Friday, May 27

selamat bercuti dan berkahwin


wah...sedar tak sedar, kalu tgk kalendar betul2, ari ni merupakan ari last sekolah bagi penggal 1 tahun 2011...mak suka nyah...yang mak tak suka satu je, mak nak kena tanda kerta jawapan budak2, sebab minggu ni minggu exam, habis sume budak2 pakat duk tembak sana tembak sini, pendek kata, habis peluru yang dijual kat kedai tu nyah, depa sume pakat beli...

so, nak le amek kesempatan ni nak ucap selamat bercuti kepada semua guru dan bebudak sekolah yang lain, best la korang kan, cuti 2 minggu tu...ai...cuti2 jugak tau, buku tu nnti jangan dibiar sampai berabuk, kang nnti bukak sekolah, mula ah, otak tu berkarat ijo, payah nak start belajar balik...

ha...lagi satu, aku nak tanya...bape banyak kad jemputan kawin yang korang dapat? cuba tambah ngan bape banyak jemputan dari mulut ke mulut plak? nak tau bape banyak jemputan yang aku dapat? hmmm....psss...orang sebelah, pinjam tangan dua belah, pastu tiru mcm aku buat ni...

ni tangan aku dua belah, campur tangan orang sebelah aku ni plak dua belah, ha...tambahla sendiri bape banyak majlis nak kena terjah...adoila...cuti sekolah adalah dlm 14 hari, tp kenduri? berpuloh2....mati mak nak menerjah kekgi....dlm ati, bila la plak mak nak kena terjah oleh korang sume plak ni...eh...jangan melalut...

papehal, aku nak ler jadi orang pertama yang wish selamat bercuti sekolah dan selamat ari gawai pada mereka yang merayakannya, dan selamat pengantin baru buat bakal2 pengantin yang bakal mengadakan majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah ni, aku doakan kalian bahagia hingga ke akhir hayat...

notakaki : balik kampung!!!!hoyehhhhh!!!



Mengenai Penulis Entri Ini :
therosputih juga penulis untuk blog therosputih. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label therosputih. Selamat berkenalan dan selamat mengomen entry ini.=)

No comments: