Thursday, May 19

Sebuah Catatan yang Huru Hara

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Lama jugak aku terbabas tulis entri. Bukan sahaja rakan-rakan yang nak baling aku dengan kasut, tapi Bapak Admin yang katanya “sentiasa hensem” itupun rasa macam nak baling kulit durian je kat aku kan? Betul tak? Baik Bapak Admin yang sentiasa hensem itu buat pengakuan hu hu hu

Kalau kalian baca entri kat blog aku, mesti perasan tentang sesuatu. Perasan tak? Mana nak perasannya kalau kalian tak pernah pi baca hu hu hu …aku tahulah aku bukannya blogger popular seantario alam yang boleh ber alasan yang kukuh untuk kalian serbu blog aku. Tapi…mana tahu kan, kot-kot adalah jugak peminat misteri yang terjatuh cinta dengan ayat-ayat POWERRR dalam blog aku tu, dok rindu dendam sakit mental dan gila bayang sesorang kat blog aku ha ha ha ayat tak boleh blah! Eh…mana tahu kan…kot ler ada peminat misteri yang “tak mampu untuk teruskan kehidupan di alam maya ini” kalau tak baca blog aku hu hu hu



Opsssss! Merapulah pulak kan…kalau kalian perasan, semenjak dua menjak ni, blog aku dah lain macam. Dah nampak macam jiwang karat. Tulis pasal harga gula naikpun dalam bentuk puisi. Perasan tak? Tahu tak kenapa?

Sebab utamanya, aku nak jimatkan masa menulis. Nak pendekkan entri. Kalau aku tulis ayat yang penuh, macam nilah rupanya…merapu meraban entah apa-apa pakai taip sahaja ikut syok sendiri dan perasan popular. Jadi, untuk pendekkan entri, untuk jimatkan masa…untuk tak merapu meraban tak tentu hala…maka dengan itu akupun tulislah dalam bentuk puisi. Tulislah seringkas yang mungkin. Tulislah guna beberapa patah perkataan sahaja.

jadinya, aku sangat berharaplah selepas ini, aku juga akan post entri di sini dalam bentuk puisi yang tidak lagi meleret-leret, taip merapu meraban semua perkataan yang ada di muka bumi inipun aku nak tulis. harap-harapnya entri berkenaan akan jadi kontot, kementot dan pendek. dan akhirnya, aku sangat berharap, aku mampu tulis setiap minggu kat sini tanpa tertak ingat, terlepas, terlupa ataupun terpanjang ayat sebab perlu ambil masa yang lama untuk merapu meraban macam ayat-ayat yang ada dalam entri ini. Errr…ketahuilah, saat ini aku sebenarnya menulis tanpa arah tuju dan mengharapkan entri ini akan pendek dan kontot sahaja. malangnya, ia tetap jadi panjang juga kerana kegagalan aku untuk menekan butang titik.

Sebenarnya, entri kali ini aku dah tulis satu puisi, namun…disebabkan entri ini akan jadi teramat panjang kalau aku masih nak letak puisi berkenaan, maka dengan ini aku mengistiharkan bahawa puisi berkenaan aku akan post untuk entri pada minggu hadapan. Kebetulan pada masa tersebut aku akan balik kampung dan bersenang lenang dengan bonda tercinta sambil menghirup udara segar dalam kebun getah.

Sebelum kalian muntah baca catatan huru hara tanpa arah tuju ni, baik aku berhenti dahulu agar kecederaan mental yang kalian akan alami berada pada tahap paling minima. Jommmm balik kampung ;)


Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Cik Epal ke Hanis Zalikha Lebih Popular? .

2 comments:

zahidah dihaz said...

selamat balik kampung....


New Entry: Sibuk

anyss said...

Zahidah: Dah nak balik kampung semula dahhhhh hu huhu hu selamat hari raya ;)