minggu ni, kalu hangpa sume pakat2 terjah blog aku, banyak duk cerita pasal kenduri kawin kat umah aku...ha...jangan nak buat spekulasi kata aku yang kawin hokeh, bukan aku yang kawin...tapi, abang aku yang tersayang
disebabkan aku hanya ada sorang saje abang, so, dialah tempat yang aku sayang, dan dialah juga tempat yang aku benci...biasalah tu kan...aku tumpang gembira ngan majlis perkahwinan dia...
akad nikah berlangsung pada malam 29hb mei 2011, bertempat di masjid besar dekat2 ngan umah kakak ipar aku, ececece....da ada kakak ipar da aku ni, ahaks... dengan hanya sekali lafaz, abang aku telah selamat menjadi suami kepada pasangannya...yeaaa...mulai saat itu, hangpa berdua sudah menjadi pasangan yang sah, dan sebarang sentuhan sudah menjadi halal...alhamdulillah...
majlis di rumah perempuan, disambut meriah dengan kedua2 pengantin menyarung songket rona merah menyala...lambang red warriors agaknya...bersanding, direnjis2 ditabur2....aduh...meriab beb...siap dengan deejay lagi...pastu pasang lagu silat plak, nasib la aku tak terjah bukak silat depan pelamin tu...kuss semangat kau tau...sepupu2 aku dah jeling2 da kat aku suh jangan nak buang tebiat bersilat depan tu plak, aku dah bantai gelak besau2 lagi...ala...sesekali, tgk org bersilat, apa salahnya kan...
buang tebiat la tu namanya kalu hang ngan berbaju kurung camni pi bersilat dpn sume orang, malu cheq nak ngaku hang sedara kekgi ~ sepupu aku yang hampeh
pastu hari ni, 3hb jun 2011, majlis kat umah aku plak, majlis takdelah besar mana, sederhana je, tp yang penting sume orang dapat makan dan berkumpul dengan hepinya...
walaupun penat, aku rasa sangat heppi ari ni sebab selesai sudah majlis perkahwinan abang aku yang satu2nya itu...pesanan aku untuk dia,
1. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
2. dimurahkan dan dipermudahkan rezeki dan segalanya
3. dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah
4. selamat menjalani kehidupan berumahtangga dan menjadi ketua keluarga yang hebat
5. jagalah hubungan kekeluargaan antara kita adik beradik dan keluarga yang lain dengan erat
adeh...tetibe aku sebak bila bercakap mengenai keluarga, sebab keluargalah segala2nya bagi aku...
aku kuat kerana keluarga, aku lemah kerana keluarga
notakaki : selamat pengantin baru kepada mereka yang juga berkahwin sepanjang cuti sekolah kali ini
Mengenai Penulis Entri Ini :
therosputih juga penulis untuk blog therosputih. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label therosputih. Selamat berkenalan dan selamat mengomen entry ini.=)
Jom sertai GA komen, komen dan komen.
2 comments:
selamat pengantin baru to your brother! :D
nn
thanks a lot dear....doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat...=)
Post a Comment