Thursday, May 12

Entri Picisan

aku kembali. maaf sebab lama tak dapat post entri di sini. banyak kekangan kebelakangan ni. hehe.. ok lah aku nak cerita pasal............. Blog Berentri Picisan.
Mode: mengkritik

kosa kata pilihan:
Picisan-rendah harga, tiada mutu (Kamus Dewan Edisi Keempat.)

skop: blog peribadi,blog emosi...

isu:
blog emosi dan kisah peribadi adalah blog picisan semata-mata. langsung tiada input dan tidak mampu mencapahkan minda pembaca. ( suka perkataan "mencapah" tu.. hehe)


kata aku:
terpulang lah dari pembaca.. tapi sebaiknya jangan la nak label blog orang macam tu.. hak peribadi dia lah nak menulis.. selagi entri dia tidak menyentuh apa-apa perkara yang membolehkan dia didakwa dibawah ISA atau akta hasutan biarkan la dia menulis dengan aman nya. huhu... bukan nya dia paksa kita baca pun.. kalau kita terbuka pun cepat-cepat la klik butang merah X kat sudut kanan atas tetingkap browser aku.. (tetingkap?? wow bm nya aku guna....)

blog wujud sebab ada nya kebebasan menulis, jadi jangan la kita pengguna blog ni tiba-tiba mau menghadkan pula dan tiba-tiba mau bagi piawai pula untuk menulis,  semua kita mau menulis.. walaupun tak semua mempunyai kemahiran dan juga idea... jadi blog la saluran terbaikkan.. kalau orang tu menulis dengan kualiti baik dia tulis untuk majalah ka... paper ka.. dapat juga duit.. hehe...

p/s: aku pun tulis jua entri-entri emosi ni.. huhuhu



Mengenai Penulis Entri Ini :
Zulkifly juga penulis untuk blog Dariku Zulkifly. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zulkifly. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Provokasi????

2 comments:

kusut said...

hahah. suka la penulisan camni. padu and straight to the point. terhibur aku. thanks

aku rase perangai letak label2 ni agak natural la. manusia la katakan. bile dah terlalu ramai blogger, mcm2 jenis blogger la akan muncul.

Zulkifly Omar said...

hehe thx... yup macam2 ragam blogger skang..