Minggu ini adalah minggu peperiksaan. Ketika entri ini disiarkan, pelajar saya sedang tekun menjawab soalan peperiksaan. Selamat maju jaya untuk mereka.
Demam peperiksaan hanya berlaku pada pertengahan semester dan hujung semester sahaja. Ada pelajar yang mampu tanganinya dengan bijak, ada juga yang sentiasa sahaja demam setiap kali menjelangnya musim peperiksaan.
Apa untungnya anda yang sedang belajar di university adalah; silibus yang perlu and abaca pada setiap semester itu sahaja akan keluar dalam peperiksaan pada akhir semester, berbanding peperiksaan semasa SPM atau STPM yang perlu ulangkaji sepanjang tempoh dua tahun belajar. Ini tidak termasuk kursus yang melibatkan kepakaran seperti pergigian atau kedoktoran. Boleh bayangkan kalau bakal-bakal doktor ini hanya perlu ulangkaji bab tertentu sahaja untuk peperiksaan? Boleh bayangkan kalau mereka jadi doctor nanti, tetiba mereka terlupa apa yang mereka belajar pada semester pertama pengajian, apa akan jadi kepada pesakit?
Walau bagaimanapun, peperiksaan tetap juga peperiksaan. Bermakna anda perlu mengulangkaji apa yang pernah dipelajari dalam dewan kuliah. Apa yang utama pada musim peperiksaan ini adalah bagaimana anda menjaga kesihatan, agar, apabila berada dalam dewan peperiksaan, anda berada dalam keadaan stabil untuk menjawab soalan.
Utamakan kesihatan. Kalaupun anda belajar dan ulangkaji dengan sebaiknya tetapi kesiahtan tidak mengizinkan, alangkah ruginya jika anda perlu tangguhkan peperiksaan berkenaan semata-mata kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Berikut beberapa tip untuk anda yang bakal menduduki peperiksaan sepanjang tiga minggu ini;
1. Banyakkan minum air putih.
Air putih akan bersihkan darah anda. Mungkin, ramai dikalangan anda mengambil kafein seperti neskefe atau kopi sebagai perangsang untuk berjaga malam, namun awas…usah berlebihan. Jauhi juga rokok, dadah dan arak. Ia tidak akan membantu anda pada waktu sebegini, lebih memudaratkan adalah!
2. Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan, membetulkan pengaliran darah, malah mampu member anda ketenangan fikiran. Paling malaspun, anda boleh turun naik tangga di kolej. Kalau mampu untuk jogging dan bersenam keliling UKM, lagi bagus. Kehijauan di sekeliling kampus dapat membantu anda menenangkan fikiran. Ketenangan ini bukan sahaja memberi semangat baru kepada anda, malah mampu menyuntik idea yang bernas dan ketajaman pemikiran.
Semakin anda tenang, anda mampu berfikir secara lebih ideal, mampu mencambah pemikiran yang praktikal, ideal dan bernas. Gabungjalin antara pelajaran di dewan kuliah, buku-buku rujukan yang anda telaah dan nota-nota yang dibaca dapat anda gabung dan talikan dengan lebih baik.
Belajar di university bukan sahaja ilmunya di dewan kuliah. Gabungan ilmu, pengalaman dan kreativiti anda akan memberi jatidiri dan wibawa kepada anda juga.
3. Makanan berzat
Ramai pelajar kian susut akaun pinjamannya bila tiba hujung semester sebegini. Ini menyebabkan mereka menyediakan stok makanan segera yang banyak. Pada musim peperiksaan sebegini, makanan yang sihat dan berkhasiat sangat diperlukan otak. Tambah lebih banyak sayur dan buah dalam menu harian anda.
4. Tenangkan diri, kawal stress
Stress akan mudah dating pada musim peperiksaan. Banyak kes hysteria, kemurungan dan ketidakstabilan diri berlaku akibat stress menjelang peperiksaan. Kebiasaannya pelajar yang tidak bersedia untuk menduduki peperiksaan akan berhadapan dengan stress melampau, tambahan pula sekiranya pelajar itu gagal mengawal stress berkenaan. Keadaan akan menjadi lebih buruk.
Belajar cara depani stress. Anda juga perlu bersedia lebih awal untuk musim peperiksaan. Membuat persediaan untuk peperiksaan pada minit terakhir atau melakukan ulangkaji pada saat akhir menyebabkan stress tidak terkawal berlaku. Elakkan perkara ini sekiranya anda tergolong dalam golongan yang tidak mampu tangani stress dengan baik. Ulangkajilah lebih awal berbanding orang lain selain belajar cara depani stress. Antara caranya; teknik pernafasan, tambah keyakinan diri, cara control pemikiran dan amalan-amalan atau doa tertentu yang boleh memberi ketenangan semasa stress dan sebagainya.
5. Doa
Walaupun saya letakkan doa pada nombor yang terakhir, bukan bermakna doa tidak penting. Apa yang ingin saya paparkan adalah: setelah berusaha sebaiknya, barulah kita berserah kepada takdir Allah taala.
Berdoa perlu dilakukan sepanjang masa, bukan hanya pada musim peperiksaan sahaja. Namun, bersama doa itu, perlu juga diiringin dengan usaha. Doa tanpa usaha tidak akan membawa anda ke mana-mana.
Masih banyak petua lain lagi, namun…entri ini akan menjadi e-book andai saya senaraikan semuanya. Jadi, sebagai persediaan terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan, lima perkara di atas sudah memadai.
Selamat menghadapi peperiksaan.
Mengenai Penulis Entri Ini :
Maharam Mamat juga penulis untuk blog Dunia Menulis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Maharam Mamat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Siapa Rosakkan Bahasa Sendiri? .

1 comment:
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua student ukm yang sedang menduduki peperiksaan akhir semester pada ketika ini. tidak lupa juga kepada rakan-rakan di universiti lain seperti uum, uitm, upm, um dan usm; dengan ucapan nanti cuti sem yg panjang tu kita pg backpacking ke hatyai lg yek?
*waa... dh mcm ucapan kat radio lak komen aku! hahaha...*
lelaki [tanpa] emosi
monyet merah jambu menulis
ngomelsikit
Post a Comment