Thursday, June 2

Currently in busy mode

Powered by BannerFans.com
Assalamualikum
Apa khabar kawan-kawan untuk minggu ni? Diharap sentiasa sihat walafiat. Hampir terlepas waktu untuk post entry minggu ini. Sekarang ni mood untuk berblog semakin kurang. Cuma mampu untuk update entry sahaja. Blogwalking? Mood hilang ke laut.


Sepatutnya sudah siapkan awal-awal entry untuk cabaran 30 minggu. Tapi disebabkan kesibukan terbang sana sini sejak dari 13 Mei hingga 24 Mei yang lepas, jadi tiada kesempatan untuk mengupdate.

13 Mei - 17 Mei berada di Kuala Lumpur. Di sana sempat bertemu dua orang rakan blogger. Memang sengaja berjanji untuk berjumpa. Yang lain, tak sempat jumpa. Sebab kitakan ikut jadual orang. Story pasal perjumpaan kitaorang ada di sini.

Balik dari KL, pergi pula ke Sabah untuk menghantar my little brother yang mendapat tawaran ke Matrikulasi Labuan.

Kebetulan, sekarang ni di pejabat memang sibuk sangat dengan dua project designing yang belum siap. Asyik pergi bercuti, tambahan lagi dengan cuti Gawai memang semakin sibuk sebab design perlu disiapkan segera.

Insya Allah, akan cuba mencari masa untuk menyiapkan semua entry cabaran 30 minggu tersebut.

Semoga rakan-rakan sentiasa bahagia dan sihat selalu.

Mengenai Penulis Entri Ini :

Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 1st GiveAway by Wan Myzura Collections

No comments: