Wednesday, June 15

kekuatan, marilah!



kadang-kadang kita tidak pernah tahu kekuatan yang ada dalam diri kita sendiri. umpama bakat. apabila wujudnya tekanan positif, barulah kita sedar akan bakat yang kita miliki. namun, kekuatan dalam diri kita sememangnya ada pada semua. tidak seperti bakat yang hanya dikurniakan pada insan-insan terpilih sahaja. indah bukan kekuatan itu?


jadi, hari ini marilah kita memulakan hari di garisan yang baru. chewaah.. tetiba jer nak mulakan dari garisan baru. ya, jika kita kehilangan semangat atau merasakan bahawa hilang tempat untuk bersandar, jangan alpa. jangan merasakan bahawa kamu sendiri. pendek kata, jangan fikirkan bahawa dunia ini hanya berkaitan tentang kamu sahaja!

lapangkan dada, pandanglah ke hadapan. ada sinar yang seiring dengan perjalanan hidup kita. hanya mahu atau tidak sahaja untuk kita menyusurinya bersama. ^_^

sekian, terima kasih!

tinta jemari :)) pagi-pagi dah membebel kan?



Mengenai Penulis Entri Ini:
gomok9endek juga penulis untuk blog GP. Anda boleh mengikuti beliau di
sini pada setiap Rabu dan di gomok9endek. Untuk membaca semua hasil
penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label gomok9endek. Entry
terbaru di blog beliau ketika ini ialah Wordless Wednesday #2 Garisan.

2 comments:

My Little Diary said...

yeahhh bebelan yang bole diterima...
chaiyokkkk mari kita lapangkan dada.. :)

ieda Qema said...

hehe.. ya, mari mersama.. eh? tetiba plak..