Perkahwinan merupakan tuntutan agama. Perkahwinan juga bertujuan untuk memelihara maruah dan kehormatan diri. Walau bagaimanapun soal perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia perlukan tanggungjawab serta komitmen dari kedua belah pihak. Kepercayaan, keikhlasan, kejujuran dan mungkin banyak lagi kalau nak disenaraikan. Point di bawah semuanya di ambil dari Kuliah online Ustaz Erfino. Semoga bermanfaat. InshaAllah.
1. Untuk mendapatkan keturunan, anak-anak, zuriat yang mampu memberikan sinar kepada kehidupan kita.
2. Naluri fitrah manusia sendiri inginkan kepuasan diri untuk jasad, zahirnya dan juga batinnya (surah ar-ruum 21) Allah kurniakan kasih sayang dan cinta, Allah kurniakan kamu rasa belas kasihan antara kamu, untuk mereka yang mampu, bila berfikir soal kahwin, kita kenalah bersedia untuk berbincang dan membawa kepada meja rundingan. Jangan sesekali mengeluh "Kalau ada jodoh nanti saya kahwin" "kalau ada jodoh tak kemana" "Saya pun belum fikir tentang perkara macam ni". Mendapat jodoh yang baik adalah rezeki, kita kena berusaha untuk mendapatkannya. "Saya belum cari, kalau ada orang nak saya terima la". "Lelaki yang baik untuk wanita yang baik" ayat ini bukan untuk menjatuhkan smenagat kepada orang yang tak "up" tapi untuk menunjukkan rezeki perkahwinan . Untuk mendapatkan rezeki 'jodoh', kita kena ada masa dan target. Hendaklah sentiasa berazam untuk mendapatkan yang terbaik, "Aku layak untuk mendapat jodoh yang baik".
3. Agar perkahwinan menjadi ruang untuk mendapat kesempurnaan insan. 'penunaian tanggungjawab', 'isi dengan keadilan' 'sifat ihsan serta rahmah' ihsan means enjoy what you're doing.
4. Memiliki pasangan dalam kehidupan merupakan cara yang terbaik untuk menjadikan mereka terbaik pada pandangan Allah s.w.t. kita tidak mampu untuk menegakkan islam seorangan, kita perlu ada "engagement" dengan jemaah. Persoalan hubung kait lelaki dan wanita , mereka wanita-wanita atau isteri isteri merupakan pakaian untuk kamu, serta saling menyucikan antara satu sama lain. Jadi kita kena sentiasa yakin untuk mengucapkan "Ya, aku layak untuk berkahwin"
p/s: Off to London tomorrow for my coursemates' akad. I pray that Allah will bless them both with a blissful life ahead. Congratulations for your wedding! =)
Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "Theory about divorce #menfromtheboys".
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "Theory about divorce #menfromtheboys".
No comments:
Post a Comment