Terkadang aku terfikir, sampai bilakah aku mahu terus-terusan mengharapkan secebis rasa kasih sayang daripada si dia yang tidak sudi. Aku menongkah arus, menyerahkan hati dan perasaan untuk dilukai sedangkan aku sendiri tahu bahawa kebarangkalian untuk hal itu berlaku adalah amat mustahil.
Seperti frasa latin volunti non fit injuria.
Entah mengapa aku dilahirkan dengan suatu sifat iaitu gampang merasakan cinta. Ya, aku mudah benar jatuh cinta. Si dia baik sedikit, sekadar belikan aku panadol ketika aku demam; aku sudah jatuh hati padanya. Si dia tumpangkan aku menaiki keretanya untuk ke kuliah, hati aku sudah sedalam-dalamnya lemas dalam rasa cinta yang terbuai-buai.
Rakanku bilang aku sebenarnya kesunyian. Lantaran itu aku mudah benar merasakan sedemikian rupa. Dalam debar aku menunggu. Esok adalah kemuncak segala-galanya. Esok aku bakal tahu sama ada aku diterimanya atau tidak. Esok dia bakal datang bertemuku setelah sekian lama kami tidak bersua muka.
Volunti non fit injuria.
Merelakan dilukai sedangkan diri sendiri tahu akan bahayanya.
Sedikit Cuplikan Tentang Makhluk Aneh Ini:
shandye juga kerap menceceh tidak tentu hala di Monyet Merah Jambu Menulis. Setiap Selasa makhluk aneh ini mesti mahu membebel di 100p. Dia juga rajin melepaskan burung-burung biru di Twitter. Klik label shandye untuk membaca semua bebelan makhluk aneh ini di 100p. Terkini, makhluk aneh ini telah menulis Kalau Saya Ada RM100 Saya Akan....
Kthnxbai!shandye juga kerap menceceh tidak tentu hala di Monyet Merah Jambu Menulis. Setiap Selasa makhluk aneh ini mesti mahu membebel di 100p. Dia juga rajin melepaskan burung-burung biru di Twitter. Klik label shandye untuk membaca semua bebelan makhluk aneh ini di 100p. Terkini, makhluk aneh ini telah menulis Kalau Saya Ada RM100 Saya Akan....
No comments:
Post a Comment