Friday, August 5

apa kategori anda sebagai kawan?

 

salam jumaat, salam penghulu hari, dan salam bulan kemerdekaan....amacam? dah gantung jalur gemilang kat kenderaan, pejabat, umah masing2 dah ke? ekekeke....bolehla tanya sebab baru je letak jalur gemilang kat kete...first time u...sebab tahun ni i baru ada kete sendiri nyah...

minggu ni, aku nak hupdate pasal kawan...sebab baru2 ni, aku ada kes ngan kawan2 aku, dan aku rasa sangat bertuah memiliki mereka as my friends...tu dorang, aku? tataulah sama ada aku ada menjalankan tanggungjawab aku sebagai kawan mereka dengan baik ke tak...mmmm...<thinking>


ini based on my experience sahaja, takde pun aku bace kat mana2 laman ilmiah mahupun mencilok dari memana blog....kalu rasa setuju ngan point aku, leh le tinggalkan komen, kalau rasa tak setuju, pun tinggalkan komen utk aku...boleh kita kongsi pendapat bersama....

anda kawan yang macam mana?

 1. jadilah kawan yang mendengar masalah, bersedia menjadi peneman di kala susah mahupun gembira

2. jangan judge atau nilai kawan berdasarkan pemahaman anda, dengar dulu masalahnya dan kemudian, nyatakan pendapat anda dengan elok

3. kawan tak semestinya boleh cakap bukan2 atau cakap apa sahaja tentang kawan itu, jaga2 tentang apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut kita

4. seorang kawan tidak mengharapkan kawannya dapat membantu dia menyelesaikan masalah, cukuplah sekadar memberi kata2 dorongan atau semangat kepada kawannya itu, dengan harapan, dia beroleh semangat baru bagi meneruskan kehidupannya

5. kawan yang sejati adalah kawan yang merasa sedih di kala kawannya sedih dan merasa gembira di kala kawannya gembira sampai dia sendiri lupa apa masalah yang dihadapinya

notakaki : aku bertuah ada kawan yang sangat menyokong dan memahami diri ini...thanks midah, thanks niza...


Mengenai Penulis Entri Ini :
therosputih juga penulis untuk blog therosputih. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label therosputih. Selamat berkenalan dan selamat mengomen entry ini.=)


5 comments:

EzayHadry said...

tak tahu saya kawan yang macam mana..hope kawan2 lain semua boleh terima seadanye *ceh ayat sedih :)

therosputih said...

ezay hadry
hehehe...bukan ayat sedih tu, ayat mohon perhatian tuh namanya...agagaga

faizalnizam said...

saya biarkan kawan-kawan menilai saya bagaimana.. saya cuma mampu lakukan apa yang termampu.

Abe Goreng said...

Papepun carilah kwn yg btol2 berkawan dgn kita. bkn kwn yg berkwn dgn harta kita. :D

UPDATE:ISTANA BIRU nak berkenalan.

deqlis said...

salam, kat mana nk klik grab widget tu?? dpt info dari email.