Tuesday, April 26

Ikhlas sangat ke kau tue??





Assalamualaikum semua. Nak tanya korang semua lah. Boleh ker ikhlas tu diukur??


Ada seorang manusia nie, sibuk pertikai keikhlasan orang. Aku tak tahu kenapa lah beliau nie nak kecoh cerita bab ikhlas kalau dah nyata dan terang dia memang tak tahu apa erti ikhlas. Kalau dah satu kelas tak tegur kau, tak kan tak sedar-sedar kau tue tak penting langsung??


Ikhlas nie, besar maksudnya. Niat menolong dengan IKHLAS hilang bila orang yang minta tolong tak sedar dek untung, tak tahu cara minta tolong dan berterima kasih! Boleh pula kau tergedik-gedik kat budak bawah umur berkasih-sayang depan mata orang ramai, tapi orang yang kau minta tolong bersusah-payah menolong buat kerja kau! Kalau kau tolong sama, tak pun tanya macam mana nak buat, sejuk juga hati ni!


Dah tue, canang kat FB cakap kononnya kau golongan teraniaya sebab dengar khabar yang kau tak buat kerja. Beb, tolong lah matured sikit. Umur dah suku abad kot. Meh nak cakap sikit pasal aniaya tak aniaya.


Golongan-golongan ni ada beberapa aspek.
1. Golongan teraniaya - Orang teraniaya atau orang yang dizalimi iaitu orang yang diperlakukan secara tidak benar oleh orang lain. 


2. Golongan yang menganiaya orang lain - Orang yang memperlakukan secara tidak benar dengan zalim oleh orang lain.


3. Golongan yang menganiaya diri sendiri - Orang bodoh yang menzalimi diri sendiri!


Aku rasa, tiga-tiga golongan nie memang kau lah! Tolong fikir-fikir dan fikir! Kalau kau sangat bagus dan bagus, pastinya satu kelas langsung tak ada masalah dengan kau! Kalau orang yang paling baik dan disenangi dalam kelas pun boleh terasa hati dengan kau, tak perlu cakap soal IKHLAS dengan orang lain!




p/s: Bersabar ada batas. Hilang sabar buat manusia panas.


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Sukar Mencari Bahagia.

1 comment:

syaftome said...

secara mudahnya...
bg aku ikhlas adalah melakukan sesuatu...
tanpa mengharapkan apa-apa balasan...
yakni niat suci dari dalam hati untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan tentang apa-apa niat yang tersembunyi...