Monday, April 18

Jaga Hubungan Sebaik Mungkin



Acapkali aku mendengar cerita dari sahabat pasangan kekasih yang banyak kali berpisah . Berpisah kemudian berbaik semula dan perkara tersebut akan berlaku berulang-kali . Tak penat ke ? Asyik-asyik break , putus , pisah . Bila agak-agak rasa rindu dah mula menapak di hati , merayu-rayu pula untuk berbaik .


Ini baru dalam hubungan . Belum kahwin . Takkan lepas kahwin cerai rujuk , cerai rujuk ? Okey , bab perkahwinan tu aku tinggalkan dulu sebab aku masih belum ada pengalaman . Cuba jangan fikirkan langsung tentang perpisahan . Biar gaduh besar mana sekalipun , jangan nak fikir berpisah aje .


"You ni kan , suka sangat kongkong I kan . Suka hati I lah nak keluar dengan siapa pun . Yang you sibuk-sibuk pasal I kenapa . Malaslah I nak gaduh-gaduh dengan you . Lebih baik kita putus !"


Tak payah besar-besarkan hal kecil macam tu . Ada penyelesaian lain selain perpisahan . Berbincang ! Ya , cuba bawa berbincang dengan pasangan . Berterus terang dengan pasangan . Terangkan sebaiknya . Bercakaplah dengan suara yang bernada lembut . Bukan terjerit sana terjerit sini .


Kalau anda seorang perempuan , tunjukkan sifat perempuan sebenar . Tak payah menjerit-menjerit bila bercakap nak tunjuk yang awak tu QUEEN CONTROL . Dan kalau anda lelaki , tak payah juga nak tinggi-tinggikan suara untuk tunjuk ego awak yang setinggi-tinggi langit tu .


Bila masalah masih belum selesai , apakata masing-masing cuba ambil masa untuk tenangkan diri . Minta pasangan untuk beri masa berfikir . Jika korang masih sayangkan hubungan itu , korang tahu apa yang perlu dibuat . Berfikir secara matang .


Jika perhubungan ini kekal , insyaallah akan sampai ke jinjang pelamin . Kalau tidak , tak mengapa . Jodoh korang bukan dengannya dan kamu berdua tidak serasi bersama . Ingatlah , jangan sesekali mengkhianati pasangan kerana perkara yang sama akan berlaku pada diri korang balik . Allah itu Maha Adil .


Mengenai Penulis Entri Ini :
atiey azha juga penulis untuk blog Blog Atiey Azha. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label atiey azha. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Berapa Lama Nak Buat 1 Entri?

2 comments:

faisal apardi said...

yeah sangat sangat setuju.kalau gadoh tu amik masa tuk bincang..kalau tak leh jumpa kata sepakat amik masa masing2...jangn ambil tindakan terburu2

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

juga setuju . huhu . lebih-lebih lagi yang dah lama dalam hubungan tu . nak cari baru memang senang , tapi lebih baik atau sebaliknya ?

Trend Jelir Lidah