Baru-baru ni P1 ada keluarkan advertisement to promote P14G. The tagline is: "WHAT WOULD A DAY WITHOUT INTERNET BE? I CANNOT IMAGINE.. "
Ada satu statement dalam promosi tersebut yang berjaya menarik perhatian aku, iaitu:-
At this point, I don't know which I'd choose: a day without water or a day without electricity.
Jadi apa yang lebih penting? Air atau elektrik?
Aku pernah mengalami kedua-dua keadaan.
Kalau dekat kolej air selalu jadi issue. Pernah sekali tu, sampai dua minggu tak ada air. Tiap-tiap hari seberang jalan dekat dengan blok lelaki, lalu depan bus stop, cross cafe semata-mata untuk mandi/pergi toilet dekat bangunan pentadbiran. Jauh tu satu hal, MALU ok nak lalu depan orang ramai dengan tak mandi lagi. Sabar je lah.
Paling parah bila dekat bangunan pentadbiran pun tak ada air. Terpaksa menumpang kolej member. Masa tu memang sakit sangat nak hidup. Memang lah kawan tapi macam tak best sebab susah lah barang-barang semua kat bilik. Nak buat apa-apa tak bebas sebab bilik orang.
Bandingkan pula keadaan seminggu tanpa elektrik. Situasi ini berlaku masa cuti semester yang lepas-lepas. Satu kawasan, tiga taman perumahan affected bila ada problem dengan pencawang elektrik. Lampu trafik tak function, bank dan kilang tak beroperasi, post office tutup, internet connection langsung tak ada unless kau ada broadband. Itupun bila battery laptop dead kau boleh buang broadband dalam lombong.
Nasib baik ada kereta; boleh lah pergi nearby places yang ada elektrik. Tak ada lah sampai tak boleh bergerak langsung.
Masa tu, aku ada persoalan yang sama macam statement dalam iklan P1. Mana yang lebih teruk? Hidup tanpa air atau hidup tanpa elektrik.
Tak ada air - nak mandi susah, nak pergi toilet susah, nak minum susah.
Tak ada elektrik - gelap boleh pasang lilin. Memang terpaksa menyesuaikan diri tanpa internet, SMS semua susah sebab nak preserve battery handphone. Tidur dalam kepanasan. But at least it makes me move a lot jugalah masa tu. Tak ada lah terperap dalam bilik depan laptop 24/7. Buat aktiviti kat luar semua, pergi jalan-jalan kat bandar. Aku rasa relax bila tak dibelenggu gadgets.
Masa tu baru aku realize yang aku boleh hidup tanpa internet hahahaha
Konkusi? Aku rela hidup tanpa electricity daripada hidup tanpa air. How about you?
Mengenai Penulis Entri Ini :
nn juga pemilik blog Bending Backwards., nn spends! dan nn sells!. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nn. Entri terbaru di blog beliau ketika ini ialah Stumbling Over The Truth
nn juga pemilik blog Bending Backwards., nn spends! dan nn sells!. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nn. Entri terbaru di blog beliau ketika ini ialah Stumbling Over The Truth
2 comments:
kalau aku...
lebih pentingkan elektrik drpd air...
coz elektrik lebih bnyk kegunaannya...
kalau air...
untuk mandi...berhadas...
dan minuman...
dimana...bukan selalu diperlukan...
lgpun, kalau kat tpt sendiri takde air...
bleh dptkan kat tpt lain...
lainlah kalau elektrik...
bukannye bleh simpan dlm bekas container...hehe...
ps: kalau isu xde air tue bunyi macam kat matrix labuan jer...
blaja kat situ ker dulu...
betul jugak. tapi entahlah, still rasa terseksa takde air.
ps: eh taklah.
ni isu dekat current kolej. dulu form 6 je :D
Post a Comment