Hehe..Rasanya ini entri kedua SkY di 100 Penulis kan? hrum..sepatutnya sudah 4 entri tapi dek minggu exam ni, kena berkorban lah sikit kan? hehe..Ok..Entri ni sebenarnya sudah dikeluarkan di pondok kecil SkY tapi SkY publishkan semula di sini..dengan tujuan untuk berkongsi sesama kita..Tidak perlu memeningkan kepala..ayat yang digunakan sudah diolah sesantai mungkin untuk memudahkan pemahaman korang semua ye.
SkY ingin berkongsi dengan semua pembaca, apa dia ciri - ciri yang sebenarnya DAJJAL cari untuk terpilih menjadi pengikut elitnya! Mahukah kita terpilih? Nau'uzubillah..Moga ALLAH tetapkan iman dan jati diri kita di dunia akhir zaman ni. Jadi bagaimana untuk mengelak? sudah tentu dengan mengetahui apa yang sebenarnya dicari oleh dajjal dalam diri pengikutnya! Apakah itu dajjal? SkY yakin ramai yang sudah tahu, dan soalan ini sudah tentu ramai yang akan menjawab dengan bermacam versi samaada dengan cara konservatif, moden atau sebagainya, tapi ingat! segalanya perlu kembali kepada dua sumber utama iaitu AL-Quran dan Hadis. Tidak kira Dajjal Laknatullah ini sebenarnya manusia, sistem atau sebuah negara (seperti selalu yang didebatkan), prinsipnya tetap satu, menjadikan manusia sesat dan lari dari tujuan asal manusia diciptakan. SkY pernah berbincang dengan seorang rakan yang SkY, dan hasilnya..kami menjumpai satu konlusi yang sama. Konlusi apa? SkY akan selitkan dengan korang di entri ini =_=.
"Bijaksana/Berpengaruh Tapi Digunakan"
Dajjal mempunyai ramai pengikut "ELIT" yang membantunya!Hamba suruhan Dajjal adalah ORANG - ORANG YANG BERKEDUDUKAN TINGGI DAN BIJAKSANA malah mempunyai pengaruh yang sangat dasyat (tidak kira samaada mereka sedar atau tidak yang mereka hanya dimanipulasikan!) Untuk apa?? Supaya mudah SI Dajjal ini menyebarkan propaganda, serta dakyah palsunya di serata ceruk dunia hingga merosakkan segala isinya, untuk menyambut kedatangan si DAJJAL KEJI ni! adakah orang - orang suruhan Dajjal Laknatullah ini seorang mat ganja yang sedang lalok? atau hanya orang - orang miskin yang merempat? (Maaf, ini tidak menghina tapi ini adalah fakta!) tidak sama sekali. Tiada siapa yang akan tertarik jika barisan hadapan dajjal ibarat "striker' ini hanyalah seorang mat gian~ betul atau tidak?? tapi jika yang datang adalah seorang Idola??? Fikirkan..Ya..mereka ini genius! cukup pandai, dengan bermacam gelaran, tapi adakah ia cukup? tidak cukup jika hanya akal sahaja digunakan, tapi JIWA penuh telur ayam..toink! toink! bergolek kosong dijentik sang DAJJAL! Berapa ramai kita lihak si genius berubah menjadi "badut"? Jiwa dan rohani yang mantap (adalah senjata penting untuk membaca muslihat dan mematahkan propaganda DAJJAL! Sama - sama kita meningkatkan iman kita kerana iman manusia sentiasa turun naik..insyaALLAH..
'Trendy'
Dengan Imej yang segak, bergaya profesional atau orang bertaraf tinggi, dengan mudah DAJJAL mencipta satu "trendsitter" yang menjadi ikutan golongan muda mudi diakhir zaman, Kriteria penting ini amat berguna supaya mudah mereka menjual imej mereka dan membuatkan orang awam mengikuti mereka tanpa sedar! Selagi trend "masyarakat menyanjung kecantikan" ini diamalkan, selagi itu DAJJAL akan setia dengan cara ini. Dan tidak mustahil jika, masyarakat akhir zaman nanti menyukai yang hodoh atau pelik, Dajjal dengan senang hati juga akan mengubah terendsitternya! Faham kan? Ingat juga, trendy ini bukan bermaksud dari segi imej atau fesyen semata - mata, malah dari segi ideologi seperti komunisme,fasisme, liberalisme dan lain - lain. kenapa? jika dulu, Paganisme atau animinisme (menyembah alam semulajadi) menjadi "trendsitter" atau mendominasi masyarakat dunia, maka ahli - ahli sihir atau mistik lah yang dianggap bijak pandai dan mereka lah yang menjadi golongan elit (Contohnya dizaman nabi musa), kini, di dunia serba moden tapi hancur ni, pelbagai "isme" dicipta oleh DAJJAL untuk dipakai oleh masyarakat..Semua boleh asalkan bukan memilih Islam, kerana Islam tidak termasuk dalam carta "top 100" billaboard Dajjal Laknatullah!. Jadi kita perlu berhati - hati dengan sikap"trendy" si dajjal ini!.
"Liberal"
Apakah maksud Liberal? Erti kata mudahnya adalah "tidak terlampau mengikut prinsip anda dan sederhanakan prinsip anda!" Ini adalah falsafah utama SANG DAJJAL secara umummnya. Nah! contoh mudah adalah, jika seorang yang Islam, akan terkeluar ayat - ayat begini, "jangan lah semua benda atau isu hendak di "islamkan". "Relax beb! zaman sekarang mana sesuai nak pakai semua hukum islam ni, tak perlu kita paksa". Pernah dengar tentang ini? banyak bukan? Jadi, apa fungsi ISLAM sebagai AD- DIN seluruhnya..sebagai agama saja kah di IC? atau panduan hidup seluruhnya? dalam ISLAM ada jinayah, sosial, ekonomi dan lengkap seluruhnya, kat mana nak buang? nak pakai hanya ibadah dan akidah sahaja?? Jadi ayat -ayat al-quran yang dibaca tuh salah lah? Islam mengikut zaman tidak boleh diamalkan...malah zaman itu sendiri kena menurut ISLAM!..Jika berkaitan paksa memaksa, maka jika dulu, ibu bapa kita tidak memaksa kita untuk solat, adakah ramai hari ni yang solat?? ingat, kadang - kadang dari paksaaan, lama kelamaan timbullah rasa ikhlas itu! Dulunya, orang Islam yang tidak memenuhi kriteria dajjal ini dicop "fundementalist" sekarang? ya..kita dah tak larat dengar perkataan ni "terrorist!" Siapa menyerang siapa? siapa pula dituduh terrorist...INILAH JAWAPAN BAGAIMANA SEORANG ISLAM MENJADI HAMBA PENCACAI DAJAL LAKNATULLAH. Fikir - fikirkan...
Didalam kerancakan dunia serba moden ini, dan kerakusan kita mengejar dunia dan cita- cita, jangan lah kita lupa, ada makhluk ALLAH lain yang sedang mengintai dan mencari peluang mempergunakan kita. Bersiap sedialah menghadapinya dengan ilmu dunia dan agama kerana sememangnya ia akan muncul. Sememangnya manusia masa kini sering keliru dengan pelbagai masalah yang melanda sekarang tapi ingatlah ALquran dan Hadis tidak pernah keliru dengan semua ini :-). Siapa yang benar? Siapa yang salah? rujuklah AlQuran dan bacalah..Bacalah dengan nama ALLAH yang menciptakan diri kita dari setitis air mani yang hina (tiba - tiba menjadi penentang pulak?) Jangan buang salah satu! Ambillah keduanya dan ia adalah satu kombinasi yang paling berkuasa! Jangan asyik bertanya perkara yang remeh temeh seperti "Al - Quran tak sebut pun?" atau "ada ke nabi cakap (sejibik) macam tu?". Fikirkanlah jika ayat- ayat Al-Quran yang sifatnya mudah dan berulang - ulang pun, Rasulullullah sudah dianggap gila oleh orang Arab Jahiliyyah, Inikan pula hendak menceritakan tentang globalisasi,djjal, yakjuj makjuj dan masalah sains secara terang - terang!.Setanding dengan ilmu masyarakat diwaktu itu, maka lebih mudah mereka menerima Islam. Jadi, ilmu yang tersirat lebih sukar difahami dengan ayat Al-Quran yang kita ketahui begitu berkias dan indah..Ini sudah dibuktikan pada masa kini bukan?
Jadi, SkY tegaskan, SkY menulis bukan bermaksud menakutkan atau cuba menimbulkan perasaan "fear", iaitu takut yang tidak semena -mena seakan mencegah kita dari terus berusaha untuk maju! Bukan! cuma ambil ia sebagai info, fikirkan dan kaji kembali. Untuk apa? Untuk menguatkan jati diri dan iman kita sendiri tanpa perlu takut akan sesuatu kecuali ALLAH! kerana tanpa izinNYA, segala peristiwa tidak akan berlaku! Sebagai contoh entri RAHSIA SEJARAH MELAYU ini..Mari sama - sama kita meningkatkan amal, dan mencari ilmu, seimbangkan dunia dan akhirat..kerana sememangnya manusia mudah lupa..begitu juga dengan yang menulis ni! bersama kita ingatkan satu sama lain..dan kita tidak rugi sedikitpun..dalam mencari kejayaan dunia, jangan dilupakan kejayaan yang lebih besar di akhirat sana....Jadi sudah tahu ciri pengikut dajjal? atau ada yang SkY tertinggal? Beritahulah ye..=_=..Salam Sayang Dari Tuan Pondok...
Great minds discus idea
Middle minds discuss events
AND SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.
Mengenai Penulis Entri Ini :
Mr.TN_SkY juga penulis untuk blog Story PondOk KeciL. Anda boleh mengikuti beliau di
sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil
penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label TNSkY. Entry
terbaru di blog beliau ketika ini ialah HANTU DAN DIMANA RELEVANNYA TERHADAP KITA??.
Mr.TN_SkY juga penulis untuk blog Story PondOk KeciL. Anda boleh mengikuti beliau di
sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil
penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label TNSkY. Entry
terbaru di blog beliau ketika ini ialah HANTU DAN DIMANA RELEVANNYA TERHADAP KITA??.
No comments:
Post a Comment