Hi semua. Salam sejahtera. Wa **bukan nama sebenar** merupakan cara wa membahasakan diri wa. Wa baru pertama kali menjejakkan kaki di blog 100penulis. Entry kali ni -May sememangnya bukan bulan yang janggal untuk dikaitkan dengan Hari Ibu. Tetapi sejauh mana kita benar ikhlas dalam meraikan ibu kita?
Pada pendapat peribadi wa, sambutan Hari Ibu tidaklah seharusnya diraikan pada hari tertentu yang telah ditetapkan. Ianya haruslah berterusan sepanjang masa dan berbagai cara boleh dilakukan untuk menunjukkan kepada ibu kita betapa bersyukurnya kita dengan adanya mereka di sisi kita.
Wa sendiri mengakui pada zaman yang serba canggih ni, wa sendiri jarang meluangkan masa bersama ibu wa. Wa pergi kerja awal, balik kerja lambat. Bila wa balik kerja, sampai rumah dah pukul 9pm. Makan malam, on laptop check Facebook, blog dan bisnes online wa. Rutin yang sama dari Isnin - Jumaat. Sabtu dan ahad pula, wa ada agenda tersendiri bersama kawan-kawan wa di luar rumah.
Tapi itu dulu. Di suatu saat, wa tersedar. Wa mengabaikan perasaan ibu wa yang setiap hari bangun awal menyediakan sarapan pagi sebelum wa turun kerja, yang risaukan wa balik lambat dari tempat kerja, yang kesunyian bila sabtu, ahad wa tiada di rumah menemani ibu wa. Semua itu berlaku tanpa wa sedari.
Mujurlah wa tersedar awal. Kini, wa bataskan masa wa untuk online. Wa pastikan wa berada di rumah sekurang-kurangnya sehari apabila hujung minggu tiba. Wa cuba balik awal dari tempat kerja. Wa ucap terima kasih pada ibu wa setiap kali ibu wa buat sarapan pagi untuk wa dan wa cuba luangkan masa bersama ibu wa walau cuma sekejap saja.
Anda bagaimana?

Mengenai Penulis Entri Ini :
Jue Stan juga penulis untuk blog Let The Blog Do The Talking, Aight!. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Jue Stan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Ikhlas Ke.
3 comments:
bagi aku plak...
bekerja dalam unit protokol...
memang tidak mengira masa dan waktu...
termasuklah hujung minggu...
so, di kesempatan yang ada...
aku lebih suka duduk kat rumah...
waktu petang...makan goreng pisang
dgn adik2 dan jgak parent aku...
dan sebulan sekali...
kebiasaanya aku akan ajak dorang makan kat luar...
ibu me dah takdok tahun lepas.. uhuhu
syaftome - auwww goreng pisang! reminds me those old days! time flies kan..psst: jgn lupa selit tgk korean drama as well hihi
fotolumayan - sorry to hear that. May her soul rest in peace & slalu lah berdoa buat ibu yg tercinta wp dia sudah tiada lg di depan kita tp di hati msh ada kan =)
Post a Comment