Tuesday, May 31

Terima Kasih PAK HAJI!





Assalamualaikum semua. Rindunya nak menaip di sini lagi seperti dulu-dulu. Eh, nampak macam dah lama sangat tinggalkan 100penulis nie kan. Bukan apa kawan-kawan semua, musim exam melanda. Memang kekeringan idea ditambah dengan kekurangan masa. Kombinasi terbaik yang tiada tolok bandingannya. Terasa pula satu kehilangan dan kekurangan apabila rutin setiap selasa untuk post entri hilang dek kerana tiada berkesempatan. Alhamdulillah, aku dipanjangkan usia untuk terus menulis lagi hari ini. Harapnya, aku ada peminat yang menanti tulisan aku ini. :)

Macam biasa, habis exam, pastinya bercuti lah sekarang nie. Best tak cuti korang rasa? Giler tak best kalau dah sebulan berhempas-pulas memerah otak nak goreng time jawab exam. Macam korang tak biasa goreng sampai garing kan. Takut hangus jer paper tue. Hahaha.

Tapi, sebelum aku ceria untuk menempuh cuti yang tersangat panjang ni, aku dikejutkan dengan dentuman yang sangat tak best dan meragut fokus aku seluruh hari tersebut. Korang bayangkan lah sadis tak sadis aku rasa bila aku pulun habis-habis untuk paper last aku (operation management). Mana taknyer, aku orang ke-2 terendah carry mark. Kecewa sungguh aku rasa bila tengok markah aku sedangkan aku suka sangat kot subjek tue. Paling sedihnya, bila hari aku nak ambil paper tue, (petang), pagi tue hostel tempat kami menginap dikejutkan dengan dentuman yang sangat kuat pada jam 7 pagi. Bommmm!!

Dengan tak semena-mena, aku pun menarik toto untuk menutup telinga aku untuk terus tidur. Bukan apa, malam tue, aku berjaga sehingga 5pagi untuk study. Then, aku bangun subuh pun sampai nak terlanggar dinding disebabkan mata tak mampu dibuka. Baru nak terlelap, bunyi tue pula mengganggu-gugat keharmonian.

Yang membuatkan jantung aku nak terjatuh bila tiba-tiba roomate aku kejutkan aku dalam pukul 720pagi. Dia cakap, "Awak jangan terkejut tau. Kereta awak kena langgar." Argh.. Aku terkejut dan terus bangun basuh muka bagai, bersiap turun ke parking. Pergh, sangat best aku rasa bila kereta yang diparking dengan cantik itu dilanggar tanpa segan silu. Dah tak cukup ke kereta yang bergerak kat jalan raya tue yang nak dilanggar sampaikan kereta tak bergerak nie pun nak dijadikan mangsa? Rupa-rupanya, bunyi dentuman pagi itu melibatkan perlanggaran kereta aku.

Aku pun call owner kereta yang melanggar tue. Memula aku okay lagi. Yang buat aku jadi tak okay bila PAK HAJI tue datang kat aku tanpa minta maaf. Tue yang pertama lah. Tak apa lagi sebab orang tua kan, lupa agaknya. Aku maafkan lah. Then, bila aku cakap ajak runding settle luar, dia cakap nak pergi balai. Aku cakap lah tak sempat sebab aku ada exam petang tue. Dia cakap RM20 boleh?? PAK HAJI, naik basikal pun belum tentu lepas RM20 tau. Aku sabar lagi, sampai aku cakap tak boleh lah macam nie. Dan panjang lebarlah cakap. Last, aku call ayah aku. Dan, inilah kata-kata ayah aku yang dia suruh aku cakap kat PAK HAJI itu yang menjadikan dialah superhero tiada tolok bandingnya di hati aku, "Tak apalah PAK HAJI. Terima kasih sajalah sebab melanggar kereta saya ye. Lain kali langgarlah lagi." Dengan tak semena-mena, berubah air muka PAK HAJI tue dan barulah terkeluar keramat dari mulut dia, "Janganlah macam tue, saya minta maaf!". At last, maaf tue terkeluar juga.

Hari nie, aku baru jer lepas pasang plat kereta baru. Plat kereta, yes RM20. Tapi, bukan yang tue sahaja nak ditanggung yer PAK HAJI. Tak payah lah nak tau berapa kosnya, tapi yang paling buat aku terkilan, bila orang yang berusia, dengan gelaran tersebut, buat aku jadi tak mahu berurusan dengannya sampai bila-bila. Kalaulah terjadi pada anak dia, pasti dia tau apa rasanya. Dan paling aku takkan boleh lupa bila aku HILANG FOKUS dan TENAGA untuk exam hari tue ditambah dengan MUNTAH-MUNTAH sebelum paper bermula kerana pening kepala yang teramat. Memang TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK PAK HAJI. LAIN KALI BUAT LAGI.


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Bila Ditipu dan Ditipu.

3 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Sukerrrr ayat tu..."lain kali sila langgar lagi" hu hu hu

tapi pak aji tu memang kebal sungguh. Kalau saya ayat dia lain sikit je "terima kasih je lah pak aji. Tak bayar sekarang pun tak apa...nanti saya buka kaunter pembayaran kat padang mahsyar. bayar kat sana pun tak pa" hu hu hu

ieza ashaari said...

waalaikumsalam..
pergh, ayat tue mmg ada terfikir juga. tapi, takut dia sakit jantung pula.. hahaha..

Ceiler Mun said...

alahai.. kesiannya kat awak.. memang dugaan sungguh... tak pe.. sabar ea :)