Thursday, April 28

Perlu tahu: Cara-cara menukar tayar

Powered by BannerFans.com
Assalammualaikum.
Apa khabar kawan-kawan minggu ini? Harapnya semua sihat walafiat. Hari ni agak blues sikit. Sebab tayar my Mr.Cool pancit sebelum pergi kerja tadi. Memang agak terkial-kial jugak nak menukarnya. Nasib baik ada sorang pakcik ni tolong tukarkan.

Bagi pemandu perempuan terutamanya, perlu tahu dan perlu belajar cara-cara menukar tayar. Itu untuk kepentingan sendiri ketika menghadapi kecemasan tayar tiba-tiba pancit. Kalau di tempat yang ramai orang, ada orang yang baik hati menolong kira ok. Tapi bagaimana kalau di tengah-tengah highway?

Masa saya belajar kereta dulu, serius saya tidak diajar bagaimana cara menukar tayar. Tapi benda tu boleh tahu sendirikan? Dan masalah saya pagi tadi adalah saya tidak biasa menggukan hijack yang dibekalkan oleh ProDua. Mesti kena beli hijack sendiri yang mudah untuk diguna. Lain kali tak perlulah nak menyusahkan orang lain.

Selain perlu tahu cara menukar tayar, pastikan juga keperluan untuk menukar tayar mencukupi dan tersedia di dalam kereta anda. Tayar spare juga perlu ada okay.


Pemandu wanita: Korang pernah tukar tayar kereta sendiri ke?



Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah [Contest] Preloved items to let go

No comments: