Hidup bukan lah sesuatu yang mudah. Hidup di dunia fantasi pun menggambarkan betapa peritnya perjalanan hidup yang perlu kita lalui untuk sampai ke plot happily ever after tu. Bagaimana susahnya Frodo nak bawa naik the one ring pergi gunung dekat Mordor tu, macam tu lah jugak atau lagi susah perjalanan hidup kita. (Analogi Lord of The Rings, kes Obses dengan LOTR)
Dan bila kita mula memerhati individu di sekeliling kita, yang kurang bernasib baik daripada kita; yang tak punya masa untuk online ber-facebook ber-twitter ber-karya di blog dan ber-you tube, yang tak punya pilihan untuk makan apa, minum apa, yang tak punya kemudahan berjumpa doktor apabila sakit. Barulah rasa betapa harusnya kita bersyukur, walaupun kadang kala kita rasa apa yang kita punya pun tak pernah nak cukup.
Teringat perbualan dengan senior masa program ni, apabila mula bersembang kenapa sampai pakcik makcik ni sanggup tolak tolak gaduh gaduh depan klinik sementara yang dibuat untuk mereka tatkala masa yang diperuntukkan sudah nak habis. Mereka memang tak punya duit untuk berjumpa doktor, dengan bayaran LE40 hanya untuk consultation, belum dikira ubat dan sebagainya. Jadi, apabila punya sebarang masalah kesihatan, mereka abaikan. Sampaikan ada pak cik tu punya para umbilical hernia besar tahap apa dah memang perlu sangat sugery, dia boleh buat tak tahu.
Maka, dalam apa juga bidang yang kita berada sekarang ni. Marilah kita hulurkan bantuan sedaya jiwa dan raga kepada mereka yang memerlukan. Kita mulakan dengan satu langkah kecil, demi kesejahteraan kita bersama. InsyaAllah, sekecil-kecil perbuatan baik kita tu, ada ganjarannya di sisi Allah SWT.
Mengenai Penulis Entri Ini :
Koshary juga penulis untuk blog Livingkoshary. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Koshary. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "i rather jump and fall, than never jump at all".
No comments:
Post a Comment