Assalamualaikum.
Rasanya dah berkali-kali aku mengeluarkan entri tentang sahabat. Dan aku tak pernah jemu. Kali ini aku cukup rindukan seorang sahabat yang sentiasa membuat aku gembira. Cukup aku gelarkan nya sebagai Mr. H. Aku mengenalinya sejak aku memasuki Tingkatan 1 disebuah sekolah. Hubungan persahabatan kami bertambah rapat apabila kami memasuki tingkatan 3. Apa sahaja kami kongsi bersama-sama. Malah, dia selalu juga lepak kat rumah aku. Walaupun dia seorang “playboy” kat sekolah..aku tak kisah,yang penting aku selesa berkawan dengannya. Kadang-kadang aku juga menjadi orang tengah mengatur date dan memujuk awek dia. Sungguh,aku amat gembira berkawan dengannya. Dia buat aku lupa tentang segala masalah. Ketawa dan ketawa..Malah, aku dapat berkongsi apa sahaja dengannya. Pernah sekali, aweknya menyuruh aku memujuk dia untuk berjumpa,menyelesaikan masalah mereka. Aku pergi ke rumah si H dengan aweknya. Pada masa itu, pertama kali dalam persahabatan kami, aku melihat dia benar-benar marah. Tetapi tidak pula dia memarahi aku…aweknya yang menjadi mangsa..aku betul-betul rasa bersalah. Walauapapun, hubungan kami bertambah rapat semasa kami berada ditingkatan 5. Kehadiran aku sebagai sahabat disisi H banyak menimbulkan salah faham terhadap awek-awek yang meminatinya. Kadang-kadang aku terasa hati gak. Tetapi H tetap mahu berkawan dengan aku. Family aku juga sudah menganggap dia sebahagian daripada keluarga kami. Sebelum menerima keputusan SPM,aku telah bekerja disebuah kilang di Bandar. Pertama kali juga aku jauh daripada family dan H. ketika aku mendapat gaji yang pertama, H meminta aku membelikannya seutas jam tangan yang berharga RM10 sahaja sempena harijadinya. Dia terus-terusan berkeras mahukan jam yang berharga RM10. Sedangkan dia tahu aku mampu membeli harga yang lebih daripada itu. Aku bingung. Tetapi aku tetap tunaikan permintaannya. Hingga saat ini,aku masih teringat wajahnya menerima jam tersebut. Senyumannya melebar.
Selepas mendapat keputusan SPM, aku dan dia mengikut haluan masing-masing. Tetapi hubungan kami tetap erat. Aku ingat lagi…apabila tibanya cuti semester, H pasti datang ke rumah aku. Aku juga tak lupa..aku sentiasa meminta pandangannya tentang perhubungan cintaku dengan sidia. H juga sama…apa sahaja yang berlaku perhubungan cintanya,aku menjadi tempat dia meluahkan rasa. Tetapi mungkin aku tak bernasib baik dalam percintaan..aku sering dikecewakan. H berjanji padaku untuk mencarikan aku seorang lelaki yang untuk aku. Tetapi itu dulu…Lama-kelamaan..entah dimana silapnya..hubungan persahabatan kami semakin renggang. Dia tidak lagi kerumahku. Setiap kali Hari Raya, aku tetap menunggunya seperti Hari Raya enam tahun lalu. Tetapi dia tetap tidak muncul. Panggilan dan SMS aku tidak lagi dia jawab. Pernah aku mengujinya dengan menggunakan no.lain tetapi sebaik sahaja mendengar suara aku,H terus menamatkan panggilan. Apa salah aku?? Aku pernah berusaha ke tempat pengajian H untuk berjumpa dengannya tetapi hampa. Akhirnya aku tahu..ada khabar mengatakan aku memburuk-burukkan H dibelakangnya. Ya Allah…sungguh besar fitnah itu..sehingga kini,walaupun aku sudah berusaha macam-macam untuk mengembalikan H yang dulu..tetapi masih tidak berhasil. Dia langsung tidak mempedulikan aku. Dan sekarang aku sedar, bahawa persahabatan kami dulu hanya cebisan kenangan. Mungkin aku yang terlalu menganggap dia sahabat sejatiku tetapi tidak bagi H. Mungkin juga alam dewasa ini telah menjarakkan segala kemesraan persahabatan kami. Aku pasrah walau pada masa yang sama aku masih mengharapkan H hadir dalam hidupku lagi sebagai sahabat yang pernah aku sayangi. Amat sayang. Moral of the value..jangan terlalu rapat dengan kawan lelaki kerana disebalik persahabatan kita yang ikhlas itu, ada sesetengah insan lain mencemburuinya lantas menjadi duri dalam persahabatan tersebut..berhati-hatilah…
Mengenai Penulis Entri Ini :
GadisMerahJambu juga penulis untuk blog Ceritera Gadis Merah Jambu. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Gadis Merah Jambu. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kisah Aku,Dia dan Impian (Part 11).
GadisMerahJambu juga penulis untuk blog Ceritera Gadis Merah Jambu. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Gadis Merah Jambu. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kisah Aku,Dia dan Impian (Part 11).
No comments:
Post a Comment