Alhamdulillah, dapat juga SiTukangTulis nak menconteng jap. Apa khabar sahabat semua? Tau tak hari ni dah masuk bulan Rejab. Jadi mari kita sama2 usahakan untuk berpuasa sunat :) Terasa sedih bila teringat lagi beberapa bulan nak Ramadhan, pertama kali Ramadhan di luar negara. Kalo kat Malaysia sibuk dengan terawih, bazar ramadhan dan sebagainya. Kat sini macam mana la nanti...Perkara yang paling seronok ialah bila menunggu azan untuk buka. Nikmat berbuka dengan keluarga, sahabat dan sebagainya. Nampak gaya beberapa tahun ni tak merasa SiTukangTulis.
Ok. Tajuk kita hari ini ialah Time Management versus Self-Management. Atau Pengurusan Masa dan Pengurusan Kendiri. Jumaat lepas khatib bagi khutbah pasal perkara ini. Beliau mengatakan bahawa pengurusan masa adalah tidak releven kepada kita umat Islam. Ini kerana masa tak boleh diuruskan macam kita susun buka dan sebagainya. Logik gak tul tak? Bila SiTukangTulis fikirkan, takda cara lagi untuk kita mengembalikan masa lepas (macam cerita Back to the Future) kerana masa itu bergerak dengan ketetapan yang Allah dah tetapkan. Sebab tu Allah nyatakan dalam surah Al-Asr bagaimana manusia ini dalam kerugian. Rugi dalam fahaman kita bermaksud sesuatu yg kita telah lakukan dan kita sedar ianya tidak bermanfaat atau sia2 selepas itu. Tiada cara untuk kita mngulangnya dengan perkara yg lebih baik. Kita tiada KUASA! kerana Allah memiliki masa...bila ia berlalu, ia tak boleh dikembalikan pada titik sebelumnya. Maka berapa banyak masa yang telah kita rugikan selama ini?
Khatib solat jumaat kat sini best sebab teks dia takda orang sediakan. Sebahagian besar khutbah adalah spontan dan berkisar kepada peringatan dan sebagainya. Memang sedap dengar. Khatib yang sama berpendapat bahawa pengurusan patut dilakukan terhadap manusia itu sendiri atau diri kita. Menguruskan diri adalah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dan kita berkuasa membuat pilihan untuk diri kita. Kerana Allah telah memberikan akal dan hati kepada kita untuk memilih yang terbaik. Kita berkuasa untuk menyusun apa yang kita patut lakukan dalam hidup kita. Tiada alasan untuk mengatakan "Takda masalah nak buat itu dan ini" Masa itu senantiasa ada dan pergi. Masalahnya adalah diri kita mahu atau tidak. Kita banyak disibukkan dengan perkara yang sia2...sama ada kita sedar atau tidak.
Masa awal2 datang sini,SiTukangTulis ada masalah bila nak buat pembacaan. Sebab terasa terlalu banyak benda yang perlu dibaca. Bila baca satu bahagian, teringat bahagian lain. Ringkasnya tidak fokus. Mujur ada sahabat yang membantu memfokuskan diri SiTukangTulis dengan memberitahu apa yang SiTukangTulis buat tidak fokus. Keimpulannya, untuk kita sedar kekurangan kita, kita perlu tahu apa yang kurang. Untuk menguruskan diri, kita perlu tahu kelebihan dan kekurangan diri kita dan berusaha untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Kalau dulu kita suka menghabiskan masa dikedai mamak berbanding study, apa kata study di kedai mamak. Dua2 dapat...tapi tak semua la.
Mengenai Penulis Entri Ini :
SiTukangTulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin/Selasa/Rabu/Khamis/Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label SiTukangTulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.
SiTukangTulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin/Selasa/Rabu/Khamis/Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label SiTukangTulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.
No comments:
Post a Comment