perhimpunan 25 Januari sempena hari polis Mesir, kami tak percaya. Namun, sejurus selepas tengah malam, tap! Internet hilang. Kami frust, kami resah, kami menonggeng, kami pasrah.


Friday, February 11

“Awek bagi semangat pun tak larat ke bang?”


Aku mula melangkah keluar dari rumah, terhuyung-hayang di tengah jalan sambil memasukkan earphone ke dalam telinga. Sekumpulan budak sekolah berbasikal melintasi aku, baru pulang dari sekolah agama. Teringat zaman aku bersekolah agama sanggup berjalan kaki dua tiga kilometer nak balik rumah semata-mata nak elak dibuli ditampar dalam bas. Sampai sekarang aku pelik kenapa baru nak buka mulut bagitahu pasal semua ni, dulu tahan telan dengan yakin biasalah kena sikit-sikit. Kalaulah boleh jumpa brother tu lagi sekarang, entah aku lagi tough dari dia kot, mungkin.

Aku tiba di bahagian belakang bukit, tak ramai yang lalu lalang di sini. Angin laut Selat Melaka mula bertiup menyentuh kulit merasakan bahang petang hari, indah. Tak perlu menggigil seperti angin di Mesir.  Aku mula merenggangkan otot badan, bersedia untuk membuat langkah seterusnya, aku mula rasakan otot aku ni dah mula lusuh teruk buat lelaki muda yang sepatutnya sihat bertenaga. Dua kali buku lali bengkak biru terasa sampai sekarang, bahu jatuh nasib tak patah tulang clavicle. Bak kata mak, macam mana lah nak tahan lagi berpuluh tahun kalau dah macam ni?


Thursday, November 25

"you going to kill kill?"


Kalau di Malaysia, bila kita laksanakan ibadah korban dengan menyembelih lembu atau kambing, pasti akan ada lubang yang digali supaya darah mudah diuruskan, tapi di sini dengan kata lain sembelih atas jalan sampai satu jalan banjir berdarah. Kalau di Malaysia aku hanya duduk di tepi tengok orang yang lebih tua sembelih, kali ni siap tawar "siapa lagi nak belajar?", tapi sungguh mahu nak berani tak khatam hukum tak jumpa urat halqum kang tak boleh makan tak sah ibadah pulak.

Kalau kita biasa bawa lembu naik lori, kali ni kita gembala sekawan unta jauh berkilometer ke tempat sembelih, bayangkan sedang bawa kereta tiba-tiba sekawan unta melintas, coolest thing ever. Sebelum ibadah dimulakan, maka datanglah budak-budak arab, teruja mungkin kerana jarang nampak lembu dan unta, mula bertanya pada kami yang duduk di tepi, "you going to kill kill?". Dah tak sabar mungkin.

Kawan juga bertanya, kalau nak sembelih unta, nak sembelih macam mana? tengkuk dia panjang?

Thursday, November 11

"Hungga bungga! Booya! Booya!"


Koshary adalah nama makanan di Mesir,   
Namaku Kushairi, maka hidup dengan penuh dilema.   
Jemput klik banner untuk lawat livingkoshary

Pengenalan
Kalau aku ceritakan benda ni dekat keluarga dan kawan aku masa pulang ke Malaysia, sungguh mesti terkejut tak percaya. Kalau ikutkan fakta logika memang tak masuk akal pun, tapi memang ini realiti semasa. Sejak tiga tahun lalu, malah melalui penceritaan orang-orang terdahulu, orang Malaysia memang banyak nama yang dipanggil orang Arab Mesir. Dan nama-nama tersebut juga berevolusi bersama peredaran masa. Maka kami secara tak rasminya melakukan penelitian sociology terhadap situasi yang berlaku, dan ini hasil penelitian kami. Rasanya, kalau tanya pada brother Asada dan Cik kimmyAi pun rasanya pasti ada juga cerita dan kisah mereka. Nanti kita minta mereka story-kan.

Sebelum kita selami nama-nama tersebut, perlu di-imiginasikan dalam minda, anda sedang berjalan untuk ke kelas, atau pulang dari kelas, atau sedang berjalan menuju ke suatu tempat, berseorangan atau berkumpulan, tiba-tiba orang yang berselisih dengan anda melaungkan beberapa perkataan kepada anda dengan nada yang kuat, dan kadang-kadang mereka terus lari ataupun tersengih-sengih memohon penumpuk sebiji.

Baiklah, cuma, bila dibaca nama-nama panggilan atau sapaan ni, jangan terkejut terperanjat melompat sudah.

Saturday, November 6

"ko tak nampak ke tu pistol tu?"

Dua tahun yang lalu, oleh kerana kami baru tiba di bumi yang asing, semangat untuk mengembara memang berkobar-kobar. Maka kami menaiki taxi dari tempat penginapan kami di Kaherah ke satu-satunya pusat membeli-belah yang berbaloi untuk dikunjungi bagi memulakan pengembaraan tersebut. Ya, semasa baru tiba, perjalanan ke pusat membeli-belah pun memang kami anggap sebagai sesuatu yang penuh cabaran dan dugaan. 

Aku duduk di hadapan, bersebelahan pemandu taxi. Perjalanan ke tempat dituju agak normal, walaupun masa tu ternganga bila tengok jalan yang ada empat lorong boleh muat lapan lorong kereta, tapi jika dilihat kembali, ia merupakan perjalanan yang normal. Tapi keadaan mula berubah bila jalan mula sesak, jarak antara kereta hanya beberapa inci, pemandu mula hilang sabar ditambah udara musim panas yang hangat menusuk hidung. Mulalah pemandu melakukan stratergi tusuk-menusuk untuk bergerak kehadapan. Dan pasti bila kereta dah mula padat, pertelingkahan antara pemandu mula berlaku, begitu juga pemandu taxi yang aku naik tu mula bergaduh dengan kereta BMW hitam di sebelah kanan.


Thursday, October 21

"nanti waktu nak tolong ni, jangan mengorat isteri dia pulak"

Kedengaran orang terjerit-jerit di luar rumah, aku pun menyelak langsir sliding door untuk menjenguk apa yang terjadi, kelihatan macam ada orang bergaduh di luar rumah, nampak macam seorang suami sedang memarahi isterinya. Ayah mengajak aku keluar, mungkin ingin membantu. Dalam perjalanan keluar, ayah pun berpesan, "nanti waktu nak tolong ni, jangan mengorat isteri dia pulak".

Thursday, October 14

Inspirasi duniamu, kami bersamamu.

Inspirasi duniamu

Inspirasi yang paling suka digunakan sekarang ni adalah cinta. Dari cerita Hollywood be Bollywood, cerita Arab, cerita Melayu, cerita Jepun Korea, lagu Ramlee Sarip sampailah ke Lady Gaga. Inspirasi itu cinta, cinta itu inspirasi. Memang benar cinta itu inspirasi, dan kadang-kala digambarkan sebagai tujuan utama hidup. Cinta akan Tuhan, cinta akan Rasul, cinta akan Agama dan bangsa, cinta akan pasangan hidup yang sah, cinta akan sahabat, cinta akan diri sendiri.

Saya buktikan pada anda, yang saya cintai. =)
"Today, I get on a kid's Facebook account because it was his 18th birthday.  
Multiple friends had left him notes saying "happy birthday" and had written hundreds of notes telling him about their day and writing about stuff happening in their life.
He passed away 4 months ago. Their endless Love Gives Me Hope."

Selingan: malangnya inspirasi saya untuk siapkan bola getah tersebut tidak datang dari  cinta
Naik bulu roma saya masa mula-mula terbaca kisah pendek tersebut.
Memang benar cinta itu inspirasi. Namun, inspirasi pula tidak semestinya datang dari cinta semata-mata.

Thursday, September 23

100 penulis menyelamatkan dunia!

"Save Facebook! Save the World!" 
Macam intonasi cerita Heroes "Save the cheerleader, save the World".

Kenapa Facebook perlu diselamatkan?

Ceritanya mudah, kita terlalu banyak menggunakan Facebook, maksudnya di sini adalah abang Mark Zuckerberg sebagai pengasas Facebook dah mula pening kepala mana nak simpan semua status, gambar dan komen yang dah kita letakkan di sana kerana tak tertampung untuk disimpan sekarang ni, maka beliau ambil keputusan untuk bina satu bangunan server baru yang besar dan canggih di Oregon, United States.   

Namun, apa yang dirisaukan adalah, abang Mark Zuckerberg memilih untuk menjana elektrik ke bangunan server yang serba canggih tersebut dengan menggunakan arang, coal, yang sememangnya kita tahu akan mencemarkan udara bumi kita yang memang dah sesak nafas dengan segala habuk dan sampah yang kita hasilkan hari ni. 


Video ni saya ulang-ulang banyak kali terpegun dengan kecomelannya!!.


Thursday, September 16

pencarian mencari cinta

Ketupat Rendang dan lontong
Seronok sebenarnya walaupun bila dah tua-tua macam ni, waktu bersalam dengan pakcik makcik masih lagi terhulur sampul berisi duit raya atas alasan kita masih belum bekerja dan bujang. Malah isinya kadang-kadang tu lebih dari adik-adik kanak-kanak yang lain. Bagus jugak prinsip 'budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak' ni. Dan bila dah hampir seminggu berhari-raya ni, baru diri nak beringat waktu makan lepas terseksa satu perjalanan balik dari kampung lepas tangkap diarrhea akibat makan ketupat rendang lontong nasi biryani tak tentu hala masa raya pertama. Orang makin naik badan sebab raya, kita jadi kurus keding (okey tipu) lepas hilang 3kg senang-senang. Fobia terus nak melantak waktu open house. Tapi dalam state of fobia tu licin jugak tiga empat pinggan. Nasib baik fobia, kalau tak. Highlight untuk raya setiap tahun adalah untuk alami sendiri perasaan selesa, warmth, bila bersama keluarga. dapat lihat mereka tersenyum, yang kanak-kanak berlari bermain kemudia menangis berebut ipod pun sudah boleh menjadi bekalan kenangan sepanjang hayat. Cukup menutup seksa diarrhea yang tidak sama sekali akan saya kongsikan pengalaman tersebut bersama anda semua.

special untuk korang korang la kiranya ni tau!

Dalam mencari cinta sejati

Thursday, September 9

"habislah lepas raya semua orang daftar masuk The Biggest Loser"


Jam 5.10am

Ini merupakan the last sahur untuk Ramadhan kali ni, itu pun kelam-kabut makan minum air dan datang menulis (untuk scheduled post) sebab sejurus lepas subuh nanti terus akan bertolak balik kampung, dengan azam nak elak berpusu-pusu sepanjang highway dengan 1.5 juta kereta yang lain. InsyaAllah kami beringat-ingat tanpa speeding dan bayar saman macam tahun-tahun sebelum ni.

100 penulis
Maka dalam post ringkas ni, saya nak ucapkan Salam Perkenalan buat editors dan pembaca 100 penulis! Semoga komuniti ini akan berkembang dengan lebih pesat di samping membantu menyatukan hati jiwa kita ke arah destinasi yang indah di dunia dan akhirat. (ayat kepala tak tidur satu malam) 

Kenapa saya menulis?
Tujuan saya banyak bercerita dalam blog adalah bagi membuktikan kepada bekas girlfriend yang dump saya beberapa tahun lepas yang hidup saya bahagia gembira tanpa duka-lara siap boleh mengembara sini-sana belajar macam-macam tanpa beliau di sisi. Okey, tak nak dapat dosa hari terakhir Ramadhan, Gurau Gurau. Macam korang jugak, saya dapat kepuasan melalui gerakan tari menari jari di keyboard. 

Koshary tu apa?