Friday, April 22

Elok Ke Apa Yang Kamu Pakai Tu?


Pagi semalam, didatangi seorang klien atas urusan dokumen.Tiba-tiba rakan sepejabat saya menegurnya, "Eh, cantik gelang magnet kamu tu?elok ke?Mesti mahal nih...!" 

"Eh takdelah, ni gelang saja-saja ni.Aku dah tak percaya mende2 ni semua.Dah serik, asyik kena tipu je, last-last sakit jugak.." Serius betul jawapannya.

Tapi apa yang menarik perhatian saya, jawapannya, petua yang mahal dari seorang lelaki yang berumur 62 tahun.Masih punya tenaga untuk melakukan kerja seperti orang muda. 

Menurut katanya, yang paling penting bukan medium-medium tersebut. tetapi cara dan gaya hidup kita.(Terkena pada saya, kerana saya juga memakai produk terapi tenaga dan ia sangat-sangat membantu saya lebih fokus dalam kerja dan mengurangkan kepenatan saya.Huhu)

Apa yang dia amalkan, adalah melebihkan makan makanan yang berfiber pada waktu pagi, pukul 1 pagi ke atas, nak makan apa-apa pun, makanlah. Tetapi jangan sesekali makan malam .

Kalaulah  macam tu, merudumlah perniagaan restoran-restoran yang dibuka pada waktu malam kan?Tapi tak mengapa , yang penting kesihatan kita harus diutamakan.Dari situ kita akan punya tenaga untuk melakukan tugasan-tugasan harian dengan lebih bertenaga dan berawet muda..:-P

Satu lagi, hati mesti kena bersih, jangan tipu orang dan pandai mengawal stress.

Bahagian yang ni paling susah jika kita asyik berfikiran negatif, bersangka buruk dan sebagainya kan?Macammana hati nak jadi bersih kan? Dan saya rasa, mungkin kita boleh cuba sentiasa ikhlaskan hati dalam apa jua perkara pun.

Tetapi ada juga jawapan rahsia awet muda , makan kiub ais.Boleh percaya ke? Tapi, kakak tu memang nampak muda setelah bertahun-tahin mengamalkan makan kiub-kiub ais!

Sebelum klien saya itu beredar, dia sempat berkata, "Sebab tu saya ni walaupun dah berumur, boleh dapat nak kecil lagi..Hehe". No Komen!:-P

Dan pagi itu, minuman pagi kami satu pejabat adalah Twister Oren.Klien ni yang belanja tau!


Mengenai Penulis Entri Ini :

Humbleyat juga penulis untuk blog Naluri Kehidupanku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Trivia Kasih Sayang.

4 comments:

therosputih said...

betul tu...yang penting, gaya hidup mesti seimbang...

nn said...

pasal tu ada saying eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a pauper. :)

shandye. said...

menjalani hidup sebagai mahasiswa, saya akui sukar untuk amalkan diet seimbang.

breakfast selalu sangat2 miss (blame it on my crazy class schedule & my inability to wake up early when there is no class. lol.) dan kalau amek pun masa weekend je. pagi selalunya sambar roti dengan satu mug kopi instan je.

tetapi sy selalu amalkan lunch. portion mesti besar. byk ambil sayur dan gilir2kan ikan dgn daging. favorite: mestilah ikan keli/haruan goreng.

dinner pula bergantung kepada kewangan. kalau bajet harian masih belum burst sy akan dinner. kalau tak, sambar je roti/biskut dari bawah meja sambil bancuh nestum/kopi.

oh.. nn, tak pernah dengar pula perumpamaan penuh tu. 1st taim!

lelaki [tanpa] emosi
monyet merah jambu menulis
ngomelsikit.

syaftome said...

good info...
thanks for sharing...